Advertlets

Ahad, September 13, 2009

Diari Ramadhan Adebayor - (Man City 4 - Arsenal 2)

"Game ini aku benar-benar nak buktikan sesuatu". getus hati Manu. Pengelap peluh bercorak bendera Togo Manu sarungkan di kedua-dua belah pergelangan tangannya.

Manu, atau nama penuhnya Sheyi Emmanuel Adebayor, kelahiran negara Togo, kini dengan jersi biru langit cerah sudah bersedia untuk diturunkan menentang pasukan lamanya, Arsenal yang ditinggalkannya demi mencapai status sebagai rakyat Togo paling kaya di dunia mengalahkan tokey seludup gading gajah haram mahupun perdana menteri Togo sekalipun.

Stadium dah penuh sampai ke kemuncak tempat duduk paling atas, semua dengan baju biru langit cerah. Hanya satu segmen tempat duduk belakang gol kelihatan penyokong berbaju merah berbelang maroon dan putih. Dua-dua set penyokong jelas menjeritkan nama Adebayor, tapi berlainan ganti nama. Yang memakai baju biru langit cerah menjerit

"Adebayor, Adebayor, your are my savior".

Dibalas pula dengan penyokong merah berbelang maroon dan putih.

"Duit-duit, di mana kau duit? Adebayor, cintamu (terhadap duit) membukit!"

Bergema satu stadium.

Perlawanan bermula. Bola sepak mula oleh Van Persie. Arsenal menyerang, kawalan ketat benteng Man City menyebabkan Shaun Wright Philips mendapat bola. Dapat pada Adebayor di sebelah kiri.

"Dorang (penyokong Arsenal) tak tahu, aku sebenarnya layak menjadi pengganti Henry untuk Arsenal. Aku komited untuk menang tiap perlawanan tika bersama Arsenal" Manu masih mengelamun ketika mendapat bola. Tiap sentuhan bolanya disorak hebat oleh penyokong biru langit cerah. Mereka memang rasa Manu adalah 'Henry' mereka buat Man City.

Bola keluar padang, Manu tersepak bola lebih jauh sikit bila diacah Gallas. Seronok penyokong merah berbelang maroon putih bersorak mengejek Manu.

Lambungan-lambungan tinggi oleh Man City semua menuju Adebayor. Tak kira la dari Toure ke, Richards ke, Lescott ke. Semua menuju Adebayor yang tinggi lampai itu. Gareth Barry yang dibeli mahal dari Aston Villa pon seakan tidak diendahkan. Malangnya, lambungan demi lambungan dapat dipatahkan oleh Vermalean atau Gallas. Adebayor masih lagi membiarkan dirinya di lamun ingatan-ingatan 'di boo penyokong Arsenal'.

"Aku main untuk Arsenal pon hangpa boo, aku main untuk Man City pon kena boo, apa dosa aku?" Manu masih dibuai emosi-emosi yang mengundah gulanakan dirinya.

"Bukan salah aku AC Milan, Real Madrid, Barcelona nakkan aku, kalau depa mai, gaji naik 4 kali ganda, takkan aku nak tolak? Hangpa pon akan tukaq kerja kalau dapat gaji macam tu kan?" Manu bermonolog lagi. Bola yang datang memang dia tak endah sangat, dia buat-buat lari sana sini, macam mengejar bola. Tapi dalam kepalanya hanya ada satu je. Dapat bola lintang sedap-sedap, dia terjah tanduk ka, rembat ka. Janji gol.

Tiba-tiba dalam satu serang balas kilat. Bellamy dijatuhkan, ditolak mukanya oleh Sagna. Sepakan percuma dari jarak 40 meter dari gol. Barry melambung bola, Adebayor melonjak paling tinggi. Cuba dihadang oleh Gallas, dua-dua terlepas. Richards yang kat sebelahnya yang dapat menanduk. Bola laju menuju sisi kanan gol. Almunia cuba menepis. Terlepas. Bola terkena tiang. Melantun semula. Kena kepala Almunia. GOL! (macam dalam kartun).

Manu yang baru mendarat terus berlari mendapatkan Richards, dipeluk gomol Richards macam pengantin di malam pertama.

Baki perlawanan selepas itu tidak diendah langsung oleh Adebayor. Sebab langsung tak dapat bola. Kalau dapat pon, Gallas dan Vermalen mesti ada untuk menghalang. Lagipun, memang dia separuh hati je bermain.

Tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula. But putih Adidas Adebayor kelihatan masih suci bersih. Gaji seminggu 150,000 pound sterling, takkan tak boleh beli but tiap hari kan.

Manu kali ini mendapat arahan paling ringkas dari Mark Hughes. Tiap kali tendangan sudut. Kena duduk paling depan, dekat dengan tiang gol. Tanduk je semua bola yang datang. Lain-lain, pandai-pandai la main sendiri.

Itulah yang Adebayor buat. Sebab memang asyik-asyik kena serang je. Arsenal menyerang dari segala arah. Kiri dan kanan. Adebayor jadi bosan. Sebab banyak kali bola datang dekat dengan dia. Mesti kena rampas. Arsenal pula sempat menjaringkan gol dari Van Persie. Adebayor dah mula resah gelisah. Status perpindahan mahal dia dan rekod statistik dia yang telah menjaringkan 1 gol tiap-tiap perlawanan untuk 3 perlawanan pertama Man City nampak samar-samar akan lebur.

"Konfem kena kutuk kow-kow kalau aku tak score hari ini" Manu bermonolog lagi.

Masuk minit ke-60. Dari satu lambungan tinggi, Adebayor sama-sama melompat dengan Gallas. Tapi Gallas 'body contact' lebih sikit Adebayor, jatuh terlentang dia. Nasib tak patah pinggang. Sakit ya amat. Nafsu amarah Adebayor mula meninggi. Dia tak kira dah ini bulan Ramadhan ke apa.

Mangsa pertama, Van Persie. Masa Van Persi cuba bentes meluncur bola di kaki Adebayor, Adebayor melompat dan bila kaki kiri jejak kat tanah, kaki kanannya disua lebih sikit ke muka Van Persie. "Nah, rasakan". Getus Manu. Corak stud but putih suci murni Adebayor jelas kelihatan di pipi Van Persie dan diberikan rawatan kecemasan oleh doktor pasukan Arsenal. Nyaris buta Van Persie.

Mangsa kedua, Sagna. Dalam satu perebutan bola antara Sagna dengan Barry, Adebayor mencelah dan but putih suci murninya dibenamkan ke keting Sagna. Berkaca mata Sagna. Pengadil pulak tengah tengok makwe seberang sana. Adebayor lari buat macam tak ada apa-apa.

Mangsa ketiga, Song. Disepaknya belakang betis Song masa Song tengah menghadang bola. Song tak tahan, dia balas balik. Pengadil baru je berpaling dari usha makwe yang sama. Song yang kena kad kuning. Adebayor? Dia buat-buat gosok betis meraih simpati.

Dalam duk mencari mangsa keempat, Adebayor sedikit terleka untuk menyerang. Jadinya, Wright Philips terpaksa berganding dengan Bellamy untuk menghasilkan gol kedua Man City. Adebayor masa tu baru nak lari ke kotak penalti.

Gol kedua Man City benar-benar menyentak hati dan perasaan Adebayor. "Ada can menang rupanya, harap-harap la boleh score. Baru la statistik aku naik lagi" Adebayor, masih mengelamun.

Dari gerakan yang hampir sama dengan gol kedua tadi, tapi kali ini Richards yang dapat membawa bola dari sayap kanan. Dilambung cantik ke tengah kotak penalti.

"Gila cantik bola ini, dulu nak harap Eboue, Sagna atau Clichy, haram tak menjadi cross dorang, cross ini baru la sedap kalau nak tanduk. Eh, henpon iPhone 3G [S] untuk saudara mara kat Togo sempena raya Aidilfitri ini tak beli lagi, rasa ada promosi kat TESCO. " Sempat lagi Adebayor bermonolog lagi.

Sebab langsung tiada bek tengah Arsenal yang berada berdekatan dengan Adebayor. Tandukan Adebayor laju tanpa tandingan. Almunia tewas lagi. Kali ini, Adebayor lari. Lari sekuat hati meraikan golnya. Gol ke-empat untuk perlawanan ke-empat bersama Man City dalam Liga. Dia lari menuju segmen penyokong merah berbelang maroon putih di padang seberang sana. Dia buat macam biasa-biasa pemain bola buat bila sambut gol. Seret lutut sambil meluncur.

