Pagi itu, sarapan Diego agak awal. Jam baru masuk 7 pagi. Tapi nasi putih berlauk ayam masak pedas dengan sedikit sambal cili bercuka menjadi menunya. Air milo diteguk langsung. Ada jugak yang akan mengantuk kejap lagi. Indahnya bersarapan di kampung Roraima. Semuanya siap tersedia, tak perlu jenuh memasak, nasi bungkus lauk pauk kuih muih semuanya sedia didapati tanpa perlu berjalan jauh.
Misi hari ini sangat penting, hari ini adalah hari ke-11. Hitungan hari yang sepatutnya Marcia sudah melahirkan anak kedua mereka, tapi masih lagi belum ada tanda-tanda untuk bayi itu keluar menjenguk dunia.
(kamera menyorot imbas kembali)
Semalam, Marcia ke klinik di pekan koboi Roraima, tapi doktor di sana tidak membenarkan Marcia di masukkan ke hospital, kerana memang tak ada langsung tanda bayi itu akan dilahirkan pada saat terdekat. Diego bawa pula Marcia ke klinik pakar bersalin di kota. Doktornya lelaki, berjanggut putih panjang sekali. Sijilnya bertempiaran tergantung di dinding. Dia juga mengesahkan yang bayi tiada komplikasi dan memang tidak akan bersalin dalam saat terdekat.
Diego dan Marcia resah dan berserah. Pulang ke rumah untuk memberi makluman dan berehat. Kemudian malamnya kembali semula ke kota. Makan pizza. Sempena sambutan kelahiran Diego yang disambut hanya mereka 3 sekeluarga. Rodriguez sangat riang malam itu.
Lewat jam ke pukul 12 tengah malam. Diego berpaling kepada Marcia yang sudah berbaring.
"Huh, tak dapat nak sama birthday dengan baby" Diego sengaja mengada.
"Kesian, takpala bukan rezeki, bila la baby ni nak keluar" Marcia pula bersuara sedikit runsing.
(tamat imbas kembali)
Diego sarung kasut cap doktornya. Marcia bersiap macam orang nak pergi beranak. Jinjit beg kelengkapan dengan kain batik dan baju blaus berbutang dihadapan. Pergerakan dilekaskan sebab takut Rodriguez terjaga dari tidurnya. Harap dia tak teriak kuat je la dijaga Mek Munah.
Sesampai di hospital, Marcia lapor diri. Diego perasan, pasangan suami isteri berketurunan Siam yang semalam turut memeriksa di hospital pekan Roraima juga ada di situ. Sama-sama terlanjur 10 hari gamaknya.
Marcia dah dapat nombor bilik. Nombor bilik ke hapa. Nombor wad untuk menunggu. Mereka beriringan ke sana. Terkejut Diego dan Marcia bila sampai di wad berkenaan. Macam bilik mangsa banjir. Katil di kiri kanan wad penuh. Ditambah pula katil-katil tambahan di tengah-tengah ruang berjalan. Tiap katil ada ibu dan bayi mereka yang sudah tentu pasti baru dilahirkan. Marcia dibawa ke katil yang kosong untuk check-in wad tersebut. Diego hanya tunggu diluar. Sambil baca surat khabar The Bintang. Bosan yang amat.
Disebabkan tiada apa-apa perkembangan menarik dan waktu pun dah nak masuk tengahari, Marcia menyuruh Diego ke kota. Buat la apa yang nak di buat. Diego setuju, dia memang ada emel-emel yang perlu diperiksa untuk urusan kerja yang perlu dia lakukan. Diego ke kota menuju kafe berinternet tingkat dua bersebelahan dengan restoran makanan segera. Diego periksa emel-emel kerja. Segala maklumat penerbangan, lokasi, tarikh diperiksa berkali-kali buat pengesahan. Maklumat penerbangan? Ye, lusa awal pagi Diego harus terbang ke Seattle sekali lagi, untuk urusan mesyuarat tahunan wakil-wakil pengedar dari seluruh Asia dan Amerika.
Sedang sedap Diego melihat permainan bola fantasi, game tengok jersi bak kata Marcia. Deringan telefon Diego berbunyi.
"Abang kat mana? Tak habis buat kerja lagi? Doktor kata dah boleh masuk labour room untuk menunggu kejap lagi. Dah ada bukaan" Marcia terus mula.
"Hah, ok, ok, abang datang sekarang" Tanpa berlengah Diego ke kaunter untuk membayar dan bergegas turun ke kereta. Hajat di hati nak capai roti atau air tin. Tapi terlupa. Isteri lebih penting. Diego terus ke hospital. Jenguk di kaunter menunggu, tak nampak nama Marcia lagi, tapi senarai bilik bersalin semua penuh, siap ada yang senarai menunggu lagi. Jenguk pula ke wad tadi. Wad dah lengang. Tapi Marcia juga tiada di katilnya.
