Hari Jumaat kita tazkirah sikit.
Permaslahannya:
Hukum berkenaan penggunaan air jampi untuk jadi pandai atau berubah perangai.
Pendapat Ustaz Asri Zainal Abidin:
Kalau benar ada orang boleh menjampi sehingga mengubah sikap manusia kepada baik, atau mencerdikkan manusia maka eloklah kita mengupahnya menjampi empangan-empangan air di negara ini agar semua rakyat menjadi baik dan cerdik.
Kan ke elok begitu, semua rakyat mendapat manfaatnya, tak payah susah-susah upah orang mengaji, berzikir dan berdoa dan kemudian hantar kat kilang untuk botolkan, buat label, bungkus dalam kotak, bubuh iklan dalam majalah wanita, keluar iklan dalam radio Ikim, mak bapak pulak terkocoh-kocoh mencari seluruh pelusuk kedai untuk beli sorang sikit masa musim pereksa demi menjamin masa depan mereka.
Cadangan ini baru betul 1Malaysia. Rakyat didahulukan. Prestasi diutamakan. Opps. Ni tazkirah kan? Mana boleh campur politik kan? Eh, dah tu? Parti Bulan Putih Langit Hijau? Oh, kita muzakarah lain kali la isu ini ye.
Notakaki amANI: Wah, kita berbicara ehwal akidah, ekonomi, sosial, politik dan hiburan dalan satu entri ringkas.
4 ulasan:
setuju sangat ngan idea jampikan empangan air seluruh negara..
hehe~
renung2kan dan fikir2kan adakah kita termasuk dlm 'golongan itu' ^_^
^noorafzan^
Yep, itu 'kalau' betul2 power sangatkan? jampi tengok empangan itu.
^anur^
banyak lagi menda-menda yang melibatkan 'percaya' atau 'taksub' yang bleh terpesong.
ada yang lebih taksub sampai minum air basuhan tangan dan kaki si pemimpin. taksub kan!
Catat Ulasan