Advertlets

Selasa, September 15, 2009

Kanak-kanak Memang Riang XVI

Siri bercakap dengan tangan.

Bila aku belek-belek balik gambar-gambar yang baru di ambil ini sebulan ini, baru perasan Ammar ada identiti tersendiri untuk bergambar. Stail bercakap dengan tangan*. Entah sapa punya pengaruh la. Rasa-rasa sebab ada orang ajar dia buat 'peace-V' tapi dia tak reti, dia buat 'five'.

Berikut beberapa gambar yang ada Ammar dan stail bergambarnya.




Perasan itu pinggan berisi buah-buahan? Hahah, ini kira cerita disebalik tabir untuk Sebalik tabir - Colek Aji la.

Kalau Aqil, sekarang dia suka buat mimik muka. Nantikan siri 'buat muka buruk' pulak ye.

Juga buat makluman, penulis ini adalah Abah kepada Ammar dan Aqil ye. Abah. Ingat. Dah.

Nota berbentuk *: Pernah tengok cerita omputih yang ada ayat 'talk to my hand' ? Aku sendiri tak ingat, tapi cerita ke gusti sebenarnya? Mungkin gusti kot. Mamat yang pakai stokin busuk letak kat tangan tuh punya ayat. Entah. Hahah.

****Kemaskini 15 Sept 09 10.00 pagi****

Gambar ke-empat aku baru taruk.

Kalau aku ada kamera-tali-lebar-sangkut-kat-leher-sampai-senget-leher, aku mungkin tak berkesempatan nak mengambil gambar dorang yang macam ini. Pak gad marah oo amik gambar kat JUSCO. Hahah.

5 ulasan:

a z m i r berkata...

ahaha.. betul ke itu cara dia pose? or sebenarnya dia tengah prektis halang paparazi ambik gambar? Bakal jadi orang popular kott...

amANI berkata...

^azmir^

Memang itu refleks pertama.

Dia belum tahu 'paparazi' tu apa sebab dia tak pernah jumpa majalah Mempelam lagi. Haha.

redghost berkata...

hahaha amat comel mereka ini. talk to my hand citer terminator masa die masuk pub pastu die tiru orang jahat tu cakap cemtu.

noor afzan berkata...

dia nak wat gaya 'give me five' tuh sebenarnya..
tapi x de sape nak sambut..
hatta abahnya sendiripun..
haha~

amANI berkata...

^RedG^

Kira betul la aku punya memori ek. Haha.

^Afzan^

Kalau nak 'five'. Dia hulur ke depan sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...