~14 April 2003
"Err Gee, kat sini nak solat kat mana? Ada surau ke?" Diego bertanya. Sopan.
"Surau tu apa? Owh, macam masjid tu ye? Jauh jugak kalau dari sini. Tak pasti la" Gee, pekerja syarikat itu, gadis Melayu campuran, masih bujang, berkaca mata, badan sedikit gempal menjawab. Sedikit hairan.
"Yeke, dah masa temuduga haritu, Bos kata Gee tahu kat mana nak solat dan boleh tunjukkan" Diego tanya lagi. Sebab dijanjikan kemudahan untuk bersolat itu pasti ada.
"Owh, haa, ada-ada. Jom ikut saya" Gee bingkas bangun. Dia ke stor. Satu kotak kosong dicapai. Kemudian berjalan keluar dari pejabat tingkat 6 itu. Diego membontotinya.
"Ok, air semayang boleh amik dari bilik air ini" Diego dan Gee melepasi bilik air yang bersebelahan pejabat.
"Sekarang, kita ke tempat solat" Gee mengajak.
Mereka ke koridor sebelah luar bangunan bertingkat 10 itu. Menuju ke satu pintu di tengah koridor. Tertulis perkataan EXIT, kaler hijau, latar putih. Berlampu.
"Haaa, boleh la pilih, nak semayang di tingkat ini ke, tingkat atas ke, tingkat bawah ke, yang mana selesa la" Gee berkata lagi.
Gee menunjukkan ruang antara dua tangga yang lebar sedepa lebih dan 3-4 depa panjang itu. Diego boleh terima. Janji bersih dan suci. Menurut Gee, memang jarang orang nak lalu lalang di tangga tengah ini. Sebab dah tingkat 6. Orang selalu naik lif di hujung koridor tengah. Jadi, boleh la nak bersolat di sini.
Gee buka dan leperkan kotak tadi, dihampar supaya dalamnya di luar.
"Ok, guna ini buat ganti sejadah hari ini, esok jangan lupa bawak pula" Gee berpesan. Diego akur.
"Err kiblat?" Diego tanya lagi.
"Hemm, kalau tak salah, arah ini" Sambil tangan Gee membuat gaya ala-ala isyarat gol oleh pengadil bolasepak. Menghala pukul 11 jika menghadap dinding tangga itu. Diego terima. Tapi sedikit was-was.
"Betul ke, konfem ke? Dah cek dengan kompas? Diego bertanya agar ada jawapan konkrit.
"Rasanya la. Tak berapa ingat, dulu masa mula-mula masuk tu dah konfemkan dengan kompas" Gee balas. Sedikit kurang yakin.
"Ok la, takpe. Nanti saya tengok macamana" Diego berterima kasih pada Gee (dalam hati nak bertanya, dah hari-hari datang keje, tak solat ke?). Gee mintak diri dan membiarkan Diego untuk urusan solatnya. Diego kembali ke bilik air untuk wudhuk.
Diego kembali ke ruang khas untuk solat. Dia pilih ruang antara tingkat 6 dan 7. Diego menggunakan segala pengetahuan asas PBSMnya untuk menentukan arah kiblat. Dia tengok bayang-bayang matahari yang dah terlepas waktu tengahari. Panjang dah bergalah-galah. Dia tengok stuktur pokok, mencari arah mana lumut tumbuh pada kulit pokok. Diego ambi jari telunjuk, letak di bibir, sedikit air liur terlekat di jari, ditunding ke atas jari telunjuk itu. Menentukan arah angin. Diego ambil posisi. Dibuat ketetapan dalam hati. Arah itu yang ku tuju. Yakin, di situ letaknya Kaabah di Arab Saudi. Bukan Iraq mahupun Kuwait. Diego berdiri tegak. Dan bersolat.
Ini adalah kali kedua, hari pertama Diego menjejak kaki di daerah Woodlands, negara Singapura.
KUIZ Catatan Diego : Sila bincangkan secara benar, bagaimana untuk menentukan arah kiblat jika kita tiada kompas kiblat, kompas pengakap mahupun saluran internet web IslamicFinder.com
7 ulasan:
better ko beli 1 kompas kiblat. murah je dlm rm10-12. boleh di bawak ke mana-mana.... gee bagitau die period tiap2 hari tadi.gheeee gheee gheeee.......
Sebab banyak sangat mesalah kiblat nih, memang Diego telah sparekan sebijik kompas kiblat.
Itu Gee, lama2 dia pergi jugak solat, diam-diam masa Diego tak nampak. Hahah.
satu je kan, tgk arah matahari terbenam arah mana...
+kiblat+
kena bucu kaabah pun takpe. jgn target kat loji nuklear bawah tanah senjata pyonyang sudah le. pada firasat patik, tgk matahari le. kalu matahari tak de, malam namanya tuh.
nak bawak sejadah ada kompas, susah uols... nak lipat dalam beg. so, i cadangkan uols pegi masjid. kalu jauh sgt uols try azan... nanti orang islam datang. (ya allah, lawak agama ni.)
by the way, kak Gee bukan tak semayang. tempat solat kak Gee kat lain kot. mybe sunday ke? or hari jumaat pukul ke? dah selak ke status agama kak gee? macam cik sepawi dia berasaskan agama wahyu. kan cik pawie? hahah.
+air liur arah angin+
itu nak penjelasan? kot2 ayah pin tolong tiup angin dari langit ke? tak pernah dgr lagi. interesting tuh! amen!
amANI - boleh je tgk lumut kat pokok nak tau arah matahari terbit + terbenam. Tak pun gigihkan diri buat kompas sendiri. Letak jarum peniti kat magnet, cucuk kat secebis polistrin, letak kat dalam mangkuk isi air. siap!
air mutlak or air sirap beng? tolong jelaskan!
^hanim^
Ada lagi, lumut dipokok pon boleh. Caranya? Nanti.
^duta^
Hahah. Banyak la nak azan tak tentu pasal. Ingat histeria masuk hantu raya ke? Hahah.
Masjid tidak mesra nak jalan kaki la duta. Jauh oo.
Gee sendiri tak bleh nak bagitau kedudukan tepat koordinat masjid berdekatan.
Arah angin, itu tektik mengelirukan pihak lawan.
^azmir^
Itu budak-budak pengakap je buat kompas guna air dalam mangkuk. Diego dulu Bulan Sabit Merah je.
Catat Ulasan