Advertlets

Jumaat, Julai 17, 2009

Kanak-kanak Memang Riang XII

Sebenarnya, kanak-kanak berumur 3 tahun sangat seronok untuk dibawa berbicara. Tapi, juga sangat jenuh untuk dilayan tiap pertanyaannya.

Sekarang, aku sedikit kerap memandu secara merentas lebuhraya, anak-anak dan isteri di kampung tanah tumpah darah. Mereka menjalani kehidupan yang biasa-biasa sahaja, mendengar segala gosip nikah kahwin cerai orang kampung, juga bertegur sapa yang lebih kepada menilai darjah dan kedudukan. Aku dengar dari laporan lengkap harian dari Ezi jela. Macam cerekarama.

Tapi aku suka kalau Aqil bercakap di telefon dengan aku. Bukan la dia yang dail, dia suruh Ummi dailkan.

Mulanya selalu macam ini.

Aqil : "Abah, Aqil sini"

Aku : "Ye Aqil, Aqil buat apa?"

Aqil : "Nyamuk tu, tak skolah, dia gigit Aqil, banyak-banyak, kat sini sini "

Aku tak dengar berapa jelas, mujur Ezi speaker phonekan, dia yang tuturkan semula. Kelakar. Hahah. Ummi dia yang ajar sebenarnya cakap macam tu pon.

Semalam.

Aqil : "Abah, Aqil sini"

Aku : "Ye Aqil"

Aqil : "Aqil sakit kaki, Aqil jalan banyak, Aqil tak larat, Aqil duduk je, Ummi sapu ubat kat kaki Aqil"

Terus dia mengadu. Tak sempat tanya khabar ke apa.

Memang la lenguh kaki dia, dia belari tak ingat berenti dengan sepupu dia main keliling rumah Mak Ngah dia. Dah tu pulak, bejalan kaki pergi balik dari rumah Tok Mek. Mana tak lenguh.

Ammar masih jarang nak bertutur penuh, sepatah sepatah je, selalunya lebih seronok dengar je Abah dia cakap. Kalau cakap pon, sepatah je.

Ezi : "Cakap la dengan Abah, Abah dah makan?"

Ammar : "Makan?"

Aku : "Dah, abah makan dah tadi"

Camtu la dia, tapi gaya pegang henpon mantap, siap letak kat telinga, jalan-jalan pusing ruang tamu, tak duduk diam je.

Sekarang, bercakap dengan Aqil juga sangat berisiko. Tiap jawapan menjadi soalan.

Aqil : "Abah buat apa?"

Abah : "Abah buat keje"

Aqil : "Keje apa?"

Aku : "Keje abah la"

Aqil : "Keje abah apa?"

Tak sudahnya cerita ini. Hahah. Begitulah.

Aku sangat suka intro Aqil dalam telefon. Sangat unik. "Abah, Aqil sini". Terngiang-ngiang.




9 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

aqil sangat comel~
hehe~

pandai die wat intro camtu eh..
pandai kat ezi ajor..

hanimndroid berkata...

klasik la ko aqil!

unik tau, "aqil sini."

a z m i r berkata...

haha..entri kali ni memang sesuai dengan tajuk..kanak-kanak memang riang!

anur malati berkata...

ni baru 2 hero.. untuk next hero or heroin..bila lg gaknya..heheh

NorAlHidayah berkata...

lebih byk soalan menarik,pelik2 dan tak terjangka nanti...
tungguuuu... :)

Adam Ruslan berkata...

^Semua^

Aku setuju je untuk semua komen. Hahah.

Juan Nazlan berkata...

hehehe.. pernah jadi saksi perbualan antara si Abah dan Aqil.. lama tak jumpa Aqil. nanti boleh la pi mandi2 kat pantai lagi..

Amalia Hussin berkata...

hahahaha....kak biya pon nk tergelak tgk ammar pusing2 kete kt umah....
dh la chik asyik bg ammar lari dlu...ammar jela yg dpt menang larian..huhuhu...smpai tersembam pon ade....

Adam Ruslan berkata...

^Juan^

Hahah, kebetulan plak mendengar butir-butir perbualan itu ek.

^amalia^

Hoho, sudah ada peminat baru blog ini. Selamat datang. Sila datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...