Penyokong Arsenal pakat baling apa yang ada. Syiling, kunci, kertas, kerusi, bekas arak semua cuba dibaling ke arah Adebayor. Adebayor puas.

Hatinya cukup puas. Puas merobek hati-hati penyokong Arsenal. Yang mengejinya dari dulu sampai sekarang. Dia tak endah. Hati Wenger yang masih percaya dan setia pada Adebayor sebelum dia benar-benar dikenali dunia pon dia tak endah. Sambutan golnya itu memang tiada rasa hormat langsung pada pasukan yang pernah diwakilinya dahulu. Adat orang kaya, mesti la bongkak. Itulah mottonya sekarang.

Selepas jaringan gol itu, Manu tidak lagi berminat untuk bermain bola. Kaki Fabregas pula menjadi mangsa. Kali ini diselit antara dua kaki Fabregas, kalau dirodok lebih sikit, mesti terpatah tiga macam Eduardo satu waktu dulu. Sekali lagi masa tu pengadil terpaling ke arah makwe seberang padang. Padahal makwe tu tak bagi respon langsung kat pengadil.

Arsenal dapat menjaringkan satu gol untuk cuba bangkit melalui Rosicky. Kemudian tiang gol kanan menjadi penghalang gol ketiga Arsenal dan pengadil tertengok makwe lagi bila bola terkena tangan Barry dalam kotak penalti. Memang tiada harapan untuk Arsenal cuba menyamakan kedudukan atau menang.

Adebayor dah malas dah nak main bola. Sebab tu serang balas entah ke berapa kali Man City oleh Bellamy pula hanya di sokong Wright Philips. Adebayor berlari hanya nak cukupkan statistik minimum berlari 8km setiap perlawanan. Kuisan Bellamy memang cukup sungkitnya, dapat pada Wright Philips untuk gol ke-EMPAT Man City. Adebayor buat-buat seronok terlebih. Sekali lagi bergomol beramai-ramai dalam kotak penalti Arsenal.

Tamat perlawanan, Adebayor cuba-cuba buat macam tak ada apa-apa dendam dengan pemain Arsenal. Semua dia peluk cium. Padahal dendam dalam hati tetap membara. Penganjur stadium pula sengaja menambah perit di hati penyokong Arsenal. Diumumkan Adebayor sebagai pemain terbaik perlawanan. Sebenarnya Bellamy yang nampak lebih sepenuh hati bermain bola.

Cilakak lu Adebayor. Kita tunggu kat Emirates.



5 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

Gaya ulasan seorang peminat arsenal memang gini la jadinya..
haha~
adebayor jadik mangsa..
haha~

Juan Nazlan berkata...

macam kena ayam ja ngan Man City.. hahaha.. takpa, hari sabtu ni Man Utd tolong balas dendam..

Adam Ruslan berkata...

^noorafzan^

Kalau dulu Ashley Cole, bleh releks lagi, ini Adebayor sudah lebih.

Erk, paham ke? hafal je k.

^Juan^

Hahah, game dengan Mances'bedebah'ter City lagi ayam.

Semoga berjaya ye.

Helmie Hleb berkata...

mmm..aku sbnrnyer kesal tgk game tue..kalo kalah ngan chelsea cm dl2..fair game aku x kisah..tp bile tgk game main cm nk bg player arsenal smua msk hospital, dh cm rasa EPL nie dh truk sgt..Nie bkn Serie A mmg blasah kaki player neyr..truk ler Aderbayor stamp muka RVP..1st half dia blsh kaki fabregas..susah ler main ngan klab2 main ganz nie..ms man u jupe player gile cm fletcher..jupe man city jupe Adebayor yg x der perikemanusiaan..bahaya beb..thn nie aku rs ader lg player arsenal yg jd cm eduardo..mmg grenti mimpi ngeri ler kpd fan2 arsenal sbb asik kena kutok kalah ajer..Wenger kena stat cr player cm viera n flaminie..blasah kaki oponent x igt dunia nyyer..huhuhu..geram siot kalah..ptt leh mng tue..main dh best tp sbb man city main jht trus game ilang seri..huhuhu

Adam Ruslan berkata...

^Helmie Hleb^

Abis Wenger pon dok pikir Diaby boleh jadik Viera, tapi kene 'check' sikit dengan Richards berapa kali tergolek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...