Babak 2
Diego mundar-mandir. Melalui maklumat dari misi di kaunter, Marcia sekarang di atas katil besi di luar bilik bersalin. Menunggu bilik bersalin yang kosong serta bukaan yang mengharuskannya boleh bersalin. Diego serba salah, nak keluar sekejap ke stadium untuk makan tengahari atau nak terus menunggu di kaunter menunggu. Takut nanti ada pengumuman memanggil waris isteri, Diego tiada untuk memasang telinga. Sudah. Perut sudah sedikit berbunyi, nasi berlauk tadi bukan tampanan penuh rasanya.
Dah 3-4 kali juga Diego menjenguk gerai pakcik di seberang jalan. Jual air dengan pau. Nak seberang ke tidak. Karang ke seberang karang dibuat pengumuman pulak. Sudah. Diego tawakkal. Diego redah ke seberang jalan.
"Pau dua, air ini satu pakcik". Diego memesan.
"Haa, kejap ye dik" Pakcik menjual menjawab.
""Ting, tong, perhatian kepada waris puan NaNaNa NiNiNi, sila ke pintu satu sekarang"
Sudah. Pengumuman ini memang tak menyempat. Masa orang nak membeli ni la nak buat pengumuman. Dah la dengar sayup-sayup je.
"Hoh panggil doh, kejap ye pakcik, saya gi tengok kejap dia panggil sapa" Diego tinggalkan pau dengan air di gerai. Lari ke kaunter menunggu. Menyemak sapa yang dipanggil tadi. Mujur bukan Marcia. Berjalan balik Diego ke gerai. Mengambil pau dan air. Makan buat alasan perut.
Agak lama menunggu. Lewat jam 3 masih lagi tiada apa-apa perkembangan yang memberangsangkan. Diego menyudahkan Zohor di bilik solat. Sekali lagi berjudi nasib agar pengumuman tidak dibuat semasa Diego menyudahkan solatnya.
Jam sudah ke pukul 5 petang. Diego masih lagi di ruang menunggu. Muka sedikit kusut serabut. Sebab itu ada pepatah 'Kusut macam menunggu bini bersalin'. Kali ini pengumuman yang ditunggu telah tiba.
""Ting, Tong. Waris untuk puan Marcia, sila ke pintu 1"'
Tanpa berlengah, Diego terus ke pintu 1. Sebab dah biasa. Diego lebih bersedia kali ini untuk berdepan dengan situasi menyambut kelahiran bayi keduanya. Kali pertama sudah lulus cemerlang.
"Encik Diego, puan Marcia dah dekat nak bersalin, boleh masuk sekarang. Pakai baju ini dan selipar ini" Misi comel memberitahu.
Diego sarung baju fesyen doktor pembedahan itu, ikat ke belakang. Biasala, dah pernah buat. Tidak lagi kekok dan perlu bantuan misi comel itu.
Diego menuruti misi comel ke bilik bersalin bertulis nama Marcia di papan putih kecil. Pandangan pertama Diego agak mengerikan, jadi Diego berdiri di sebelah Marcia. Marcia nampak dalam kesakitan. Tapi lebih terkawal berbanding semasa anak pertama. Diego cuba bagi semangat agar Marcia dapat menahan kesakitan. Penyambut bayi dah bersedia. Ada 2 lagi misi yang menjaga untuk memberi pertolongan. Haruman antiseptik memenuhi ruang bilik. Marcia baru sekali cuba meneran. Tapi tak berhasil.
Entah mengapa, kali ni Diego rasa tak sedap berdiri. Diego duduk atas kerusi di sisinya. Situasi bertambah sengit. Diego pengang tangan Marcia. Sudah. Diego rasa bunyi di telinga makin membingit. Bunyi berdesing. Diego pandang misi di sebelahnya. Tangannya mencapai lengan misi.
Entah apa ucapannya kepada misi tersebut. Diego sudah separa sedar. *Pengsan*.
Sedap sungguh 'tidur' yang dirasainya. Rasa badan dipapah duduk ke kerusi roda, kemudian di tolak ke bilik kosong bersebelahan. Diangkat berbaring di atas katil. Peluh naik sampai ke kepala. Bunyi berdesing mula berkurangan. Diego dah boleh kembali membuka mata. Masih berbaring. Ada juga perasaan malu, tapi nak kata apa. Misi utama mengarahkan sorang lagi misi lain untuk memberikan milo bergula banyak kepada Diego.
