Advertlets

Khamis, Mei 21, 2009

Catatan Diego - Halal @Seattle

~8 September 2007. 10.30 pagi.Sabtu.

Diego masuk kedai Gyros Kebab.

Tengok sekeliling, di luar kedai ada orang lepak-lepak minum minuman keras sambil memakai jersi pasukan Seahawk, ragbi Amerika daerah Seattle. Belakang kaunter atas dinding ada sepotong ayat Al-Quran, gambar-gambar sejarah kedai, gambar selebriti sukan yang pernah makan Gyros, ada lampu warna-warni, ada bendera Turki. Atas kaunter ada menu dekat 20 gambar. Segala jenis kebab. Tapi tiada logo halal. Macam kat negara Brazil.

"Yang mana satu halal" Diego bertanya, sambil jari pusing-pusing dekat menu.

"Apa kemende? Halal? Ini, ini dan ini" Pelayan bangsa Latin menjawab.

"Betul ke yang ini halal?" Sambil tengok gambar, daging lembu, daging kambing dan daging ayam. Semua masak panggang.

Pelayan bangsa Latin panggil ketua pelayan. Bangsa Timur Tengah.

"Dia tanya yang mana Halal?!" Pelayan Latin tanya ketua pelayan. Ketua pelayan tunjuk. Ini, ini dan ini.
Daging lembu, daging kambing dan daging ayam. Semua masak panggang.

Dalam hati, Diego yakinkan sahaja. Dah tanya dua orang, dan mereka memberi jawapan halal yang sama. Diego pesan daging lembu panggang hiris dengan roti panjang sehasta. Tambah kentang jejari dan air berkarbonat.

Masa menunggu makanan, Diego belek-belek lagi menu makanan. Mujur. Takde pon daging yang satu itu di masak panggang. Tapi Diego tertanya-tanya. Kenapa menu vegetarian ini tidak tunjuk sebagai halal? Atau menu seafood ini dan seafood itu?

Diego makan. Jenuh nak habiskan semua. Diego bungkus kentang jejari. Jalan sambil makan kentang jejari untuk kembali balik ke bilik hotel, hanya 15 minit berjalan kaki. Diego ambik gambar sendiri sorang diri. Sayangnya, semua gambar telah dipadam dari kad memori sebelum sempat dipindah alih. Jadi, tiada gambar.

Ini hari pertama, kedai pertama untuk kali kedua Diego di daerah Seattle, negeri Washington, baru sejam dua Diego menjejak kaki di sini dari penerbangan selama 17 jam dari Brazil.

Bila pikir-pikir balik, dalam kapal terbang tadi, pelayan dah bagi sarapan sejam sebelum mendarat tadi. Dah, apa ke jadahnya yang Diego pegi makan lagi tadi? Makan tengahari dah ke?

Diego ambil keputusan untuk tidur, sebab pening kepala. Katil hotel sangat empuk dengan tilam gebu dan bantal berisi bulu putih pelepah itik angsa. Jam tangan Carlo Cardini milik Diego yang masih mengikuti waktu tempatan Brazil, menunjukkan angka 2.45.

Pagi. Ahad.

KUIZ Catatan Diego : Soalan kuiz ala-ala siri kartun Go! Diego Go!, Agak-agak pukul berapa kapal terbang Diego berlepas dari negara sendiri? Hadiah? Insya Allah ada, tapi kene jawab semua soalan sampai habis siri ini nanti. Jawapan akan disediakan dalam awal bulan 7 nanti.


9 ulasan:

a z m i r berkata...

testing-testing! flight pukul 7 pagi kot?

Adam Ruslan berkata...

^a z m i r^

Jawab-jawab. Sila-sila. Nanti kita kumpul semua jawapan dan tengok hasilnya.

Yang lelain nak mencuba pon boleh. Hadiah dijamin kerajaan. Bukan satu, bukan dua, tapi banyak!

hanimndroid berkata...

dengan bangganya sy mengira, mencongak! jam 5.15ptg!

Adam Ruslan berkata...

^hanim^

Semangat macam ini yang kita mahu. Teruskan. Jangan lupa mengikuti siri akan datang. Konfem hadiah dalam tangan dah tu.

a z m i r berkata...

hmm...saya kunci jawapan saya! 7 pagi!!!!

hanimndroid berkata...

pergh, psyco seh ini incik azmir.... siap kunci2 bagai---->sy pun xmaun kalah!

SAYA MANGGA SOLEX JAWAPAN SAYA! 5.15PTG!

ngehehe, amacam(^.^)

Adam Ruslan berkata...

^azmir + hanim^

Well well. kunci jangan tak kunci. Siri akan datang pon ada soalan. Jangan lupa menyertai. Hadiah berdasarkan penyertaan konsisten.

Jawapan yg tepat bukan kriteria utama.

Sebab aku utamakan semangat kesukanan.

a z m i r berkata...

amANI - cheh..tu mcm hint nk bgtau jwpn aku salah je..hahaa

Adam Ruslan berkata...

^azmir^

Ish, ish. Mana ada hint2. Kasik sokongan je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...