Advertlets

Isnin, Julai 06, 2009

Hari ini Hari Jadi

Kalau aku Sultan, aku istihar hari ini cuti umum. Ape kemende kene keje pada istimewa macam ini?

Tapi aku keje jugak, sebab aku bukan Sultan. Lagipun, nak cuti ke hapa kerana hari istimewa ini tidak dapat disambut bersama-sama. Tuan punya diri hari istimewa berada agak jauh dari sini, kira-kira 12 jam kelajuan norma proton-gentwo.

Adalah menjadi kewajipan untuk mengewish beliau pada hari istimewa ini. Tapi nak ucap secara terbuka lebar cengini rasa malu-malu kucing plakkan.

Maka,diwakili oleh kad ajelah ye, baru la propesenel, eh persenel. Hari ini baru pos kad itu. Harap ia segera sampai. Hadiah? Emm, harap hadiah yang disediakan yang tidak seberapa itu diterima seadanya.

Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran buat Ayang.

Moga bertambah rezeki dan dilanjutkan usia hendaknya.

Juga agar kehidupan senantiasa bahagia, dilindungi dan dirahmati Allah swt.

***n* ****n* ***n*
(juga cari sesuatu yang tersembunyi)


10 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

nampak mata aqil di celah2 kereta tolak Ammar..
ngeh2..

shooter berkata...

selamat hari jadi kepada kak ez

Adam Ruslan berkata...

^noorafzan^

ye, tepat sekali. Tapi ammar dalam gambar itu adalah ammar jadian, dah tak gemok cenggitu sekarang.

^redghost^

kalo ko panggil dia kak, panggil aku patutnya abang adam la kan? hahah.

Mard berkata...

do we really know when we "jadi"...?

i personally disagree with the term "selamat hari jadi"... because as far as i'm concerned, we don't know when we "jadi"... even doctors can only speculate.

so... "selamat hari lahir" or "hari ulangtahun kelahiran" are more appropriate

happy birthday Mrs. Adam
:-D
(sori tak ingat nama, i'm very bad at remembering names... dari dulu lg)

Adam Ruslan berkata...

^TM^

Setuju, untuk wish, memang lagi selesa menggunakan Selamat Ulangtahun Kelahiran. Memang tak suka guna Selamat Hari Jadi. Cuma untuk tajuk entri ini, ia lebih rhyme. ;)

Akan tetapi.

Dengan demikian, adalah perlu disalahkan pemunya perkataan ini yang berani memasukkan perkataan itu dalam kamus.

Tapi, inilah bahasa Melayu, tidak semua perkataan/gabungan diterjemah secara lahiriah mengikut maksud asal patah-patah perkataannya.

Contoh lain 'semulajadi'.

Semula = Kembali, tapi penggunaan semulajadi adalah untuk melambangkan hidupan yang terhasil/terbentuk secara sendiri.

Penggunaan 'Semulajadi' mungkin kurang tepat. Kenapa bukan 'sendirijadi' atau 'jadisendiri'?

Cikgu bahasa memang suka kan debat-debat cengini?

anur malati berkata...

hepi besday kak easy semoga dirahmati Allah sentiasa.

don berkata...

epi besdey kak ez...

Adam Ruslan berkata...

^anur^don^

Bagi pihak Ez, mekasih.

shooter berkata...

+abang+

Abang adam bukan mad due ker???? errrr?????

saiful berkata...

Selamat Hari Lahir, Semoga Panjang Umur dan Murah rezeki, InsyaAllah... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...