Menulis bukan kerana 'likes', tapi kerana merasakan ianya boleh memberi makna buat yang membaca.
Advertlets
Selasa, Mei 05, 2009
Pepatah pinggang anda
Pepatah hari ini:
"Kalau membaca kisah Ahmad S rasa sangat jenuh dan panjang. Ianya mungkin boleh diibaratkan seperti membawa kereta ke Kulim dari Skudai dan kembali semula. Amat jauh dan sedikit gila. Rasa kebas pinggang-pinggang."
Fakta-fakta:
i. Pegi hampir 11 jam perjalanan. Balik dalam 7 jam tempoh perjalanan.
ii. Kenduri kahwin di kampung Ahmad S. Kali ini, aku dah cas kamera elok-elok.
iii. Aqil & Ammar pandai mengambil hati tok dan tokwan.
iv. Main badminton dengan Mohd T. Sukan paling intensif pertama aku untuk tahun 2009.
v. Mohd T main badminton macam Frank Lampard. Terrer. Smash berdesup.
vi. Mohd T merancang nak belajar main piano, percaya atau tidak?
vii. Perasaan membawa Triton kepunyaan Mohd T adalah seperti membawa kereta kebal yang sangat pickup.
viii. Sepanjang perjalanan pulang dari tol Jawi sampai Sungai Perak, Aqil tak berhenti berharap dan masih mengajak balik semula ke rumah Tok Wan.
Aku malas mengarang. Pendek dan ringkas macam siaran berita sudah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Adam, balik Kedah pi kenduri Ahmad S ka?
Kalau tidak boleh join sekali tapi disebabkan bajet lari, terpaksalah dok KL ja. Hehehe... Kalau tidak memang dah balik dah...
::saiful:;
Ha'ah, memang balik Kulim dan pi kenduri Ahmad S.
Catat Ulasan