Jadinya, sekarang Encik Muhyiddin umum, PPSMI sudah dibatalkan secara tangguhan. Batal beransur-ansur. Mulai 2012. Darjah 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan belajar Sains dan Matematik dalam BM semula. Aku rasa macam nak bagi komen.
Hari ini, sorang ibu menulis di suratkhabar The Bintang. Memberitahu yang anaknya adalah generasi pertama PPSMI waktu di darjah satu pada 2003. Pada 2012 nanti, anaknya akan masuk Tingkatan 4 dan andaikan dia mengambil jurusan Sains Tulen, akan belajar Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan dalam BM sampai SPM (2 tahun). Kemudian akan masuk Matrik atau Tingkatan 6 atau Kolej yang kemudiannya peringkat Universiti yang mana semua subjek ini akan menjadi BI semula. Adakah anak ini boleh mengadaptasi serta-merta?
Kerana 9 tahun pembelajarannya tentang asas Matematik dan Sains telah mengggunakan PPSMI, tapi 2 tahun yang amat penting untuk peperiksaan SPM, dia akan belajar 3 matapelajaran Sains dan 2 matapelajaran Matematik dalam BM? Kemudian untuk peringkat STPM/Matrik/Universiti, kembali ke pengantar BI semula? Aku tidak tahu dan aku bersimpati terhadap generasi perintis PPSMI ini.
Encik Muhyiddin kata, mereka yang di tingkatan 4 pada 2012 akan senang mengadaptasi kerana pembelajaran mereka sebelum ini bukan 100% menggunakan BI. Jadi pelajar-pelajar ini tidak akan terjejas langsung. Cetek benar pemikiran Encik Muhyiddin.
Encik Muhyiddin juga berkata, guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik juga tidak menguasai BI dengan baik, jadi mereka tidak dapat memberikan pengajaran yang sempurna untuk Sains dan Matematiknya di dalam BI. Tapi sedarkah Encik Muhyiddin, bahawa semenjak 3 tahun lepas, MARA dan Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan sejumlah wang untuk menaja pelajar-pelajar melanjutkan ijazah di dalam bidang Matematik, Sains (Bio, Kimia, Fizik) ke luar negara (yang mana pembelajarannya menggunakan BI tulen sebagai bahasa pengantar) semata-mata untuk mengukuhkan dan mempersiapkan guru-guru yang terlatih/terbiasa penggunaan BI di dalam menguasai Sains dan Matematik. Balik Mesia nanti, mereka ini kecek berabuk BInya untuk mengajar Sains dan Matematik. Tapi usaha berkos tinggin ini akan tinggal debu.
Batch pertama (kira-kira 30 orang) dari MARA akan balik Malaysia hujung tahun ini, sempat la merasa 2 tahun mengajar dalam sistem PPSMI. 2 tahun kemudian, guru-guru baru ini pula yang perlu adaptasi ke BM semula.
Bukan hanya pelajar yang terjejas dalam perlaksanaan dan pembatalan PPSMI ini, tapi guru-guru baru yang sedang disediakan khas juga akan menerima kesannya. Ada 3-4 batch lagi yang baru dan sedang menjalani skim persediaan yang sama sekarang.
Aku separa bersetuju dengan pemansuhan PPSMI. Biarlah MRSM, SBP, MCKK dan segala yang setaraf dengannya, masih meneruskan PPSMI sekurang-kurangnya hingga 2015. Yang belajar di sana adalah pelajar-pelajar cerdik cerdas yang cepat mengadaptasi dan sudah terbukti cemerlang dalam UPSR dan PMR. Yang punyai masa depan cerah untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan kembali berbakti di Malaysia sebagai golongan profesional. Pendedahan di luar negeri banyak memberi pandangan, idea dan pendekatan yang berlainan untuk golongan ini. Yang mendapat manfaat adalah orang Melayu sendiri.
Kurang-kurang, guru-guru yang telah ditaja untuk persediaan PPSMI ini masih dapat memberi khidmat dan manfaat mereka di dalam bidang yang mereka betul-betul mahir, arif dan lancar.
Sebenarnya, tulis panjang-panjang ini hanya pendahuluan. Isi utama adalah nak cerita tentang Yam. Hari ini hari ulangtahun kelahiran ke-22 dia. Dia kini berada di Ostrolia dan sedang mempersiapkan diri di dalam bidang Biologi sebagai salah seorang yang ditaja untuk meramaikan guru terlatih di dalam sistem PPSMI di bawah MARA. Kerjayanya telah terjamin sebagai guru MRSM. Menyambung tradisi pak dan mak. Mungkin satu hari nanti menyelusuri jejak langkah pak atau mak dengan menyambung Master dan meningkah arus naik pangkat sehingga berpeluang menjadi KP? Tak KP pon, pengetua la paling koman. Amacam Yam?
