Advertlets

Jumaat, September 04, 2009

KPI Ramadhan

KPI memang perkataan kegemaran beberapa pihak tertentu. Terutamanya pekerja syarikat bersabit kerajaan. Ala hat yang dipanggil gee el sii tu. Tambah sedap bila KPI dicicah sekali dengan gambarajah lengkungan loceng. Hat mana yang kerja pandai-pandai, kira beam semua cukup, tengok slope semua lurus, repot buat dalam English tapi terpecah-pecah tersilap grammar sana sikit, meeting semua masuk bawak buku nota siap tambah air teh masa rehat, semuanya dapat duduk bawah lengkungan loceng. Kan sedap. Sebab bonus dan appraisal tetap dapat. Cuma sikit jela. Tapi sedap apa dapat bonus dan appraisal.

Baiklah, KPI ini tidak tertakluk kepada syarikat gee el sii sahaja. Sekarang ini sapa-sapa yang agak-agak tak puas hati dengan KPI yang bos hangpa bagi, meh kita bagi KPI kat orang lain. Yang ini baru la sedap. Sebab sendiri-sendiri boleh komplen sampai lembu pulang di pagi hari. Contohnya kita boleh bagi KPI kepada hotel yang kita pernah duduk barangkali?. Kan sedap kita komplen kan?

Berkenaan dengan KPI ini, di atas tajuk berkenaan dengan bulan Ramadhan ini. Kita boleh sentuh beberapa perkara yang kita boleh KPI kan. Untuk menilai sejauh mana keraian yang kita dah buat sempena Ramadhan kali ini.

Pertama, selepas 14 hari berpuasa gerai-gerai bazar Ramadhan di kawasan berhampiran rumah aku dah mula menunjukkan perubahan. Ada sudah lompong-lompong gerai yang tidak lagi beroperasi. Ada sudah gerai-gerai yang mana orang beratur menunggu giliran membeli juadah kegemaran. Ada sudah gerai yang murtabaknya bertimbun macam himpunan buku latihan matematik cikgu sekolah yang rajin bagi latihan tiap-tiap hari walau jam sudah 7 petang. Ada juga yang asal aku sampai je bazar Ramadhan, dia dah tutup gerai. Ada juga yang masa 1 Ramadhan jual air RM1 sebungkus, sekarang dah jadi RM2 3 bungkus. Ini semua boleh dibuat KPI. Kalau kita sendiri pandai meneliti dan membuat pemerhatian.

Kedua, saf-saf terawikh. Yang ini tak yah cerita panjang. Semua sedia maklum. Kalau 1Ramadhan boleh dapat 10-15 saf. Sekarang tinggal 6-7 saf sahaja. Tapi aku tetap respek kepada sesetengah golongan remaja kawasan masjid ini. Dari 1 Ramadhan sampai semalam 14 Ramadhan, dorang tetap rajin datang ke masjid. Dari awal Isyak sampai siap Terawikh 8 rakaat dorang akan melepak kat pintu luar masjid di bahagian meletakkan kasut. Sambil bersembang tengok-tengok henpon member. Memang rajin dorang ke masjid. Aku sendiri ada lompang-lompang terawikh tahun ini, tapi tidak untuk mereka. Hari-hari datang masjid. Beriktikaf jela tapinya.

Ketiga, sahur. Yang ini pon aku rasa sama je. Masa mula-mula mungkin semangat lebih sikit. Sahur takde pernah tinggal punya. Masak pon sedap je. Tapi dah lewat-lewat ini, sahur pon kekadang tak mangkit dah. Entah awal malam tu sendiri sebelum tido pon tak makan apa-apa. Kadang-kadang menu sahur tu sendiri pon dipandang sepi je. Belasah saja apa yang ada. Takde dah nak buat jadul menu sepanjang minggu ke hape ke.

Jadi, aku rasa cukup la kita menilai KPI separuh bulan Ramadhan buat kali ini, yang mana lompang-lompang yang terjadi akibat kesalahan diri sendiri, marilah kita perbaiki buat separuh lagi bulan Ramadhan. Sendiri-sendirilah menilai. Moga-moga semua amalan kita diberkati dan mendapat rahmat. Ada sapa-sapa yang tak nak saham akhirat, appraisal dan bonus untuk bulan ini? Bonus berlipat ganda ni, sapa yang tak nak, tepuk perut, bersandar dan lenalah.

3 ulasan:

a z m i r berkata...

haha..murtabak kat JB tak sedap. Buat macam roti telur kat kedai mamak tapi taruk sikit serbuk ayam / daging. Jauh beza dengan murtabak kat utara..telur dipukul bersama bawang dan daging / ayam cincang. Masak campuran telur dulu, lepas tu baru balut dengan kulit dan goreng sekali lagi. Rasanye sangat mabeles. murah pulak tu!

Adam Ruslan berkata...

^azmir^

Ada je murtabak style telur dicampur sekali dengan bawang potong dan ketulan-ketulan daging ayam atau daging lembu. Gerai sebegini orang beratur menunggu.

Gerai yang bekalan murtabaknya masih meninggi bertimbun macam buku latihan sekolah waktu jam sudah 7 petang itu memang yang macam ko cakap itu la.

Ummi Amani berkata...

Salam...
Terbiasa diuruskan sahur. Hanya perlu bangun dan makan. Tidak perlu sediakan,hidangkan dan kemaskan. Bila yang mengurus meringankan urusan sahur adalah yang tidak bersahur kan. Agaknya bilalah akan dilayan sebegitu rupa juga. Dikejutkan dan dijemput makan. Salahkah begitu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...