Biasa-biasa, orang tulis tajuk diari Ramadhan. Tulis pasal makan apa, beli apa, rasa lapar, tengok makanan semua sedap, kat mana berbuka, pakej buffet mana murah dan berpatutan, hotel mana sedap bebenar makan, alah senang cerita, kita KPI kan semua tentang pakej berbuka la. Kadang-kadang belagak pulak kalau tak puasa hari itu, series tak kelakar beb (yang lelaki la, orang pompuan kita sedia maklum).
Kali ini, apa kata kita mencari sedikit kelainan. Hal yang selalu-selalu orang bercerita hanya pada awal Ramadhan. Hari pertama barangkali, tapi lepas tengah-tengah Ramadhan, berkurangan sedikit yang menceritakan perihal ini. Apakata kita bercerita sedikit perihal KPI terawikh. Sedap bercerita hal terawikh ini, sebab terawikh ini tak de orang boleh buat diluar bulan Ramadhan, berbanding kuih akok, lompat tikam, puteri mandi, murtabak, ayam percik atau nasi kerabu, kat pasar malam sehari sebelum raya cina pon ada orang jual. Tak de bermusimnya. Jadi, sapa yang bermasalah tentang idea entri blog, idea sebenarnya ada di mana-mana.
Terawikh aku masa masih di darjah rendah sangat ekspres. Sangat laju sehinggakan imam baru takbir untuk rakaat ketiga. Aku dan abang dah lari duduk saf paling belakang dekat dengan dinding untuk menyudahkan 8 rakaat dengan sepantas kilat. Selalu-selalu, sebelum salam imam rakaat ke-4, aku dah boleh sarung selipar keluar surau dah. Tujuannya, balik jalan kaki ke rumah, sambil main mercun yang dibeli petang itu. Mercun tu memang dah ready dalam poket baju melayu dah. Kadang-kadang stendby duit je. Beli dalam perjalanan. Dulu senang sangat nak jumpa orang jual mercun. Mercun paling murah tapi sedap adalah Moon Travel. Cucuh dan baling. Berdesup. Kalau berlebih duit sikit, bleh beli Thunder Clap. Tapi mahal. Rupa dan gaya macam Moon Travel, tapi dia ada bunyi ketika dilancarkan.
La ni, bila melihat gelagat kanak-kanak di masjid kawasan aku, kenangan itu datang semula. Tapi macam biasa, hal utama cerita ini bukanlah hal di atas. Pendahuluan je tu.
Cerita kali ini adalah untuk kita KPI kan pakej terawikh yang disediakan oleh masjid Taman Jamek Tmn U ini. Pakej untuk malam ke- 21 yang lepas sangat menarik untuk dikongsikan. Semua telah diseru beramai-ramai membawa anak isteri untuk menjayakan terawikh malam itu dengan diadakan pengumuman pada malam sebelumnya. Begini pakejnya:
1. Malam itu adalah malam imam mengkhatamkan Al-Quran di dalam bacaan solat terawikhnya. Cukup 20 rakaat, khatam. Sejak bermula terawikh, tiap rakaat adalah dari surah awal Al-Quran, yang mana disambung pula Taddaruss selepas itu.
2. Malam itu ada doa istimewa ketika doa qunut pada rakaat witir terakhir. Imam ini baca doa qunut separuh dan kemudian menyambungnya dengan satu doa yang dia ambil dari satu surah dalam Al-Quran. Dia sangat beremosi ketika doa ini. 2-3 kali suaranya sebak tidak tertahan. Satu part, terus hening seketika. Syahdu.
3. Doa khatam Al-Quran dibacakan sesudah selesai solat witir. Tika ini juga emosi imam sedikit tersentuh. Dia paham bahasa Arab, jadi doa itu dekat dihatinya.
4. Ini malam ke-21. Malam ganjil yang boleh berkemungkinan sebagai malam Lailatul Qadar.
5. Ini malam Jumaat. Penghulu hari.
6. Pada rakaat keempat, ada sujud sajadah. Kalau arif lagi laksana, surah lazim apakah yang ada sujud sajadah?
7. Solat terawikhnya releks-releks je. Sebab semua surah lazim yang tidak la panjang-panjang.
8. Setelah selesai urusan terawikh, CD bacaan Imam Sheikh Karem Radzi Abdul Zahir Al-Hariri diedarkan kepada hadirin yang hadir. Sebab masa malam Sheikh Karem ini datang pada 4 September minggu lepas ke masjid ini, CD berkenaan tidak mencukupi. Dia hantar lagi sekali minggu seterusnya. Kali ini semua yang hadir dapat. Termasuk hadirin muslimah. Klik untuk cerita kunjungan Sheikh ini. (pakcik-pakcik pakat buat 2 rakaat je masa itu. Panjang & lama beb)
9. Semua di atas adalah pengalaman semua hadirin ke Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin ini, berikut adalah pengalaman peribadi aku.
10. Aku dapat duduk dalam saf yang sama dengan imam utama, Ustaz Sairaji. Tapi untuk saf baris ke-empat la. Kemudian dia pula bergegas keluar selepas rakaat ke-2. Ada urusan. Dulu masa nak menikah, tandatangan Ustaz Sairaji ini la aku kena dapatkan. Siap jejak sampai rumah dia. Ahmad S sendiri tak cari tok Imam kawasan dia untuk dapatkan tandatangan untuk urusan menikah. Duta dah dapatkan ke belum?
11. Selesai semua sekali. Urusan membayar zakat pula diselesaikan. Jadi tidak la aku runsing lagi sebab takut terlewat, terus tak dapat nak bayar zakat tahun ini. Baik bayar melalui masjid ini berbanding tempat lain atau JUSCO sebab tiap amil yang menjadi wakil urusan zakat ada bahagian untuk dia. Juga lebih baik membayar zakat di mana tempat kita bermustautin. Lagi satu, baik bayar awal, supaya zakat itu terus dapat diagihkan sebelum Aidilfitri untuk yang memerlukan sebagai persiapan Aidilfitri mereka.
Rasanya begitulah pakej Terawikh yang aku rasa agak istimewa untuk tahun ini. Tahun sebelum-sebelum ini, dia buat dipenghujung terawikh, jadi aku tak dapat nak merasai pakej sebegini. Sekadar sebagai perkongsian. Cemana pulak terawikh di tempat korang?
*******
Sinetron Dramalova Siri Selitan
Sinetron Dramalova Siri Selitan
Marcia : Abang, tak pergi ke terawikh malam ni?
Diego : Tak kot, malam ni malam genap. Tadi masa drive balik dari SP pon siap terlena-lena. (kebetulan pulak ada cerita Nurkasih malam itu)
*******
Gambar adalah ihsan Blog MJTSAWTU
4 ulasan:
Wah...ni follower Nur Kasih gak ke? xpe skrg terlepas dah leh tgk kat web...
mlm td tdo awal, tgk gak kt online je nurkasih tuh
bagus la tarawikh kat masjid tu kan..
^afzan^
Ye, sebagai perkongsian tentang cemana orang sini menyambut Ramadhan.
Catat Ulasan