Advertlets

Isnin, September 07, 2009

Sebalik tabir SD The Buku

Setakat hari ini, semua penghantaran Sinetron Dramalova The Buku (edisi kertas) sebagai cenderahati buat pemberi komen-komen ketika Siri Catatan Diego baru dimulakan sudah pun 7/9 selesai. Cuma Hanimdroid dan Helmie Hleb sahaja yang belum menerima sebab ingat nak bagi di tangan. Kot kamu berdua membaca, sila beritahu nak suh aku pos atau mau tunggu serahan tangan lagi. Orang lain semua dah dapat siap selesai baca sudah ye. Untuk Saiful, buku baru dipos hari ini.

Yang menerima sudah kembali memberitahu buku tersebut sampai dengan selamatnya. Ada yang meletakkannya dalam blog mereka (mekasih Afzan). Ada yang buh lam FB (mekasih Redghost). Ada yang membalas emel aku kata suka dan suruh teruskan siri ini (mekasih a z m i r). Ada juga yang menghantar sms sambil menyorak pasukan kegemarannya menang nasib? Hahah (mekasih ye Juan). Tinggal selebriti yang bakal mencanak naik pelamin je aku blom dapat apa-apa maklum balas, kot ye pon kirim la kad kenduri kawin tu ek.

Apa-apa pon, semoga hangpa semua berpuas hati dengan cenderahati yang diterima. Tidak seberapa. Cuma himpunan kisah SD yang sama dalam blog ini, tapi bila dibaca berderet-deret baru sedapkan?

Yang tertanya-tanya tentang siri seterusnya, memang siri ini masih diteruskan dah 5 siri dah semenjak ianya dibukukan, cuma frekuensinya sahaja sedikit perlahan disebabkan banyak sangat pendahuluan menda nak di taip di blog ini (Wah, begitu? Ke takde idea sebenarnya? Hahah)

Yang tertanya-tanya tentang season mana dah sekarang, aku sendiri tak tahu, sebab aku main belasah je masa membuat temuramah bersama penulis SD itu (temu ramah itu aku buat masa lepas siri ke 3 kalau tak salah, Lost la sangat, tapi berguna juga aku rasa untuk mensedapkan buku ini).

Bagi sektor pencetakan dan penerbitan, segalanya agak senang untuk diuruskan sebab aku pernah tengok bagaimana Edek membuat zine kelas aku, jadi sedikit sebanyak membantu aku dalam membuat cetakan awal, cetakan asli dan cetakan besar-besaran hantar kat kedai je. Cover pon tak payah pikir banyak, ambik je yang dah dibuat di blog ini. Semua buku di dawai kokotkan sendiri oleh aku. Lipat pon sendiri. Beli setem sendiri. Tulis alamat sendiri. Kemudian aku terjumpa bekalan sampul surat dulu-dulu yang masih belum diguna (7 tahun dahulu masa aku masih mencari kerja), jadi sampul tak beli pon. Timbang sampul surat berisi supaya setem itu betul harganya.

Bagi yang mempunyai ralat dari segi penerbitan, memang aku sendiri rasa banyak lagi yang perlu diperbaiki, terutamanya buat kualiti gambar + cover. Akan dipertimbangkan buat masa akan datang. Tapi jika yang mana tidak berpuashati tentang kualiti tulisan. Bukan kualiti penulisan ye, yang itu aku tahu memang sedap dah, tulisan ye. Yang aku sendiri tulis tangan tu, itu memang tidak dapat ditolong lagi, tulisan aku memang begitu font nya. Konsepnya adalah bertempiaran. Hahah.

Aku ada lagi saki-baki SD The Buku ini. Sebab masa cetak, aku buat 20 salinan. Jadi, masih ada lagi yang aku boleh bagi kepada orang yang selebihnya ini. Cuma aku perlu permintaan rasmi dari yang ingin memilikinya.

Caranya, sila tinggalkan komen di sini dan kemudian menceritakan tentang buku ini di blog / FB kamu serta meletakkan link blog ini kembali bila dah dapat nanti. Begitu sahaja. Siapa mahu, mintak je. Ada la 6-7 salinan yang masih belum bertuan. Kalau masih belum bertuan juga saki baki buku itu, agak-agak Nurul Syuhada Nurul Ain dan Lisa Surihani sudi menerima tak? Huhuh.

Pemadam getah dan pengokot adalah instrument utama menjadikan kertas tercetak sebagai buku.

*****KEMASKINI 8 Sept 09 - 1120 malam*****

Sudah dipos pada 8 Sept 09:

1. Syila + Hariati
2. Anese
3. Helmie

Belum dituntut :

1. Hanimdroid
2. Anur Malati
3. Belum bertuan
4. Belum bertuan
5. Belum bertuan

16 ulasan:

Ummi Amani berkata...

