Baiklah. Hari ini adalah kali pertama secara tidak rasmi Colek Aji akan diperkenalkan kepada khalayak umum. Sebelum ini bukan la kata tak da sapa tahu, tapi tidak pernah ada sesiapa menunjukkanya ke dalam apa jua jenis medium media massa buat masa sekarang.
Sedikit sejarah tentang kewujudan Colek Aji ini adalah seperti berikut. Jap, aku pertimbangkan semula. Kalau aku cerita, nanti jadi panjang. Di hari penuh kesabaran dan dugaan ini, dengan cerita bergambar makanan, aku rasa ianya mungkin sedikit menduga perasaan. Jadi secara ringkasnya. Colek Aji ini Pak yang buat. Tn Hj Ruslan. Dia mula-mula RnD masa dia jadi pengetua di PC sekitar tahun 1999. Sebab buah-buah senang nak dapat kat pasar KB, bahan-bahan terutamanya sos hitam itu memang ada je stok dari Siam. Maka dia buat sebagai pencuci mulut bila masa ada je hari keramaian jamuan makan kat rumah. Bila ramai yang memuji dan memperkatakan tentang Colek Aji ini, baru la Pak pertimbangkan untuk membuat secara komersil.
Pak membawa resipi ini ke seluruh tempat dia bekerja selepas itu seperti Alor Gajah, Terendak, Jasin, Seremban, KL dan Kulim. Sekarang, bila kerjaya rasmi pon dah hampir ke arah pencen. Mak pon dan pencen, masa terluang untuk membuat Colek Aji makin banyak. Kalau tak Pak, Mak la yang duk jaga di dapur untuk menyiapkan kuah rojak Colek Aji ini. Urusan pembungkusan juga dilakukan sendiri oleh Pak dan Mak. Memang hasil tangan sendiri. Tidak ada PATI atau TKI yang digunakan melainkan tenaga DG54 dan DG52 (R) yang menghasilkan Colek Aji ini. Siti Nurhaliza yang jual teh tu sendiri tak bungkus teh uncang dia sendiri. Permintaan dari saudara mara dan rakan-rakan juga tidak pernah putus-putus, jadi pengeluarannya lebih rancak sekarang.
Aku dan Ezi turut serta dalam memperkenalkan Colek Aji ini buat cuba-cuba untuk rakan sekitar Skudai ini. Sekarang aku ingin memperkenalkannya kepada umum pula melalui Kedai E-Amani. Jadi berikut adalah sedikit sebanyak momen-momen penggambaran yang dilakukan untuk memuatkan gambar Colek Aji ini sebagai salah satu produk keluaran Amani's Collection.
Mula-mula potong buah yang sedap dimakan.
Kemudian tukar ke pinggan yang lebih mesra kamera supaya contrast lebih cantik.
Siram kuah rojak sesuka hati supaya mengenai buah-buahan tadi. Abaikan je model yang terserta itu.
Taburkan kacang tanah yang telah hancur dikisar. Lagi banyak lagi sedap. Bagi tujuan penggambaran, sikit jela.

Boleh juga taburkan sedikit serbuk asam ko. Juga lidi penyucuk sebagai hiasan. Pusing-pusing pinggan cari sudut yang menarik. Kemudian selesailah penggambaran. Terliur? Telan sahaja air liur itu buat masa sekarang.
15 minit kemudian. Segalanya selesai. Sedap? Entah. Lazat adala. Ini gambar sebelum pinggan ini dijarikan licin oleh model yang kelihatan tadi.
Baiklah. Produk sebenarnya berupa begini. Dalam bekas standard tau fu fa. Dengan berat 400g. Dapatkannya di kedai E-Amani. Segala urusan penempahan, pembayaran dan sebagainya, sila hubungi tokey kedai terbabit. Aku orang bawahan je. Yang sebar-sebar flyers tu. Mau cuba? Bleh datang beraya di rumah. Konfem ada Colek Aji sebagai menu buat tetamu.
Homemade kuah rojak Colek Aji.

7 ulasan:
adam, memang wei..terliur dibuatnya...kalau kat kelantan lagi banyak buah aku tgk...tapi sawan gak ni...
selamat berpuasa..kirim salam kat mat due
laaa...aku sll beli kuah rojak mak bee....baru beli 2 bekas....klu tau bleh order..nak rasa...
memang careeeee kalau buat utk raya nih...
nt akan layari kedai e-amani utk tempahan.
ceh nasib dh mlm..kalau aku tgk siang2 bikin kecur liur je haha - zaahirah
karang g jb leh le singgah umah amani, mkn rojak buah. kuih raya takde takpe janji colek ade.. hehe.. tak gitu en amani.. ^_^
turun KL jangan lupa bawak colek aji ni jumpa aku.. macam best ja..
^Ammosham^
Wei, mana tak terluir, buka blog lagi 10 minit nak berbuka. Nak order? Dalam 2-3 hari lagi ada la barangnya.
^anese^
Takpe, dah habis stok Mak Bee, bleh la tanya-tanya kembali k. Mak aku pon adik beradik panggil Bee juga. Hahah.
^Hanim^
Meh datang rumah la sebelum balik raya nih. Datang berbuka terus pas beli kat Bazar Tmn U.
^Zaahirah^
Oh Yah, sila jaga selera anda.
^anur^
Boleh2. Datang la, lagi sedap kalau dapat bawak buah sendiri-sendiri. Hahah.
^Juan^
Baik. Nanti bila2 yang berkelapangan.
Catat Ulasan