Advertlets

Selasa, September 01, 2009

RON95 - Pergi tetap sama jauh

Masuk hari Selasa. Cerita adalah kembali panjang berjela.

Ismail Sabri telah memaklumkan harga minyak RON95 yang menggantikan RO97 berkuatkuasa 1 September 09 TIDAK BERUBAH yakni RM1.80/liter. Amacam? Biasa? Keliru? Konpius?

Ini kenyataan berita / ucapan dari mulut dia sendiri ke tidak, aku malas nak rujuk balik. Tapi, buat isteri-isteri, pembaca-pembaca majalah Mempelam serta semua yang kurang mengambil tahu berita dalam negara, juga sesiapa sahaja yang tidak mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk mengisi minyak petrol kenderaan yang dirahmati sekalian. Izinkan saya terus kepada isi kupasan seterusnya.

RON 95 telah diperkenalkan sejak Julai dimulakan oleh Petronas kemudian Shell dan kemudian semua stesen minyak lain secara berperingkat. Ia wajib dikuatkuasa mulai 1 September 2009. Dengan alasan, RON97 adalah petrol premium, semua kenderaan berpetrol mampu-beli di atas negara Malaysia ini serasi dengan RON95, jadi buat apa tuang RON97 yang mahal lagi premium itu. Atas dasar prihatin seorang Menteri. Jadi diperkenalkanlah RON95 dengan harga RM1.75/liter sebagai petrol kebiasaan, dilupuskan terus petrol RON92 (RM1.70/liter). RON97 dikira semula harganya menjadi RM2.05/liter.

Tapi, harga RM1.75/liter untuk RON95 adalah harga pengenalan semata sejak Julai lalu, macam Majalah UJANG, APO dsb yang jual siri pengenalan merekan dengan harga RM1 senaskah dulu-dulu. Aku sendiri baru 4 kali dapat tuang RON95 sebelum ini. Sekarang harganya dah jadi RM1.80/liter. NAIK 5 sen.

Memang la tak berubah dari harga RON97 sebelum ini. Tapi di mana faedah-faedah yang digembar-gembur sebelum ini? Petrol sama serasi, tapi lebih murah? Ceh. Pergi tetap sama jauh.

Kononnya wang subsidi lebih rendah untuk RON95. Padahal, Menteri-menteri semua lapar dahaga peruntukan budget negara yang semakin mengecil (sebab diguna banyak untuk subsidi) untuk mengisi poket-poket kontraktor-kontraktor sekelilingnya yang perlu projek-projek baru dan tender-tender baru supaya dirinya mendapat komisyen ketika menganugerahkan tender/projek itu nanti.

Ingat menteri-menteri bagi cek palsu besar pintu rumah untuk orang miskin, mangsa kebakaran dan segala bagai lagi dengan diambil gambarnya masuk berita dan suratkhabar itu, guna duit dia ke? Ceh. Semua itu duit kontraktor-kontraktor di sekeliling dia yang punya.

Ringkasannya. Prestasi diutamakan - Rakyat didahulukan. Ye, rakyat dulu la yang merasa bila petrol naik harga, gula naik harga, beras naik harga. Entah masa bila nak turunnya tak tahu. Menteri tahu apa, tuang petrol bukan guna duit sendiri. Semua claim mileage. Prestasi? Prestasi Menteri ke Prestasi RON95? Sama je.


5 ulasan:

saiful berkata...

Saya pakai ja RON95 walaupun dulu dijanjikan cuma RM1.75. Boleh selak balik keratan akhbar dalam Bulan April/Mei tahun ni...

noorafzan.blogspot.com berkata...

akhirat sana tau la mereka tinggi rendahnya langit..
hoho~
kat donia boleh la seksa orang~

Adam Ruslan berkata...

^saiful^

Memang itu je la pilihan yang ada. Bukan nak kata RON95 tak elok, tapi dulu dijanjikan dengan harga lebih murah, kenapa bila tukar menteri, tukar juga harganya?

^afzan^

Yang itu kita tak tahu,sendiri-sendiri punya urusan dengan tuhan. Ini urusan manusia sesama manusia.

a z m i r berkata...

sebagai orang yang terlibat dalam industri petroleum, boleh tolong keluarkan entri beza ron 95 dengan ron 97.

Bukan apa, takut apa yang dicanang sebenarnya tak sama dengan reality.

Adam Ruslan berkata...

^azmir^

Dah siap buat dah. Esok keluar. Satu hari satu entri sudah. Datang esok ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...