Akan tetapi, meskipun zaman berubah. Kanak-kanak tetap kanak-kanak. Mereka punyai imaginasi dan dunia mereka sendiri. Tidak perlu runsing tentang apa-apa perkara mendatang. Hanya keseronokan yang ada dalam diri mereka dan bagaimana mereka mengolah apa yang ada untuk dijadikan bahan keseronokan buat mereka.
Ini sedikit memori yang dapat dipertontonkan buat Aqil, Ammar dan Zahin bila mereka dah meningkat usia nanti. Melihat kembali telatah dan gelagat mereka dalam sesi improvisasi permainan sedia ada di taman permainan dengan gaya dan pendekatan masing-masing.
Konon kereta tengah kona baring seret telinga la tuh.
Kita jenuh nak ambik gambar dorang, boleh tengok belakang pulak. Zahin plak pasrah je.
"Layan baring dalam gegelung pon sedap pe Abah" - Ammar
Kita jenuh nak ambik gambar dorang, boleh tengok belakang pulak. Zahin plak pasrah je.
"Layan baring dalam gegelung pon sedap pe Abah" - Ammar
Sesi kedua, aku pulak ambil alih tugas memandu kereta itu.
"Okeh, kita nak pegi mana sekarang?" Sebagai pemandu, aku la yang bawak dorang nak gi mana kan.
"Jom, kita pegi Jepun". "JOM!" sambut Aqil dan Ammar. Kereta digoyang-goyangkan. Bunyi kereta berjalan dikeluarkan.
"Ok, dah sampai Jepun. Arigato gozamais. Konnichiwa. Ano uros segi matsu kurikuro"
"Ok dah, jom kita pergi India pulak". "JOM!" Gedang gedung gedang gedung. Kereta digoyang-goyangkan lagi.
"Dah sampai India. Mere bhia, naam, nehi nehi." Kekurangan idea pulak.
"Ok, nak pergi mana pulak? Kita pergi Jerman pulak" Kereta digerak-gerakkan lagi.
"Yea, dah sampai Jerman dah. Archts warst giest funds tierk. Litch gien dien ist flurk"
Perjalanan ini berterusan untuk ke negara Russia, England dan kemudian tidak diteruskan lagi dah. Sebab ada bantahan keras oleh Ummi Aqil dan Ammar kerana begitu mengarut sekali dialog yang dilakukan.
Ingat senang ke nak jadi Abah? Kurang-kurang 5-6 bahasa perlu dikuasai dan itu belum masuk memahami bahasa patah perkataan pendek-pendek sebutan kanak-kanak lagi.
3 ulasan:
wakaka, lawak giler. mencabar la sgttt, a.adam, stress ke ngan anak sndr. huhuhu~
anak2 sy siap main mak-mak..kakak jadi mak adik jd bapak...pegi keje...masak-memasak, kadang2 main cikgu-cikgu..mmg tinggi daya imaginasi diorg...
^hanim^
Takde la stress, tapi atas individu la cemana nak menjadi abah yang mengembirakan anak-anaknya. Huhu.
^don^
Sila layan aje imaginasi dorang tu. Amik video kalau mau lagi best.
p/s: Sudah buat blog nampak? Huhu. Teruskan. Jangan berenti separuh jalan.
Catat Ulasan