Advertlets

Rabu, Julai 22, 2009

Gambar Bercerita - Tengok Bola

Kita biarkan gambar yang bercerita la. Aku tokok tambah kasik ada info sedikit sebanyak sudah. Gambar mungkin besar sikit kalau diketip.

Dari kiri atas.

1. Stadium yang penuh sampai atas belah kiri aku. Gate Hijau.
2. Pemain Malaysia tengah memanaskan badan sebelum perlawanan kat bucu padang. Dari aras masuk stadium.
3. Stadium dari belah kanan aku. Gate Kuning.
4. Masa ini belum mula sepak lagi. Jadi penonton bertiket RM308 pakat-pakat masuk lambat. Gate apa entah.
5. Bahagian gate Violet belakang gol seberang sana juga penuh.
6. Semua orang yang pakat-pakat serbu Gate Kuning nak masuk stadium.

Dari bucu kiri:

1. Juan dan aku, yang menemani aku pergi balik stadium naik LRT dan belanja sup ekor di Bukit Saga untuk makan malam. Hang mai JB aku belanja sup tulang sedut pakai straw plak ok. Owh, jersi encik Juan dibeli dengan harga murah ketika keruduman ekonomi baru bermula. UK mari. Sekarang dah mahal, jangan order dah.
2. Pemain berbaris untuk diambil gambar serta disalam para kerabat serta seorang remaja berpangkat VVIP.
3. Pemain Malaysia yang bersiap nak buat sepak mula.
4. Sebab ada sorang pemain Man Utd terbaring cedera, semua pakat lari pegi tepi padang minum air. Dahaga.
5. Pemain Malaysia pon pakat-pakat lari minum air jugak. Dahaga jugak la kot.
6. Rooney bengang lepas Amri Yahyah bagi gol kedua Malaysia, terus bawak bole pegi tengah. Siap sedia nak sepak mula terus. Padahal pemain Malaysia masih berpelukan di penjuru padang.

Dari bucu kiri:
1. Satu memori buat semua rakyat Malaysia. Malaysia pernah mengikat kedudukan pada 2-2 untuk 30 minit perlawanan dengan kesebelasan Man Utd sebelum kecundang.
2. Aku sengaja pakai jersi ini sebab ada bendera Malaysia. Jersi belang hitam ada lambang FAM. Apa kah? Tapi, memang semua jersi pasukan kebangsaan tak bubuh bendera dah la ni. Semua bubuh lambang organisasi bolasepak negara memasing. Tapi boleh ja letak bendera kat lengan ka tengah-tengah dada ka kan.
3. Ini la mamat omputih yang tidak segan silu mengikat bandana Malaysia di dahi. Yang rakyat Malaysia bermykad biru? Pakai baju merah? Takpa dalam hati mereka masih Malaysia. Aku tau. Hahah.
4. Ini pemandangan stadium ketika gol kemenangan dari Owen. Semua pakat bersorak gembira. Tak nampak la sangat.
5. Gambar yang sama cuma dari jarak dekat untuk memfokus pada pemain di padang.
6. Pakcik berbaju putih ini anak beranak? atau sedara mara mungkin?, tak melompat tepuk tangan langsung masa Malaysia menjaringkan gol. Aku rasa dorang rakyat Singapura penyokong Man Utd.

Pandangan peribadi:

1. Masa Rooney chip bola satu dengan satu dengan Farizal (keeper), tapi jauh tersasar ke tepi, semua hanya mengeluh 'ooohhh'. Padahal masa mula-mula Amri Yahyah buat satu bola lambung tepat ke Van der Sar (on target). Semua pakat-pakat angkat tangan kutuk tak patut. Tanda mengata, tak logik sebab mencuba chip bola lambung kepada Van der Sar yang tinggi lampai. Padahal, camtu jugak la dia dapat menjaringkan gol cantik pertama Malaysia kan?

2. Lepas Malaysia menjaringkan gol kedua dan menyamakan kedudukan. Tiada rangsangan atau sorakan padu dari penonton di stadium lepas tu. Padahal masa ini la patutnya penyokong di belakang pemain Malaysia. Bila sokongan padu, baru la semangat naik. Man Utd silap-silap lagi gabra ka? Mana nak tau kan? Walaupun dorang pernah main di peringkat tertinggi, mungkin tak da effect dari sokongan penonton. Tapi, sunyi. Aku rasa lagi rancak sorakan masa Malaysia lawan Uzbekistan dalam Piala Asia dulu. Siap ada kompang, gendang segala macam lagi. Penting woo. Sapa lagi nak bagi naik semangat kalau bukan penonton kat stadium?

