Aku suka pasangkan kamera kompak aku di tv. Untuk melihat semula gambar-gambar yang telah diambil. Dengan skrin yang besar dah memudahkan dari tengok dengan laptop sebab boleh ditonton seisi keluarga sambil makan kopok.
Anak-anak pula ralit dan suka untuk melihat gambar mereka kembali. Kadang-kadang meminta-minta bila dia dah hilang seronok tengok tv rancangan Disney Channel atau Tv9. Sehinggakan kalau dikatup tv selepas itu, teriak la Aqil jawabnya. Tak puas tengok.
Suatu ketika, masa tengah duk layan gambar-gambar dari kamera di tv seperti selalu. Muncul gambar ini dan siri-siri gambar ini. Aku ambil sebelum ini sebab ada nilai estetika mengenai objek ini.
Serentak itu terpacul dari mulut Aqil, "Sian abah, fish gigit beg abah"
Hahahah.
Notakaki amANI: Sekarang, aku dah dawai kokotkan segala kekoyakan objek ini supaya ia kelihatan lebih kemas demi memelihara harga diri pemunya objek ini. Duit syiling asyik tercicir je kalau letak dalam ni.
9 ulasan:
amboi..awat pakai lagi..
nanti cicir IC..
hehe~
nanti besday abg adam adik tolong blikan yg br.. hahaha.
ala amani cuba nak bagitau korang yang platinum kad die banyak sangat...jangan terpedaya dengan +fish+ yang rengau wallet tu
amani,btul ker duit syiling jer yg cicir?jgn gold kad tercicir cukop ler..hahahah...weh aper cer nie, fabregas pn nk kna jual..miskin tul arsenal nie?huhuhuhu
^noorafzan^
entah, suka.
^qis^
kalau nak beli, nak kulit ori cap unta ok. Hahah.
^redghost^
Platinum ni bukan kalau jual album banyak-banyak baru dapat ke? Oh, kad ye, tak pernah ada la. Kad semua plastik murah je.
^rage^
Kad emas? Perak atau gangsa pon dorang tak penah nak offer kat aku.
Arsenal takde duit sungguh wei, melainkan kalau itu Russia bilionaire kasik take over.
Mai umah aku minggu ni, teman aku tengok transfomes.
ada sentimental value la tu.....hehheheh
dompet hantaran kawin tuh, sayang ler nak buang..
dompet hantaran hubby pun mcm tu, tapi baru tukar sempena hari bapa lepas.. thanks to me :p tapi xbuang seh, simpan buat kenangan..hehe
^don^NorAlHidayah^
Bukan hantaran kahwin mahupun sangat sentimental value sangat pon.
Selagi boleh berfungsi, pakai.
dah agak dah.. nk cap unta bonggol 2 tu jgk..
Catat Ulasan