Advertlets

Jumaat, Januari 30, 2009

Ahmad S siri # 5

Bertemu lagi dalam siri Ahmad S. Aku rasa la kan, memori aku telah di defrag semula dan folder Ahmad S telah dibawa ke atas untuk capaian paling pantas. Maka, tersingkaplah kisah-kisah Ahmad S yang aku tak teringat pun, tapi bila disentak dengan beberapa perkataan atau kadang-kadang bila baca komen, aku terus teringat semula. Kisah ini memang berharga. Memang 'rare', kedai bundle pon takde jual. Rugi kalau dilupakan atau disimpan.

Kurang-kurang, aku telah mendokumentasikan ini untuk koleksi anak cucu aku dan Ahmad S sendiri. Tak la semua aku nak kena cerita balik kat Aqil & Ammar bila dorang dah besar nanti. Tak la bila raya nanti dorang tanya balik kat aku, pakcik Ahmad S tu sape Abah? Kenapa TV kat rumah dia besar Abah? Kenapa Abah sembang lama sangat dengan dia sampai kami boring? Hahah.

Berbalik pada kisah sebenar, masuk siri ke-lima ini, lebih kepada kesinambungan siri sebelum ini. Plot cerita masih pada zaman yang sama (tahun 1998), bingkai masa yang sama, iaitu ketika kami kekeringan idea untuk membuat apa-apa aktiviti semasa hujung minggu. Masa ini, masing-masing ada walkman je sebagai sumber hiburan. Mana ada komputer nak buat layan lagu dalam winamp ke, main game Red Alert ke, tengok CD cetak rompak ke. TV apatah lagi, kurang-kurang dulu kat asrama kat sekolah ada bilik TV, kat sini mana ada. (anak2ku, ingat, ini fakta buat kamu di masa hadapan nanti)

Jadi selepas cuti hari raya, aku bawak satu jenis barangan elektrik yang menjanjikan hujung minggu kami penuh dengan aktiviti yang ceria atau kami panggil 'Projek' pada masa itu. Sebab kat rumah memang ada lebih, maka aku tak perlu mintak kat mak untuk beli baru, guna je yang dah ada. Baru sekarang aku paham kenapa aku mintak pak belikan beg baju kaler biru cap Diadora masa mula-mula nak masuk kampus dulu. Aku gunakan sebaik mungkin beg-biru-besar-gila- muat-Raman pada waktu itu untuk aku bawak balik barangan elektrik ini. Aku kendong balik naik bas dari Seremban ke Skudai. Naik pulak bas berhenti-henti dari Skudai masuk kampus. Barangan elektrik itu turut terhinggut bila dikendong dan mengeluarkan bunyi. Orang pandang, aku buat muka takde pape. Sampai kolej, aku simpan dulu barangan elektrik dalam almari. Petang itu baru aku bawak ke bilik Mohd T dan Ahmad S. Ya, kini hidup kami hampir sempurna. Kami sudah mempunyai periuk nasi elektrik bersaiz besar!.

Hujung minggu itu juga kami telah merancang dengan sempurna tugas masing-masing. Minyak, tepung, garam, gula, kuah kari beli bungkus kat kafe, baldi rendam baju Mohd T serta para peserta program dikumpul. 6-7 orang juga yang turut serta dalam 'Projek' kali ini. Duit dikutip dan dibahagi sama rata untuk menampung kos perbelanjaan. sabtu itu, kami buat roti canai !!. Lebih mesra dikenali dengan nama ROTI CANAI SEPENDA. Kerana rupanya yang lebih segitiga dari segi empat dan berlubang-lubang selepas ditebar dan dimasak. Bagi peserta-peserta dari sekolah lain, mereka kagum dengan aspek survival kami. Bagi kami, ini baru permulaan, sebelum ini nasi goreng mahupun tom yam pernah kami masak menggunakan periuk nasi di sekolah lama. Macamana pun memang terbaik roti canai kami hari itu. Rasa-rasa dapat sorang 3 keping. Garing. Mohd T adalah chef utama kami hari itu.

Hujung minggu lagi satu, disebabkan masih berbaki minyak yang kami beli, aku mengajak Ahmad S untuk Projek 2 - mencari buah-buahan tempatan di sekitar kampus, mana tau jumpa ubi kayu ke sukun ke, boleh buat goreng tepung. Aku dah target lama dah buah sukun kat tepi blok fakulti Sains. Tempat kuliah kami. Aku kenal benar pokok sukun itu, bentuk buahnya, rupa paras daunnya. Aku yakin sebab rumah tok wan ada pokok yang sama. Aku rasa hiba bila melihat buah yang masak jatuh dan membusuk di tanah. Tak de sapa yang kait. Rugi. Dalam hati bila ada masa, akan aku ajak Ahmad S kait buah ni buat goreng tepung. Ini harinya.

Berbasikal kami ke tempat yang telah ditetapkan. Kampus masih lagi cuti rasmi 3 bulan, jadi tidak ramai yang ada di kampus kecuali kakak-kakak dan abang-abang tahun akhir yang tengah sibuk buat PSM. Aku mendongak mencari buah yang sesuai dikait. Ahmad S menjaga garisan (cover line). Tak da galah mahupun kayu yang panjang buat kami mengait, maka ranting kering menjadi pilihan untuk dibaling tepat ke arah tangkai buah. Baru je nak baling, ada kakak lalu, kami buat-buat takde apa-apa. Tengok tanah, kuis-kuis. Selesai dia berlalu, aku mula membaling. Tak kena, kutip kembali ranting kayu itu dan mula semula. Ahmad S turut serta, dibalingnya selipar dia. Usaha tangga kejayaan, sebiji buah sukun yang sedang elok berjaya kami jatuhkan. Selesai satu checkpoint.