3. Pihak penganjur tidak memanfaatkan skrin besar kat stadium masa rehat separuh masa. Masa aku tengok besbol kat Seattle, dia guna skrin ini untuk buat games, ajak penonton bersorak, tulis mesej sokongan, papar mesej peribadi (sapa-sapa nak wish I luv U ke hapa ke boleh wish), pastu disokong dengan sistem pembesar suara yang ada saduran muzik. Ini baru hiburan penuh. Kat Bukit Jalil ada pancaragam dan budak-budak pusing-pusing bendera berenda-renda, tapi orang yang duduk tiket RM308 je boleh tengok. Itu pon tah hapa-hapa. Ini penting sebenarnya, sebab sistem pembesar suara dan skrin adalah kelebihan tuan rumah sebagai perancak suasana dan boleh memainkan peranan dengan lebih luas. Kata nak suruh orang pegi stadium tengok bola?

4. Penonton kat stadium Bukit Jalil tak macam penonton kat UK yang aku tengok kat tivi. Aku ingat dengar la jugak lagu Man Utd ka apa ka kan, tapi takdak pon dari tempat yang aku duduk. Nak dengar sorakan untuk Malaysia jauh sekali. Sekali lagi, skrin dan sistem pembesar suara stadium punyai fungsi untuk dimainkan, kurang-kurang ajak bertepuk serentak pon jadi la.

5. Aku punya pandangan, kalau betul mahu mengutuk pasukan bolasepak Malaysia, pastikan hangpa sudah laksanakan tanggungjawab sebagai penyokong, di stadium. Baru ada hak mahu mengata dan mengutuk kan? Baru adil. Aku rasa ini mentaliti orang Malaysia, kita jarang memberikan pujian tapi cepat dan pantas untuk mengutuk.

6. Untuk menggalakkan penonton datang stadium tengok liga Malaysia, perlu buat jualan tiket tahunan. Semua sekali, Liga, Piala FA, Piala Malaysia pada harga yang berpatutan. Sapa beli dapat pengecualian cukai pendapatan. Amacam?

Akhir kata. Dum Dum, Dum Dum Dum Dum, Dum Dum. MALAYSIA!!

(sayang, tiada sorakan sebegini ini di stadium Bukit Jalil hari itu).

Notakaki amANI: Kalaulah Arsenal pulak yang datang Malaysia nanti, aku nak beli skaf yang tulis dua-dua. Malaysia dan Arsenal.

5 ulasan:

a z m i r berkata...

ahah. aku pun sokong Malaysia. Tapi tak pegi tengok kat stadium la. Dengar cerita ada penyokong Mat Salleh dari oversea bagi cadangan suruh furguson beli amri yahyah masuk man utd. hahaha.. cool eh?

Adam Ruslan berkata...

Hahah, takde la pulak terdengar cadangan sebegitu. Cuma pemain Malaysia ini lambat peak. Dah dekat umur 27-28 baru nak naik. Masa ini mana ada kelab luar nak dah.

Juan Nazlan berkata...

hahaha.. nasib baik percaturan aku betoi dengan memakai baju biru.. go Malaysia!

p/s: nak salahkan peminat tempatan rasanya tak patut sebab kekecewaan tengok permainan Malaysia pada kejohanan2 terdahulu masih belum terubat.. masih aku ingat lagi time Malaysia vs Indonesia 2nd leg Pestabola Merdeka dulu2 (tahun 2005 kot). masuk minit 60 ja, separuh dari pemain Malaysia minta ditukarkan. ada ka patut? memang tak patut! hehehehe..

Juan Nazlan berkata...

amacam rating sup ekoq haritu? memenuhi citarasa ka dak?

Adam Ruslan berkata...

^Juan^

Memang tak kata kat hang sebab hang pakai baju biru. Hampir terkecuali. Hahah.

Sup ekor itu sesedap rasa. Tapi best la. Campur lagi pemandangan KL waktu malam tanpa jerubu. Hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...