Advertlets

Sabtu, Julai 11, 2009

Tulis-tulis - Bolasepak Malaysia

Piala Antara Benua bawah 23 (Brazil, Mexico, Korea Selatan, Turki). Jun 09. Kensel. H1N1.

Persahabatan dengan Indonesia dan Singapura. May 09. Menang.

Persahabatan dengan Liberia Julai 09. Batal. Pemain Liberia bukan kesebelasan utama.

Persahabatan dengan Zimbabwe. Julai 09. Ganti lawan Liberia. Tiada H1N1.

Persahabatan dengan Manchester United. Julai 09. Akan berjalan lancar. Tiada H1N1.

Pestabola Merdeka. Ogos 09. Batal. H1N1.

Sukan SEA Laos. Disember 09. Dah takde H1N1 kot?

Kalau ikutkan, perancangan awal tahun dulu atau seawal-awal 2 tahun lepas (aku ingat lagi press statement KJ berkobar-kobar berucap) telah disenaraikan negara-negara yang Malaysia nak lawan yang punyai ranking tertinggi. Supaya ranking Malaysia boleh naik dengan mendadak. Kalau menang la. Kalau kalah, makin turun jugak la.

Tapi nampak gayanya, virus H1N1 telah menyebabkan perlawanan yang berkualiti dari negara-negara yang beranking tinggi tidak kesampaian. Piala Antara Benua dan Pestabola Merdeka dibatalkan sebab virus ini.

Cuma persoalannya, Piala Antara Benua ini untuk skuad bawah 23 tahun. Keputusan perlawanan tidak akan menyumbang terhadap ranking bolasepak negara. Pestabola patutnya untuk skuad senior, tapi sebab Piala Antara Benua tak jadi, skuad bawah 23 yang akan main. Tapi tetap kensel jugak sebab H1N1. Dah, sebenarnya skuad senior ada ke tidak perlawanan berkualiti tinggi yang akan meninggikan ranking negara? Macam takde je. Sebab yang lawan Singapura dan Indonesia bulan Mei 09 dulu pon skuad bawah 23. Ke Malaysia takde skuad senior? Ke skuad bawah 23 itulah skuad senior?

Nanti lawan di Sukan SEA juga skuad bawah 23 jugak. Jadi, mana skuad senior ini sebenarnya? Adakah ini perlaksanaan pelan jangkamasa panjang Malaysia? Nak naik ranking macamana kalau tak lawan sapa-sapa?

Sudahnya yang lawan Man Utd ni jugak skuad bawah 23. Mungkin kiranya untuk persediaan Sukan SEA Laos. Tapi, kompetitif kah Man Utd main dengan Malaysia nanti? Aku rasa Man Utd datang untuk perlawanan 'persembahan'. Bukan perlawanan persahabatan. Hanya kuis-kuis bola kiri kanan, rembat kasik tepat. Gol. Atau, tak payah rembat, sekali dengan keeper kita gelecek. Ini aku rasa mentaliti pemain Man Utd masa akan datang nanti.

Juga perlawanan ini takkan menyumbang kepada kedudukan ranking bolasepak Malaysia.

Persoalan kedua. Pestabola Merdeka bulan Ogos 09. Piala Antara Benua awal Julai 09. Man Utd tengah Julai 09. Tapi kejohanan dedua ini dibatalkan sebab H1N1. Awal Julai dan awal Ogos ada H1N1. Tapi tengah Julai takda H1N1. Pelik tak? Macam kitar PMS. Sapa sebenarnya yang menjadi penyusun jadual pelan utama skuad bolasepak Malaysia ini? Apa kepentingan Man Utd sampai H1N1 telah dipastikan supaya tidak muncul tapi nanti bulan Ogos nanti akan muncul balik?

Pendapat aku, keputusannya ada kaitan dari segi soal keluar masuk duit dalam kantung FAM. Pestabola Merdeka, Piala Antara Benua FAM kene keluar duit. Man Utd, FAM dapat duit ( keuntungan jualan tiket). Jadi yang untung kita buat, yang rugi kita batalkan. H1N1 hanya alasan. Lemah. Lame.

Aku dapat rasakan, nanti hujung tahun 2009, lepas Sukan SEA di Laos, menang ke kalah ke, kita akan sibuk bercerita tentang ranking bolasepak Malaysia. Suratkhabar keluar la segala laporan, sorotan, pencapaian setahun dinilai sepintas lalu, pendapat tokoh bolasepak dahulukala ditanya, pendapat orang itu, pendapat orang ini. Lagi-lagi bila dekat-dekat dengan mesyuarat Agung FAM. Masa ini semua kalut dan semua ada agenda nak pengang jawatan dalam FAM. Jadi semua tiba-tiba sangat mengambil berat masa hadapan bolasepak Malaysia. Konon.