Hepi Birthday Yam!
Notakaki amANI : Sibuk sangat belajar, Yam tak tahu pon Encik Muhyiddin dah batalkan PPSMI baru-baru ini. Kalau dia dan kawan-kawan dia tahu (sekarang dia dah tahu la), mereka mungkin lega banyak, kecewa sikit dan seronok lebih. Wei, baca la suratkhabar sekali sekala.
9 ulasan:
entah le~
macam2 la kementerian pelajaran kite nih..
kejap nak ..kejap xnak..
oh, aku mmg tak pueh hati la..tapi aku rasa agak bengal gak la kementerian kita nih..hm..sebenarnye sush nk guna terms melayu lam math and sains, sebb dah terbukti aku pon dah lupe ape terms lam melayu utk normal2 fizik nih..hahaha..sesimple2 cam accuracy and pricision pon aku dah tak reti nk translate..haih..takpeleh, tgkla ape akan jadik yam balik ajar MRSM nnti..huhu
wei..aku bukan x tau lansung (kaver jap)..ngah3..pastuh mmg la i kat benua ostralia, negara die New Zealand ok! hahaha..oh xde ke gamba yg lebih cun? aish..hahaha..
papepun, terima kasih abgku syang..harapnye lepas ni dpt la hadiah yg boleh dipegang selain dr publisiti di blog yg semkin popular nih...heheh..
time keje vs belajar
beam = rasuk
column = tiang
pile = cerucuk
slab = penampak
footing = asas
slope = cerun
cantilever beam = rasuk julur/rasuk juloq (bahasa kedah)
^noorafzan^
nanti tukar PM, kita tukar balik PPSMI ini. Mungkin belajar sejarah dan geografi di dalam BI plak.
^sheyda^
Hang nanti mengajar Mathlab ngan Fourier Transform tuh kasik BI penuh ye. Biar nganga sikit budak2 nih.
^kaler_pensel^
Erkk. ye bukan Ostrolia la, tapi benua bukan Oceania ke? Sori ah. Salah la pulak. huhu. Aku kasik betul.
^Redghost^
aku punya versi PPSMI:
Satu2nya subjek yang aku dapat 'A' bernama 'Pemantauan Kesihatan Mesin'.
Yang mana jurutera2 sekarang paham menggunakan term 'Machine Condition Monitoring'.
Opps tambahan, redghost. Aku tergelak baca 'rasuk juloq' itu. Hahahah.
Terjuloq aku habaq hang. Hahah.
+ ppsmi +
untuk raih undi di manik urai... orang kelantan nak speak in german!
Tuan,
aku masih konpius sebenarnye.
kenapa time2 nak pilihanraya baru diorang nak batal itu, batal ini, bina itu bina ini.
sepatutnya mereka dah ada rancangan sebelum nak buat kenyataan 1Malaysia tempohari.
bukan main add-hoc je.
bab PPSMI ni aku tak ambik tahu sangat. tapi agak terkilan la jugak bila orang jepun boleh menjadi maju dengan bahasa sendiri sedangkan kita masih terkial-kial mencari bahasa yang sesuai untuk digunakan.
Bagi saya sejak awal pelaksanaan PPSMI saya memang dah tak setuju. Banyak aspek yang tidak diambilkira dan kajian menyeluruh tidak dijalankan.
Terus sahaja dilaksanakan tanpa langsung mengambil kira banyak keadaan lain. Hasilnya ada guru yang tidak mahir berbahasa Inggeris tercari-cari apakah istilah bagi "Tolak" dalam Bahasa Inggeris hingga ada yang menggunakan istilah "Push". Tak kah kelam kabut?
Menyelami isi hati pejuang-pejuang bahasa, kita seharusnya berasa risau tentang betapa semakin tipisnya penguasaan Bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia.
Mengapa sekolah Cina dikecualikan PPSMI sejak ia dilaksanakan?
Akhirnya keputusan Matematik dan Sains anak Melayu merudum berbanding anak Cina.
Pemansuhan PPSMI adalah langkah yang tepat, cuma saya rasa lebih baik dipercepatkan setahun ke tahun 2011. Rasanya pada tahun 2011 sempat untuk lekukan penambahbaikan yang perlu.
Apa pun boleh jenguk blog salah seorang Tokoh Pejuang Bahasa Prof. Dr. Abdullah Hassan... http://profabdullah1.wordpress.com
dan juga untuk membaca sebab-sebab yang ditulis oleh pejuang bahasa dari segenap aspek tentang PPSMI... http://www.adrive.com/public/
1548ecd5efb8c0ea89d24a0817cde242eb2d7e3e9e11db23ca1a03
a99b8ff9c6.html
Catat Ulasan