Advertlets

Rabu, Julai 15, 2009

Catatan Diego - Keputusan Kuiz

Selalu-selalu, Catatan Diego ada kuiz soal jawab menguji minda. Biasala kan, siri baru kena la kasik rangsangan. Baru tertarik menarik. Jadi, aplikasikanlah buat pembaca blog anda. Orang suka hadiah-hadiah nih. Huhu.

Jawapan terdekat atau sebenar setiap kuiz dan pemenangnya adalah seperti berikut:

1. Halal @ Seattle - Waktu perjalanan dari tanahair.

a z m i r - 7.00 pagi.

Menghampiri tepat, jawapan sebenar 730pagi, tapi sebab klu berkata sejam dua, jadi jawapan dalam lingkungan 60 minit dari jam 7pagi diterima.

2. Bedah @ Klinik - Kos harga pembedahan ibu kucing.

redghost - rm 35

Yep, ini pon tambah tolak juga harganya. Harga menjahit perut ibu kucing oleh doktor haiwan yang buat klinik sebelah rumah dia.

3. Kiblat @ Woodlands - Cara menentukan arah kiblat

hanimdroid - arah matahari terbenam
a z m i r - lumut di pokok (jawapan tidak lengkap) dan buat kompas air.

Kan dah kata, kalau takde kompas cemana? Dua jawapan di atas diterima.

4. Nasi @ Seattle - gambar matawang Mesir

Tiada jawapan.

Gambar piramid la, cuma nama sebenar piramid je aku tak tahu.

5. Pereksa @ KL - markah percuma

duta
a z m i r
sheyda

6. Usaha @ Pejabat - kaedah menghadapi mesyuarat

sheyda
Rage
a z m i r

Sokongan dan komen korang dihargai.

7. Usaha @ Pejabat sambungan - markah percuma lagi

noorafzan
duta

Secara keseluruhan, markah adalah seperti berikut:

1. a z m i r - 4 markah
2. duta - 2 markah
3. sheyda - 2 markah
4. redghost - 1 markah
5. hanimdroid - 1 markah
6. rage - 1 markah
7. noorafzan - 1 markah

Saguhati penyertaan (selain dari nama diatas)

1. Saiful
2. Juan Nazlan

Top 3 ada hadiah utama. Encik a z m i r menunjukkan semangat yang sangat kompetitif. Hahah. Semua yang tersenarai, aku hadiahkan mende alah seperti yang tertera di panel kanan, gambar selepas iklan Duit Muka Lancer. Siri Sinetron Dramalova salinan keras. Ada satu kisah bonus. Syahdu punya. Itupon kalau lulus tapisan la. Walau apa pon, ini tetap satu buku 'rare'. Tidak dijual di Central Market mahupon MPH. Badan Cemerlang lagi la. Ebay mungkin 2-3 tahun atau 5-6 tahun nanti kalau-kalau aku terpopular di media perdana mana nak tau kot-kot termasuk AF ke Mentor ke The Biggest Loser Asia ke. Hahah.

Kenapa aku kasik ini hadiah? Sebab Julai adalah ulangtahun blog ini. Julai juga ulang tahun kelahiran watak utama siri Sinetron Dramalova, Marcia (opps, klu ini jelas lagi nyata. Hahah). Juga, siri SD adalah salah satu siri pencetus (Ahmad S adalah siri satu lagi) untuk aku terus rajin mengarut dan menulis lagi. Apa-apa pon, mekasih atas sokongan moral (dari komen je la tau ada orang suka dan sokong pon).

Jadi, yang telah tersenarai, emelkan alamat surat menyurat paling selamat korang ke emel aku, sama macam alamat blog ini, cuma tukar blogspot ke @gmail.com. Yang tak kasik alamat tu aku anggap sebagai tidak sudi menerima hadiah tidak seberapa ini la. Huhuh.

Yang ini aku yang nak kasik. Tapi, ada ke sapa-sapa yang lain ndak juga? Tapi tak aci la kan mintak begitu sahaja kan? Orang lain telah berusaha. Huhu. Ada berani mau beli? Hahah.

Notakaki amANI: Aku akan berlatih buat otograph guna nama pena mulai sekarang. Tapi sebenarnya, perlukah begitu? Hahah. Ngengada je lebih.


5 ulasan:

noor afzan berkata...

wahh..
terima kaseh..
x dsangka dapat adiah~
yeay!

Juan Nazlan berkata...

uik? aku pun dapat hadiah jugak ka? hehehe.. murah hari sunggoh penganjur.. nanti aku pi sana, hang bagi la hadiah tu.. takyah nak susah2 pos kat aku sebab kebarangkalian untuk turun sana memang tinggi disaat2 menghadapi PSMII ni.. hehehe

amANI berkata...

^afzan^

Sudah dapat emel itu.

^Juan^

Ye, aku memang baik hati. Hahah.

PSM II dah? Woo lepas ni bleh grad sudah.

a z m i r berkata...

amANI - laa..ada hadiah rupanya. Aku main komen je..tak teringat pun pasal hadiah-hadiah ni. tapi kalau dah kasi, aku ambik je. terima kasih ya!

Juan Nazlan berkata...

hehehehe.. impreza semakin dekat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...