Sebagai catatan ringkas hari minggu. Membawa kanak-kanak memotong rambut di kedai adalah suatu perkara yang perlu pertimbangan wajar. Bukan datang, terus duduk di kerusi dan order, potong bagi panjang satu!
Kali pertama. Membotakkan Aqil yang masih bayi. Kene sama-sama pakai kain kurung itu balut diri dan Aqil sambil meribanya. Kepalanya harus dipegang agar tidak bergerak bebas. Tersiat pisau cukur mau bercucuran darah nanti.
Kali kedua. Memotong kemas rambut Aqil. Masih meriba Aqil. Tapi dia sahaja yang pakai kain kurung itu.
Kali ketiga. Sama seperti kali kedua.
Kali ke-empat. Seperti gambar di atas.
Kali ke-lima. Sama seperti gambar di atas. Kedai je lain.
Dan aku tak teringat dah berapa kali potong rambut Aqil. Ammar pon sama.
Cuma, Aqil sedikit geli bila mesin itu lalu di belakang telinga atau pisau cukur dibelakang tengkuk. Dan aku teringat macamana aku juga menahan geli masa gunting rambut di pekan Kulim. Tahan ketawa sampai bahu terhinggut-hinggut. Ceh.
Notakaki amANI: Tahniah buat ence Juan Nazlan yang sudah menjadi bapa untuk dua orang anak pompuan. 2 pompuan dah boleh dapat buat double wanita badminton. Sekarang, sapa-sapa kutuk saiz dan struktur perut ko, ko bleh jawab, "Eleh, ini perut seorang bapa yang sudah punya 2 orang anak!"
3 ulasan:
hahaha.. perut tu sensitip woo.. da nak dekat2 sampai tahap 6 pax dah ni.. wakakaka.. kalau ada jalan2 mai rio de jenerio, jangan lupa hantaq pesanan text.. boleh minum2..
Anak saya ni, kalau nak gunting rambut memang pening nak handle. Hmmm... Nanti bila besar sikit, ok kot...
^Juan^
Minggu depan aku ada di KL seminggu. Amik Pereksa. Bila-bila free kasik tau.
^Saiful^
Hanya yang ada anak kecil tahu cemana urusan menggunting rambut. Dari dorang bayi sampai la besar. Tapi Aqil suka untuk digunting rambut dia. Teruja.
Catat Ulasan