Asyik-asyik gambar anak-anak yang comel je kan. Apa salahnya letak gambar sendiri yang tentunya lebih comel dari anak-anak kan.
Nah, begitu kiut kami berdua. Dulu-dulu susah nak jumpa kolam renang berklorin tinggi serta berantiseptik yang menyebabkan air nampak kebiruan, apatah lagi kolam renang saiz Olimpik. Nak lagi perahu kayuh pakai kaki atau kayak? Tak pernah terfikir. Maka baldi pon jadilah. Apa? Pedal perahu takde? Senduk pon boleh.
Aku ingat main air dalam baldi memang acara wajib kanak-kanak usia setahun dua la. Tengok, kanak-kanak zaman IT pon tetap suka main baldi air.
Mekasih untuk Qis, buat blog diam-diam tak nak bagi tau aku. Dah la menjadi blog follower secara sulit. Aku baru je simpan cita-cita ada peminat misteri minat kat blog aku. Hahah.
Hah, nasihat aku, tulis lagi, jangan malas. Kalau malas, baik tulis dairi je. Nak jadikan blog dilawati orang? Komen di blog orang secara ikhlas. Itu je rahsia marketing blog sendiri.
14 ulasan:
Anak saya pun, kalau mandi dalam kolam kecil, memang lama nak tunggu dia sudah mandi. Jenuh pujuk. Awal dulu memang guna besen. Lepas tu beli kolam kecil tu.
Dulu waktu kecik, saya bukan setakat baldi, dalam kolah air pun terjun masuk dan bayangkan ia kolam. Hehehe...
^saiful^
Kolam kecil? Besar mana? Dorang ni pon memang tak bleh lepa, kejap je tinggal, dedua dah masuk dalam baldi.
hahah ape perasaan ble mengetahui ade peminat misteri a.k.a adik sendiri.. hehe
Amani,
Kolam plastik lebih kurang sebesar tayar kereta tu. Tiup sahaja angin, lepas tu letak dalam bilik mandi. Nanti anak-anak akan mainlah dalam tu...
^saiful^
Ooo ok, kolam ala-ala pelampung kene tiup itu, ada jugak dulu, tapi terlebih besar dari bilik air dan telah dicakar kucing sampai bocor.
^Qis^
Ah, peminat misteri konon, aku nak kenal sapa yang baca blog aku supaya boleh aku membaca dan mengomen jika perlu di blog mereka. Hahah.
i remembered my youngest bro bila masuk je dalam besen mandi dia... nak kuar sket punye susah. kene umpan dgn... usually nyer aiskrim le.
he's 22 now. hehehe
p/s adam, your mom nak pencen option ea?
^Teacher Mard^
Dorang ni tak payah sangat nak ajak keluar. Jurus.
Mak pencen? Dia memang sudah sampai waktu pencen 56. Tak mo ambik option sambung kontrak 3 tahun. Pak je sambung.
bro, ko dengan mat due ke tue?
^ammosham^
Haah.
Ingin mengambil kesempatan ke? Hahah. Aku ok je. Kasik kredit sumber udah.
pengetua my place yg inform pasal your mom nak pencen tu.
saya pun plan nak pencen 56. tak mau le tunggu sampai 58... tak sanggup. hehehe
^TM^
Yela, pencen lagi best, duduk rumah goyang kaki pon ada income. Heheh.
weh nie apehal gamba 18sx nie..bahaya beb..leh jd bukti mahkamah..hahahhah
^rage^
Woit, gambar kekanak pon menggangu nafsu syahwat?
Paedhophile ke? Hahah.
Iklan lampin pakai buang selamba je tunjuk terang2 dalam tivi.
Catat Ulasan