Memang benar istilah cinta itu buta, sebab ada lelaki yang suka bercinta dengan lelaki, begitu juga perempuan yang bercinta dengan perempuan. Tapi itu bukan cerita hari ini.
Juga mungkin benar juga istilah blog yang baik bukan sebab rupanya cantik. Tapi penulisannya dan pengisiannya menarik. Tapi itu juga bukan cerita hari ini.
Cerita hari ini adalah kes yang dilalui seperti berikut :
1. Aku dapat sms dari sorang member berbunyi lebih kurang begini "Weh, blog ko tu ko yang tulis ke wife ko pon ada tulis jugak" ?
2. Dari shoutbox seseorang yang baru melawati blog ini dan bila aku membalas kunjungannya, dia membalas "kak amani...bahasa org kampung je ni"
3. Dari satu entri salah seorang yang menjadi follower blog @Lambaian ketika dia membuat ujian SPEEDTEST yang pernah aku letak disini berbunyi begini: bagus3x...prestasi makin baik. hehe..tapi masih jauh lg kalau nk compare ngn kak amANI"
Disebabkan ini bukan lagi zaman mIRC, jadi aku tidak lagi ingin memberikan tandatanya kepada pengunjung blog yang lain, aku balas terus dan dan time itu jugak bagi segala kekeliruan yang aku jumpa itu.
Tapi yang menjadi tanda tanya sekarang, bagaimanakah boleh timbul persepsi yang tuan punya blog ini adalah seorang 'Kak'? Auwww, ayu nye i. Bagi yang mengenal secara lahiriah dan bentuk rupa fizikal aku, mahu muntah darah kalau membayangkan aku dan membaca cerita ini.
Tapi bagi yang hanya membaca dari penulisan, apa yang menyebabkan persepsi itu timbul? Aku tak pernah guna perkataan-perkataan gurly-gurly seperti 'Hye sume", simbol wink-wink mata seperti (^-^), menulis blog secara perkataan 'sms' walaupun aku adalah RAJA sms (wah, bergaya lagi bangga, padahal henpon murah!) mahupun membuat kisah yang selalu-selalu gadis-gadis blog lain ketika bercerita seperti makan-makan, jalan-jalan, beli henbeg, beli blouse, beli jajan, cerita kucing, cerita beli kerepek dengan opismate dan sebagainya. (Sori, tidak bermaksud untuk menstreotaipkan jantina, tapi hanya contoh macam gambar hiasan blog-blog orang lain la). Aku bercerita pasal bola, hal anak-anak dari pandangan sorang abah, seorang Diego yang penuh teknikal lagi tektikal, perihal Sinetron Dramalova, perihal ehwal politik dan semasa, perihal Ahmad S yang konfem seorang lelaki (ada jugak yang kata aku bercinta dengan Ahmad S tu, Hahah). Cemana bleh terkeliru nih?
Aku pernah ada persepsi untuk satu blog, yang mana penulisnya gadis, tapi gaya penceritaannya memang lelaki habis. Sampai ramai yang memberi komen terkeliru dan bila keluar gambar dia sipi-sipi baru la orang perasan dia adalah gadis. Tapi blog aku menggunakan alamat yang merupakan nama orang yang aku tak pernah jumpa lagi nama itu melambangkan seorang gadis. Jadi?
Aku rasa, aku punya gaya mukadimah yang panjang serta cerita yang meleret panjang berjela macam makcik-makcik yang bercerita memungkinkan aku mendapat gelaran 'Kak' itu. Mungkin. Aku rasa la. Hahah. Jadi diharap ada yang membaca kali ini dan dapat mengambil sedikit sebanyak iktibar ye. Saya adalah abang/encik/tuan/bapak/abah/pakcik/Mr amANI. Apa-apa aje gelaran ganti nama, janji bukan 'Kak' dan sejantina dengannya. Harap maklum.
Selamat hari Jumaat. Aku ingat nak cerita hal-hal ibadah hari Jumaat ini, tapi gossip terkini lagi sensasi menyebabkan aku simpan kisah itu untuk hari lain. Maklumlah, sesi bersama 'Kak amANI' mesti panas lagi sensasi. Huhu.
12 ulasan:
aku 1st...
hahaha...aku pon pada mulanya terkeliru dengan perkataan "AMANI"
. macam ala-ala sharifah amani la. tu yang orang ingat pompuan cantik kot. ala-ala pegkid mengetip mata pada penjual sokkabar.hahaahah...(saya bukan Ahmad S)
pengesahan perkataan : abilb
malang xberbau "kak". amani tu kan gabungan nama korg hby n wfe. kasihan kamoo ABG ADAM dikatakan berkromosom XX
hehe kak AmANI...geli arrr ni mesti x cek profile dulu ni.
^RedG^
Sebab ada Amani yang lebih femes dari amANI kot orang salah anggap kot.
Wei, mana ada kenyi mata. Tanya nama pon tidak. Ceh.
^hanim^
Ye, sama la dengan Idhanim. Kan. Huhuh.
^Syila^
Tengok gambar profile dan tulisan-tulisan kat profile je kot. Nak kene bubuh sesuatu yang kelakian sikit kot. Hahah.
musti itu org hanya baca entry seimbas dan yg terkini waktu itu shj, tup2 tgh baca part kanak2 mmg riang, entry plak panjang meleret, itu yg disangka wanita. awww...
Jarang beb si bapa tulis entry ttg anak2 selalu warga ibu shj. So, sesekali trsalah title apa salahnya kan... muahahaha...
hahaha..Amani mmg sinonim ngan namer wanita..tak kirer ler nick tu berlatar blkg kn lelaki ke pompuan ker, aku ttp x sabar nk tgk enty baru dari kau bro...
eh aku dh dpt SD compilation tue...cume x smpt abes baca lg..hheheh..tq
^anur^
Ada je aku melihat kaum bapa menceritakan perihal anaknya. Takpela, kita ambik sebagai iktibar aje.
^Helmie_Hleb^
Mekasih la ye kalau tertunggu-tunggu. Hahah. Dah dapat tuh ape lagi, kasik review la dalam blog. Baru la aku bleh femes macam Amri Yahyah.
hye *kak* amani hehe lama xjenguk rumah amANI ni....
d sbbkan drama sinetron kot panggilan kak tu wujud hehe slalunya pompuan y suka sinetron2 ni hehe
^fizah^
Lama tak dengar khabar. Harap semua sihat2 ye.
Blog stereotaip itu adalah blog aku!! hahaha...tp tak kisahla..mmg aku tak beridea sprt kau pun...
Laaa...aih..aku mmg tergelak okeh bila baca entry ni...kiki...mmgla..org confuse kat nama AMANI tu la..cuba carik gabungan yang leh nampak kelakian pulak!! adoiiii....mmg tak sesuai langsung en adam di'kakak'kan!!
just heehehehehe
^anese^
Sori la kalau merasai hal streotaip. Tidak bermaksud blog ko ye. Tapi sekadar perbandingan.
Apa pon. mekasih mempromote Colek Aji dalam blog ko.
^Don^
Gelak-gelak jugak, bilanya nak ada post dalam blog Mama Don?
Catat Ulasan