Advertlets

Isnin, September 28, 2009

Riang Ria Hari Raya

Aku rasa google map tidak berperikemanusiaan. Eh, Selamat Hari Raya semua. Bagaimana raya kamu? Ok? Best? Macam biasa? Ini kisah baru selepas bercuti seminggu dan meninggalkan blog TERABAI. Baiklah, kembali kepada google map. Ada ka dia kata aku boleh buat journey seperti yang tertera di bawah dalam masa SATU hari SATU jam sahaja. Ceh. Tiada konsiderasi betul.


Amik seminggu baru setel, baru la sempat nak sagat kelapa, kopek nyok tua, perah santan, kacau rendang, semayang raya, salam-salam bermaafan amik gambar, makan rendang, lontong, gulai itik, tat nenas, lemang, air oren, laksa penang, tengok Man Utd menang nasib pengadil tambah masa tambahan terlebih, jalan-jalan rumah bakal besan pak dan mak sampai terberetuh kereta depan rebeh bumper, jumpa mertua dan saudara mara isteri, makan nasi kenduri, beli toto kat Pengkalan Kubur, tengok kereta berjujuk-jujuk atas jalan Machang-Kuala Krai, melawat saudara belah pak, tengok rumah mak baru ubahsuai, pegi open house, dengar gosip itu ini, tido rumah Mak Caq. Seminggu. Selesai raya aku sekeluarga. Ingat tu google map tau. Berperikemanusiaan sikit.


****Sinetron Dramalove pendek****

Diego : "Eh, tak terasa la macam dah keliling satu semenanjung Malaysia"

Marcia mencebik muka : "Hah, yela tu"

Padahal, dua-dua sengal-sengal pinggang, tidur tak sedar apa.


****Kanak-kanak Memang Riang ringkas****

Dalam perjalanan nak sampai Tumpat dari Kulim. Sekitar Pasir Mas.

Aqil : "Abah, Aqil nak berak, Aqil dah tak tahhhan dah ni..."

Abah & Ummi berpandangan, dan gelak tak hengat dulu. Hahah.

Notakaki amANI: Seminggu lebih sikit tinggalkan blog, aku nak menulis pon berat je. Untuk Yam di NZ, nak gambar raya? Nanti aku letak ye.

9 ulasan:

cham's berkata...

kejam gak la...hahahaha :-P

redghost berkata...

lalu tak singgah nampak

amANI berkata...

^cham's^

Kalau berani buat la tengok. Hahah.

^redghost^

Tiada kesempatan la. Lain kali. Meh turun JB la.

fiziskandarz berkata...

LOL!!! selamat hari raya ailfitri adam + family. maaf zahir batin :) [ anyways google map mmg kejam.. suh sket depa lalu highway time2 raya gini ] :P

saiful berkata...

Tak dan nak pi jumpa. Sg. Bakap dengan Kulim dekat sangat... Saya raya di Sg. Bakap waktu tu...

amANI berkata...

^fiziskandarz^

Gic, mekasih. Selamat hari raya maaf zahir batin juga.

amANI berkata...

^saiful^

Ooo, Sungai Bakap ka? Dekat la tu, turun ke Junjong sikit dah sampai.

Tapi tahun ni last kot beraya kat Kulim.

saiful berkata...

Awat last?

Tok dah nak pindah ka?

amANI berkata...

^saiful^

Tak pindah lagi. Tapi rumah di Subang mungkin akan menjadi pilihan masa akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...