Wei, letih la.

Cuba pikir, cemana jadual perlawanan kat Eropah yang mana dorang ada berpuluh-puluh liga untuk tiap negara di Eropah boleh ditentukan yang mana tiada satu pon negara akan berebut atau clash terbuat jadual lawan dengan negara yang sama? Contoh, Perancis nak lawan Portugal tapi Portugal pulak buat jadual nak lawan Itali pada masa yang sama. Ada ka? Minggu perlawanan persahabatan pon telah digazzettekan. Jadi semua pemain boleh balik main kat negara masing-masing tanpa ikatan perlawanan kelab. Kat sini? Jadual Liga Super pon belum tentu semua tidak akan ditunda atau digantung sementara dari awal hingga akhir musim.

Itu belum masuk cerita jurulatih marah pasukan negara sebab panggil pemain dia untuk persahabatan antara negara sebab negeri/kelab dia ada perlawanan semi-final Piala FA.

Sudahnya? Ranking 200 ke atas dalam tangan buat pasukan bolasepak Malaysia dalam masa terdekat. Syabas. Masterplan yang hebat. Memukau.

Barisan skuad negara yang berpotensi besar.... sebagai model majalah Mangga. Syabas FAM.

**KEMASKINI 13 Julai 09. Isnin**

Dengar kata merejek Liberia sebab hantar senarai pemain yang bukan kesebelasan utama (tak dapat la klasifikasi status perlawanan tahap A). Tapi Zimbabwe pon ada 4 orang je pemain utama negara, yang lain semua pemain berstatus kelab. Dari klip berita RTM tengah malam tadi, Zimbabwe main kucar-kacir sampai penjaga gol pon selalu berada diluar posisi sebenar. Macam bukan penjaga gol. Menang 4-0? Tunggu perlawanan kedua tengok macamana dulu (Esok, Selasa, 530petang, Stadium Shah Alam)

**KEMASKINI 15 Julai 09, Rabu**

Dah, 1-0 je menang? Pemain pertahanan pulak yang skor? Cemana? Hari tu konfiden betul? Haih. Cepat bebenar naik kepala. Baru menang besar sikit dah leka.

Nota: Malas nak buat topik baru. Jadi, kemaskini disini ajelah.



6 ulasan:

moyes berkata...

Bolasepak Malaysia tidak setanding luar negara. Kenapa? kerana ahli politik telah masuk campur urusan bolasepak.
Jadi segala keputusan sangat memihak kepada satu arah.
Maaf, ini bukan komen politik tapi untuk pembangunan bolasepak negar kita.

NorAlHidayah berkata...

memang letih nak bincang isu2 yg akan mengaitkan politik malaysia ni..
bukan letih jek, nak muntah2 dah nih..

Adam Ruslan berkata...

^moyes^hidayah^

Aku cuba sedaya upaya tak nak mengaitkan politik dalam hal bolasepak ini, tapi pusing ikut mana pon, rasanya orang yang banyak menunggangterbalikkan bolasepak kepada 'sepakbola-mereka' adalah ahli politik.

ayen =D berkata...

wah.. ain baca tebuk2 je.. malas.. pening.. hehehe.. dan tak paham..
tp komen2 menarik habis lak..
hehe..

dulu penah baca sorang agak orang besar gak la luar ngara gtau.. ke zaman dlu2.. pendidikan yg terbaik ialah tanpa campurtangan kerajaan.. mungkin maksud dia politik.. ntah, mana sumber ntah.. tp mmg saangat logik.. ni bola sepak pun gitu gak ek.. serem2.. nk masuk dunia kerjaya sebenar nnti.. serem2.. dunia dunia..

(cewah.. komen ain.. ain kah ini)

saiful berkata...

Saya pi tengok malam tadi. Memang aksi lawak badut sarkas dipamerkan oleh pasukan Kelab dari Zimbabwe tu. Untung betoi Malaysia naik ranking lepas ni sebab FIFA iktiraf international friendly.

Bab bola di Malaysia, saya dok nampak la ni masalah utama ialah Presiden FAM yang tak mau berundur.

Semua kena ikut cakap Presiden FAM. Yang lain cuma pak angguk walaupun salah. Lepas tu dapat pingat itu ini. Hehehe...

Sejak 1984 lagi... Dari pernah bawah 100 dunia hingga lebih 150 dunia...

Adam Ruslan berkata...

^ain^

baca tebuk2 tu cemana? Hahah.

Tak paham? sian. takpe tak penting sangat pon.

^saiful^

yep, nampak sangat macam bukan team yang berkaliber. walau tengok klip gol je, tapi teruk bebenar penjaga golnya.

skarang mesia ranking 164.

Bukan nak menderhaka ke apa, tapi kemajuannya dah statik. Sampai nak consider balik Semi-pro. Apa cerita?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...