Salam...
Kalau Nurul Syuhada dan Lisa Surihani sudi terima, meh la Ummi tolong hantarkan. Boleh Ummi lampirkan borang cawangan kedua dan ketiga sekali kan Abah. Layannn.

noorafzan.blogspot.com berkata...

memang caree la kak ezi..haha~
tapi saya tterpikir apekah fungsi pemadam getah itu yer?

shooter berkata...

+Layannnnn+
Ye ke tu kak EZ??? ayat berlapis bak permaisuri di dapur menumbuk cili di dalam lesung batu...bergema selorong taman itu. kekekeke.

+Kahwin Raya Ini+
Sudahlah betul-betul terbengkalai.

+SD+
aku paling suka part 'perasan' dengan adik jual surat khabar.

Syila berkata...

Adam, sepupu aku berminat nak satu salinan...boleh dapat tak?

Adam Ruslan berkata...

^Ummi Amani^

Sekarang jugak akan di gugel alamat surat menyurat dorang. Hahah.

^Afzan^

Mula-mula guna getah pemadam, tapi kemudian ditukar kepada polisterina. Sebagai penampan ketika mengokot buku tersebut supaya dawai kokot tembus.

^redghost^

Hal terbengkalai aku diamkan sahaja jela, kot kecik hati terlebih satgi sapa pulak nak pi pujuk. Hahah.

Cerita adik jual suratkhabar kebetulan pulak di muka tengah. Hahah.

^Syila^

Boleh-boleh. Sila mintak secara sendiri-sendiri ye. Kirim-kirim takmo layan. Hahah. Ko tak nak ke?

anese berkata...

saya sokong penggunaan polisterine...kerana sy sentiasa guna utk mengetip buku soklan..sgt efektif..

posla kat kami..walaupun aku bukan lisa surihani....nnt aku buat entry khas utk kau...

shooter berkata...

Sebagai penampan ketika mengokot buku tersebut supaya dawai kokot tembus.<<<---- aku tak paham teknik nih. cepat wat entry pasal ni.

aku rasa macam banyak kali jugak aku dengar nama Nurul Syuhada Nurul Ain dan Lisa Surihani. sape dorang ni?

Adam Ruslan berkata...

^anese^

Sila memeriksa emel anda dan memberi jawapan sepantas mungkin.

^redghost^

Hek ele. Dulu masa orang sibuk nak buat zine dia pergi layan dengar lagu hitam gelap gelita. Ah, sedangkan anese si cikgu memasak tu pon tahu, malas ah nak explain.

Itu dua orang gadis? Tanya perpustakaan la.

Helmie Hleb berkata...

-Pn Ummi-
Sungguh dalam mksd Pn..adakah ayat tersebut seumpama seorg peninju sdng berlatih bertinju bersama punching bag?hahhaah..En Amani jgn tunjuk sgt minat anda trhdp wanita2di luar sana..hahaha

-En Amani-
Bile kau nk bg aku koleksie trbaru kau ni?Raya nnt singgah umah aku bro..

Syila berkata...

Sepupu aku tu pemalu hehe yg tu intro baru...aku tak malu sangat aku nak gak haha. Nanti aku promote kat blog aku yg tak brape glamer tu ek!.....didahului dgn ucapan terima kasih :)

Adam Ruslan berkata...

^Helmie^

Wei, kasik alamat surat menyurat masuk emel aku. ada emel aku kan? Cepat sikit sampai. Raya belum tentu lagi dapat singgah ke tidak. Bergantung.

^Syila^

Juga sila emelkan alamat. Nanti aku poskan. Untuk Tek sekali aku pos guna alamat ko. Malu konon. Hahah.

shooter berkata...

+perpustakaan+
dah tanya perpustakaan....rasa macam tak logik je. takkan wanita itu?hmmmm...

*cepat hapdet blog sebab aku dah takde blog nak baca nih*

Adam Ruslan berkata...

^redG^

Hahah, kat mana yg logiknya, dah memang bukan realiti pon.

Mentang-mentang baru keluar cerita panjang + illustrasi, cepat pulak suruh orang tulis cerita baru, aku baru je kemaskini entri ini. Kira dah update la tu.

Helmie Hleb berkata...

eh kau dh post ek?nnt aku cek kt opis..FOC kan?hehehehe...Thn nie raya blk klntan ker kulim bro?

anur malati berkata...

saya nk gak. xtau emel amani. sila btau emel anda utk saya bg alamat.hehehe

Adam Ruslan berkata...

^Helmie Hleb^

Dah pos dah. Ko cek elok-elok, satgi bos ko pakat bukak baca dulu kot.

^anur^

Wokeh, dirizabkan 1. Alamat emel sama dengan alamat blog. Tukarkan blogspot ke @gmail je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...