Advertlets

Khamis, September 17, 2009

Memberi laluan kepada Hari Raya Aidilfitri

Sempena entri ke-200 ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI dan bercuti raya buat semua yang membaca blog ini. Kesibukan menyambut raya akan menyebabkan blog ini tidak dikemaskini dengan kerap barang kali seminggu dua ini. Malam ini dah akan berangkat pulang ke Kulim. Hari Raya ke-3 akan berada di Tumpat dan akan kembali ke JB melalui Kuala Lumpur pada hujung minggu.

Jikalau terdapat apa-apa kekurangan yang mengguris hati dan perasaan ketika kamu membaca blog ini. Adalah diharapkan dapat dimaafkan. Jika ada juga isu yang timbul hasil dari penulisan blog ini juga yang membuatkan kamu tidak selesa, tidak suka, tidak lena tidur malam, juga harap dimaafkan.

Jemput la datang rumah kami di Taman Universiti kalau berkelapangan sesudah kami balik dari kampung nanti. Takde la aku nak buat open house peringkat kebangsaan, tapi rumah kami sentiasa terbuka untuk tetamu semua. Baiklah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Terimalah e-kad raya lip-lap lip-lap yang berkelip-kelip ini buat tatapan semua. Tahun lepas tak sempat ambik gambar raya bersama-sama, jadi ini gambar raya 2 tahun lepas. Agak-agak nak spare duit raya kat Aqil dan Ammar tapi tak berkesempatan berjumpa, sms je, nanti aku bagi nombor akaun Maybank dorang. Boleh begitu? Hahah.


4 ulasan:

Mard berkata...

salam aidilfitri to you, wife & your adorable sons...
:-)

maaf zahir batin

and sampaikan salam saya to mat due

noor afzan berkata...

selamat hari raya abang adam ngan kak ezy..dan juga 2 permata aqil dan ammar..

maaf zahir batin gaks..

redghost berkata...

old school nya gamba ni. terasa cam amek gamba dengan datuk nenek zaman dulu2 jek. jemput datang rumah raya ni <-- jemput cemni duta marah.hahahaahaha.....

amANI berkata...

^T. Mard^

Selamat hari raya juga. Sudah disampaikan juga buat Mat Due.

Maaf Zahir & Batin.

^Afzan^

Selamat hari raya juga. Mekasih.

^Redghost^

Sori la tak sempat nak singgah rumah hang. Jadual sedara mara sungguh penuh.

Kena jugak sekali sekala amik gambar keluarga secara bersila. Hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...