Diego turun dari katil, bersandar di kerusi roda. Agak-agak dah habis milo, Diego perasan misi penyambut bayi Marcia dah berlalu di hadapannya, dia tegur Diego. Diego balas dah ok. Kemudian tanya dah bersalin ke Marcia. Misi penyambut bayi membawanya ke satu bilik persiapan bayi. Ditunjukkan kepada seorang bayi yang terbaring di atas katil bayi. Diego meminta untuk mengazankan dan iqamat.
Selesai berbuat demikian, Diego berlalu keluar dari wad bersalin. Misi-misi lain pakat jeling-jeling sambil tersenyum.
Jam di tangan 5.30 petang.
Diego tak dapat berlama untuk menjenguk Marcia dan anak lelaki keduanya. Petang sampai maghrib itu, dia tunggu Marcia kembali ke wad. Agak lama sebab Marcia banyak mengalami pendarahan. Selesai membantu Marcia menyiapkan diri di wad bersalin, Diego meminta untuk pulang ke rumah. Sebab esok awal pagi, Diego harus berangkat kembali ke Sao Paulo kerana penerbangannya ke Seattle dijadualkan jam 5 pagi hari berikutnya.
SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-2 BUAT
MUHAMMAD AMMAR AMANI aka Pablo.
MUHAMMAD AMMAR AMANI aka Pablo.
****
Makcik katil sebelah : "Dengar cerita, petang tadi ada tok laki pengsan dalam wad bersalin"
Marcia tersenyum lebar : "Ha la, suami saya la tu"
****
11 ulasan:
Hahaha..siap da dialog kat bawah tak tahan tuu! best ar kak ezi leh jawab direct jer
Kekeeke yeAaa akhirnya dramalova season 2 dah kuar.ye ke?ke dah season 8? Takot la wei nnt bini aku bersalin.hehehe.seingat aku,penAh pengsan masa eksiden ngn duta kt utm dilanggar akak boyot.
Salam...
Tiba-tiba genggaman tangan Abah longgar,ingatkan kenapa rupanya Abah pengsan. Dah tu Ummi boleh 'hold' dulu meneran dan tanya Abah ok ke. Pengsanpun pengsanlah janji Abah ada disisi. Nanti temankan Ummi lagi ya untuk yang ke 3,4,5,6,7,8,9,10...ramainya. Ummi yang pengsan nanti.
hahaha....pengsan tak mkn sgt kot...
amboiii...misi mana yg comel2 tu???Ish cik abe aku sok kalu beranak utk kali ke 3 nk mintak misi2 veteren je...
^Syila^
Hahah, hal ini menjadi perbualan seluruh bahagian bersalin hospital itu untuk hari itu.
^redghost^
Ala ready aje. Janji ko makan secukupnya, rehat yang mencukupi. Takde hal.
Wei, SD edisi buku setakat XIV, sekarang dah XIX.
^Ummi Amani^
Kesanggupan untuk memberi sokongan memang ada, cuma hari itu tidak bernasib baik. Heheh.
^Anese^
Ye betul, memang sebab perut kosong + cemas = pensan. Hahah.
Misi utama je veteran. Misi-misi lain mmg semua comel2. Tambah-tambah yang masih pelatih. Huhu.
hehheh lawaknya...sbb tu la sy ni dah 3 kali bersalin, suami tak pernah masuk teman..rasanya akan menyusahkan aje..heheeheeheh..nak gelak kuat sikit boleh??? HAHHAHAHAHA
^don^
Amboih, sakan dia gelak ye. Sekali sekala hero kene tunjuk jugak sedikit sebanyak aspek kelemahan, baru la cerita jadi sedap. Hahah.
Tapi, sebaiknya suami memang lagi elok bersama-sama waktu isteri melahirkan anak, baru dia mengerti dan faham nilai pengorbanan isterinya.
sy sgt setuju en amani... InsyaAllah yg no.4 nnt kena paksa jugak la....
^don^
Aiyark.. sudah plan yang ke-4? Huhu. Sila-sila. Jangan malu-malu. Jangan lupa heret sekali cik suami nanti.
nk gelak guling2 baca entry ni tp x dpt guling, baby ada kt riba. harap2 suamiku lebih kuat n tabah utk next baby spt 1st baby aritu. tp my 2nd brother awal2 btau x berani nk teman isteri dia masuk labour room coz rasanya mmg dia bakal pengsan tgk isterinya bersalin walau dh anak 6.
aduhai lelaki...
^anur^
Kene pastikan perut tak kosong je. Konfem ok. Juga jangan buat-buat tahan napas sekali macam isteri masa tengah meneran.
Catat Ulasan