Kami meneruskan pencarian ke check point kedua. Pokok kelapa rendang sebelah SUB. Nampak je macam rendang, tapi kalau berdiri hulur tangan ke atas masih belum berjaya mengapai buah kelapa muda yang mengiurkan itu. Melompat pun tak sampai. Basikal Mohd T aku sandarkan ke pokok kelapa. Ada pula kereta yang lalu, terpaksa kami buat-buat macam tiada apa yang berlaku lagi sekali. Aku panjat naik atas basikal, Ahmad S pegang basikal supaya tak tergelungsur. Sebiji buah kelapa dipetik. Apa kreteria yang digunakan untuk memilih, aku pun tak tahu, tengok semua sama je. Disebabkan aku dah pegang sebiji buah sukun, kami hanya bawa balik sebiji je kelapa muda. Terlupa nak bawa plastik mahupun beg, maka kami mengayuh basikal dengan sebelah tangan memegang hasil pencarian dan sebelah lagi memegang hendel basikal. Daya keseimbangan badan yang baik diperlukan untuk sampai kembali ke kolej. Dalam kepala sudah terbayang sukun yang digoreng dan air kelapa muda penghilang dahaga. Fuh..

Sampai di blok Ahmad S, aku terus menyiang buah sukun. Ahmad S dah bersiap-siap dengan periuk elektrik, tepung dan minyak. Yang ada hanya pisau potong bawang. Aku hiris sedikit kulitnya. Baru aku perasan, aku tak tahu cemana nak menyiang buah sukun ini sebenarnya. Belasah jela. Aku hiris lagi kulit buah sukun ini. Eh, lain macam je rupanya. Aku tanya Ahmad S, macam mana sebenarnya nak buat dengan buah ni? Ahmad S geleng sambil bahu terhinggut, mana aku tau, ko yang patut tahu. Aku ambil keputusan membelah dua buah ini. Aku ragu-ragu dengan paras rupa buah ini bila tengok rupa kulit itu dihiris. Setelah berhempas pulas, buah Sukun terbelah dua. Rupa paras buah Sukun yang terbelah dua itu sungguh sama sekali tidak seperti buah Sukun sebenar. Sah, ini bukan buah Sukun!!

Projek petang itu gagal. Kelapa yang dipetik juga menghampakan, isinya tiada. Mujur airnya boleh tahan. Rugi je petik satu, baik petik dua. Tapi kami tidak sanggup lagi menggadai muka lagi memetik buah kelapa mahupun buah 'sukun' selepas itu.

p/s: Aku ada koleksi gambar untuk Projek Roti Canai Sependa, tapi tiada pengimbas, dulu ambil gambar guna filem je. Akan tetapi gambar ini boleh menjatuhkan airmuka seorang kontraktor kelas F, jurutera kanan kelapa sawit, jurutera syarikat analisis minyak, jurutera syarikat minyak tempatan serta beberapa orang profesional lain.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

asal usul baldi korang wat roti canai tu sape punyer wei? kekekekeke

shooter berkata...

teringat aku bab2 memasak ni ble hang ajaq buat kek melo yang kak ez bg hang tu...mak aku pon siap mintak resepi kat aku...tak leh lupe

Tanpa Nama berkata...

Teringat pulak bila masak Meggi kat Maktab dulu guna Sterika dan ada juga yang masak telur guna Streika! Hehehe...

Adam Ruslan berkata...

::kaver lineee::
Baldi itu? Aku rasa Mohd T kebas kepunyaan seorang dan beliau tidak menyedarinya, bukan untuk buat roti canai, lebih kepada membancuh air berperisa dan berais.

p/s: Tapi encik ini siape ye?

::redghost::
Mujur ko jadik member aku, dapat la merasa kek batik biskut meri itu. Heheh. Kita buat untuk gathering batu layar pon orang puji kan. Hahah.

::saifulazrul::
Ambik 2 kusyen, kapit sterika yang terbalik tengah2, letak kole besi atas sterika. Viola. Tapi bahaya guna sterika, juga tidak hygenic, hehehe. Hendak seribu daya kan.

d u t a berkata...

+ achik + hantu merah + saiful +
dgr sini semua, paling keji kan dah makan tomyam kat maktab, ada lak kes buang BISUL kat lokasi memasak ni... harap2 korang ingat.

ooo.... korang ke yg curi buah sukun tuh... itu bukan buah sukun! hahahah...kat belakang blok ktr ada dusun laaa... aku pernah ikut seniorita pegi curi buah cempedak... depa kata banyak babi... tak jumpa pun...

bab masak2 ni aku malas skit nak join... sbb aku geng baik... suci murni camtuh! hahahah...

Adam Ruslan berkata...

::duta::

1. Lokasi sama, aktiviti berlainan. Sama macam studio la, kekadang buat debat, kekadang buat baca berita. Tak terkaitnye berita yang dibaca dan debat yang dilancarkan. Tak gitu?

2. Ya, itu bukan buah sukun, harap maklum, kami kait dan kutip je, bukan curi.

3. Aku pun tak tahu kenapa 'adventure' sangat memasak ni dulu. Sekarang aku dah tak berapa berkenan untuk mengambil inisiatif untuk memasak. Apesal ek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...