Babak Satu
TENGLELU LELU LENGLELU LELU. Nada dering asli Nakio berbunyi.
(Sergio memanggil)
Diego angkat, sebelum sempat halo atau salam.
"Wei, kalau palam 2 pin, wayar kaler merah dan hitam, yang mana satu hidup mana satu bumi?"
Suara di sana terus menanyakan soalan. Sergio, abang Diego yang pernah terbakar muka sebab cuba menggunakan lighter ketika menyalin minyak panas mesin di kilangnya. Diego cuba mengingati muka surat buku teks Kemahiran Hidup yang pernah Diego baca dahulu semasa tingkatan 3. Tak ingat.
"Ah, mana nak ingat, hat yang 3 pin pon aku tengok dari gambarajah belakang palam tu ja" Diego balas.
"Hitam hidup merah bumi kot, eh ka terbalik" Diego balas lagi, kurang pasti.
"Hang telepon la Casilas, dia kan belajaq kejuruteraan elektrik di luar negara" Diego cuba memberi cadangan.
"Dah, dia lagi la tak tau apa-apa" Sergio balas. Pantas.
"Tak pa la, nanti la aku buat macamana, palam 2 pin aku rosak, aku nak ganti dengan palam 3 pin, tapi konpius pulak" Sergio menerangkan keadaan.
"Hahah, hang buat la elok-elok, satgi terbakaq, jenuh" Diego membalas dan talian putus.
"Siapa tu bang?" Marcia yang tengah menggoreng ikan kembung rebus bertanya pula.
"Sergio, tanya pasal wayar mana satu hidup, mana satu bumi untuk palam 2 pin" jelas Diego.
"Lah, abang tak tahu? Kan belajar dulu masa Kemahiran Hidup? Mende asas tu" Marcia hairan.
"Mana nak ingat, abang suruh dia telepon Casilas, Casilas pon tak tau. Dia lagi la, pelajar kejuruteraan elektrik pon tak tau" Diego cuba pertahankan diri.
Marcia geleng kepala. Ikan kembung rebus siap digoreng. Masa untuk makan.
Babak Dua
TENGLELU LELU LENGLELU LELU. Nada dering asli Nakio.
(Marcia memanggil)
"Abang, peti ais kita jadi lagi macam sebelum ini" Marcia mengadu.
"Jadi macamana? Tiba-tiba mati?" Diego bertanya untuk kepastian.
"Ha'ah, tak tau sebab apa, tu la, dulu lagi Marcia dah kata, peti ais ni dah lama, abang nak pakai jugak, sekarang dah rosak, kereta yang rosak tu pon tak baiki lagi, ni peti ais pulak. Hai la. Dah la baru beli ayam dengan ikan, busuk habisla nanti" Marcia mungkin terlalu tertekan dengan tekanan kerja rumah.
"Dah cuba bukak palam pelbagai pin tu dan pasang palam peti ais saja? Diego cuba-cuba.
"Dah, tak hidup jugak" Pendek dari Marcia.
"Dah cuba palam pemanas elektrik saja pulak? Diego cuba lagi.
"Belum, tengok la kejap lagi" Marcia jawab. Lemah.
"Jangan lupa beli tepung, nak buat jemput-jemput" sempat lagi Marcia memesan.
Diego meneruskan kerja. Hanya tinggal beberapa puluh minit sahaja untuk masa kerja rasmi tamat.
Sekembalinya Diego ke rumah. Terus ke dapur. Kelihatan Marcia masih di peti ais, memegang pisau tengah meneliti sesuatu.
Wayar biru, hijau dan coklat.
"Hah, elok ke tidak peti ais tu?" Diego bertanya.
"Palam ni, jadi macam haritu lagi, macam melebur sikit" Marcia tunjuk rupa hujung wayar-wayar itu.
"Ooo, buang jela hujung yang tu, then pasang semula" Diego pula memberi cadangan.
Marcia capai pisau, cuba potong hujung wayar dan meraut.
"Lah, kan ada playar ini. Pakai mende ni la, ada ke pakai pisau" Diego hulur playar pemotong wayar.
"Mana tau playar ini guna untuk tu, hah, abang la buat" Marcia serah kat Diego.
Diego buang semua hujung wayar, buang salutan plastik dan menggulung hujung wayar tembaga itu.
"Nah, selesaikan la, abang tak sembahyang lagi" Diego serah kembali.
"Eh, pasang la terus" Marcia sambut.
"Tak tahu mana satu wayar untuk mana satu pin" Diego balas dan terus ke bilik air.
Marcia geleng kepala. Wayar-wayar disambung kembali. Skru diikat ketat pada pin yang sepatutnya. Kepala palam ditutup. Dicuba pada punca elektrik. Peti ais kembali bergetar. Tanda hidup semula.
Diego di atas sejadah.
Dalam bilik solat. Ada rak buku di tepi dinding. Atas rak buku dan album gambar. Dalam satu album peribadi antara 5 album, helaian ketiga, sebuah gambar paling atas, seorang gadis berbaju putih, kain biru cair, bertudung, memegang sebuah model kepingan kayu, ada meter elektrik, suis lampu dan punca elektrik 3 pin di atasnya.
Juga sebuah piala dan kertas tertulis, "Johan Rekacipta Peringkat Negeri - Model pembelajaran asas sistem kuasa elektrik rumah".
Marcia, dah menggoreng jemput-jemput. Kejap lagi makan.
Notakaki amANI: Draf pertama, himpunan kisah Sinetron Dramalova versi kertas sudah menjadi. Cuma saiz font agak kecil dan tidak mesra pembaca berkaca mata. Ada la kot 50 muka surat (A4 lipat 2). Agak-agak kalau jual RM5 sebuku, boleh tak aku buat deposit Lancer? Akan ada kisah yang belum diterbitkan di mana-mana media sebagai bonus.
8 ulasan:
hahaha..no wonder. Tapi rasanya benda tu mmg asas la bro. Kalau susah sgt sempat je browse kat internet!
kenapa tak tukar ringtone kepada bunyi yang lebih mengembirakan????.... sekian ulasan untuk minggu ini. jumpa lagi minggu hadapan di hari dan waktu yang sama. selamat beramal
^azmir^
Asas untuk sesiapa yang minat letrik je. Tak minat tak yah ambik tahu. Heheh.
^redghost^
Ringtone lain menyebabkan Diego berdebar lebih dan tergesa-gesa.
waaa..Casilas..boleh la tukar nama pas nih yek orng UK..
^sheyda^
Macam Lost, ada watak baru yang bila-bila boleh muncul dan mungkin muncul lagi akan datang.
Juga, Casilas ada 2 abang dan satu kakak, kakak dia belum bernama. Hahah. Saspens.
Tertunggu jugak komen Casilas. Hahah.
Nanti kena masuk kan watak Wenger yang beru-ura nak ke Spain ;)
adik perempuan Casilas kasi nm best sket tau..hahaha..gile ar suri rumah yg berjaya btl la MArcia nih..syabas mera bheti~
^saiful^
Wenger? Tak Amerika Latin la. Heheh
^Kaler_pensel^
Insya Allah, kalau ada cerita adik-adik Casilas pulak.
Catat Ulasan