Advertlets

Selasa, Mei 12, 2009

Kanak-kanak Memang Riang VIII

Hajat nak repeat pegi Dataran yang ada padang bola dan boleh main bola belah malam pada hujung minggu tercapai.

Makan malam siap-siap. Jimat belanja. Menuju bandar JB ketika kaum bapa yang lain sibuk tengok bola Manchester lawan Manchester.

Aku bawak keluar bola saiz pertandingan. Masuk dalam kereta. Aqil konpius, dia suruh tinggalkan bola kat rumah. Aku cakap. Kita memang nak pegi main bola la.

Sampai Dataran, lampu tepi padang je menyala, lampu Dataran tak menyala. Tapi sudah cukup terang untuk main saja-saja.

Aku bagi Aqil dan Ammar bola. Tendang la selagi nak tendang, bawak la selagi larat nak bawak.

Aku acah Aqil, gelecek bola dari dia. Dia melawan. Dia cuba rampas dari aku. Aku tak bagi can. Budak tak budak, main bola memang macam ini.

Aqil seronok. Selagi dia boleh bawak bola, dia bawak bola tuh. Tak dapat bola, dia berlari sekuat hati. Dari tepi padang sampai ke tengah padang. Kemudian lari balik ke tepi padang.

Ammar pon sama. Selagi dia boleh menonong jalan atau berlari. Dia jalan atau lari. Orang panggil pon tak toleh balik. Dia main bola sikit-sikit je, sebab tak pandai nak tendang sangat, dia banyak pegang bola dari tendang.

Bila Aqil penat, dia naik rehat kat tepi padang. Ada 4 tingkat deret bangku penonton.

Aku pulak main bola sorang-sorang. Mula-mula ambik penalti. Dari 5 kali ambik, ada la 3 kali je dapat tuju bucu belah atas. Lagi dua tinggi dan lewat palang. Ceh.

Ezi? Dia pegi gerai tepi dataran beli tauhu bakar. Makan tepi padang macam pengunjung-pengunjung Dataran yang lain.

Kemudian sambung balik main dengan Aqil. Dari tiang gol, dia bawak bola sampai tepi pandang dekat-dekat garisan tengah.

Aku cuba-cuba pulak buat free kick. Dari bucu luar petak penalti. Haram, satu pon tidak ke arah sasaran sebenar. Ezi gelak dari belakang. Aku lumba lari dengan Aqil dan Ammar kejar bola yang melayang jauh dari sasaran kat seberang padang.

Hasilnya. Aqil berpeluh macam main hujan. Baju dia dibasahi peluh, seluar kotor kat lutut sebab banyak kali tersungkur. Bekalan air dalam botol air habis kat dua beradik itu saja.

Sapa kata pakai baju tidur dan selipar Spidermen celup tak boleh main bola?
Sapa kata pakai baju jersi original hanya untuk sokong bola depan tv?

Dah habis bersukan mesti ceria. Kalah menang belakang kira.

Tunggu Ammar besar sikit, aku ajak main bola dengan gol kecik tiang selipar pulak nanti. Ezi pon kene main sekali.



10 ulasan:

saiful berkata...

Ada anak lelaki, boleh ajak main bola. Saya dok main bola dengan anak perempuan saya dalam rumah. Bawak ke court futsal, dia tak mau keluaq, nak terus main.

Tak pa... Nanti train depa ganti Mokhtar Dahari kalau mau depa jadi player bola. La ni tak ramai mau anak main bola sebagai karier disebabkan kemelut bolasepak kita...

amANI berkata...

^saiful^

Heheh. Ada lagi sorang in-coming kan, kot-kot Syasya dapat adik laki ke?

Ni saja cuba-cuba mengalakkan. Kalau dorang berminat dan suka. Akan digalakkan lagi.

Umur macam ni harus diterap dan dicari apa kecenderungan dorang. Lepas tu galakkan lagi.

duta berkata...

+ achik +

'Dia main bola sikit-sikit je, sebab tak pandai nak tendang sangat, dia banyak pegang bola dari tendang.'
pak dia kena ajar main handball kot! hehehe....


+ tauhu bakar +
aiyoo... mengidam ni! serious... gile best tauhu bakar johor. tu pasala susah nak ngaku jadi org kelantan! gile makan mee siput, tempe, tauhu bakar.... bakso tak ek!


+ penalti +
pak dia dulu midfield kan? ermmm... dulu kot...hahahah.... larik

amANI berkata...

^duta^

Handball ke football ke, kita galak je kat mana yang dia suka.

Suka jugak tauhu bakar? Hahah. Tapi mee siput tuh aku tak kenal la, ada nama lain?

Ye, itu dulu. Sekarang ada semangat je. Kemahiran dan stamina dah hilang.

redghost berkata...

perut buncit boleh lari lagi ker???? .........-----larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk-------------

amANI berkata...

^red^

Hahah, lari guna kaki, bukan perut. Kaki aku masih berotot pejal.

duta berkata...

+lari+
ko tak faham lagi pawiee... ada acara lari atas perut tau! ahaks

amANI berkata...

^duta+red^

Sila pastikan perut-perut korang cukup kukuh untuk membiarkan anak-anak menginjak-injak di atasnya kelak. Ini adalah posisi wajib tau. Hahah.

a z m i r berkata...

amANI - kira macam beckham train anak dia la ni..

amANI berkata...

^azmir^

heheh, tak becham langsung training nya. lebih kepada memumpuk minat je. juga mengenalpasti bakat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...