Advertlets

Selasa, Januari 13, 2009

Gaza

Rasa tak lengkap kalau ada blog tapi tak sentuh pasal kekejaman regime Zionist ini. Sori kalau genre ini jauh beza dengan genre2 sebelum ini.

Dari dulu sampai skarang tak habis perang. Kalau kita imbas kembali, kot terbaca, atau pernah terdengar. Pemimpin Palestin tetap tegar dari dulu sampai skarang seperti Yaser Arafat (yang dan meninggal), PLO, Fatah & Hamas. Tapi pemimpin Israel, asyik tukar2 je yang berperang dengan Palestin. Sure kita masih ingat dulu nama Ariel Sharon, pastu ada lagi 3-4 orang lagi presiden ape mende tah nama, tak ingat pon takpe dan skarang Ehud Olmert.

Apa yang berlaku sebenarnya didorong oleh kepentingan politik Israel. Bukan politik wang macam kat Malaysia. Tapi politik versi kejam yang hanya Zionist sanggup buat. Melancarkan perang berlandaskan asas menjaga keamanan Israel disebabkan pembedilan roket-roket kerdil dari Hamas. Walhal sebab sebenarnya Ehud Barak nak dapatkan mileage politik sebagai modal manifesto semasa pilihanraya Israel. Sebab apa Hamas melancarkan roket? Ehud Barak tak tekankan langsung hal ini dalam pertimbangan & penerangan dia dalam melancarkan serangan kejam ke atas Gaza. Hamas sebenarnya bertindak sebab permintaan dorang untuk membuka semula sekatan sempadan dorang dengan Mesir. Talian hayat dorang, sumber makanan, ubat, pakaian, kira semua asas untuk kehidupan semua ditutup Israel & Mesir. Perdana Menteri Mesir, Mubarak pon berkompromi untuk tunduk dengan permintaan Israel ini. Palestine Gaza masih survive sebab dorang buat terowong haram untuk seludup masuk semua ini. Propaganda Israel kata, terowong haram ini dibom sebab seludup senjata. Kiri kanan kene tekan, sapa sanggup tahan. Sebab itu roket dilancarkan ke arah Israel.

Jadi kenapa kita duk asyik dengan nama2 yang berlainan yang menjadi Perdana Menteri Israel dan dorang tak abis2 menyerang kejam Palestine?. Sebab ini adalah manifesto Ehud Barak yang ingin mengekalkan kedudukan nya sebagai Perdana Menteri semasa pilihanraya negera-tidak-diiktiraf Israel ini. Sebab itu kita dengar nama2 Perdana Menteri Israel nih bertukar-tukar. Asal nak pilihanraya, serang Palestine. Ini je modal utama manifesto politik dorang. Manifesto ini disalut hebat dan telah dipropagandakan dengan alasan2 lain. Propaganda ini sangat hebat sampai media massa utama di Amerika, terutama CNN & BBC tidak langsung menyiarkan langsung gambar/footage sebenar kanak-kanak, bayi dan wanita Palestine yang hancur kaki, tertebuk badan dan pecah kepala disebabkan pengeboman kejam Israel. Hanya kata-kata dari Ketua Turus Tentera Israel yang pro-Israel dipetik sebagai berita penerangan kenapa Israel menyerang Gaza.

Mujur ada Al-Jazeera sebagai medium alternatif. Footage/gambar mangsa awam serangan kejam Israel dipapar 24jam. Kanak2 kecil terkulai yang didukung ayah, kanak2 perempuan yang tenggelam ditimpa timbunan konkrit bangunan. Seluruh dunia kecuali Amerika tahu hal sebenar. Rakyat Amerika/Eropah hanya dimomok dengan berita propaganda Israel. Aku belek web portal berita online The Sun UK, memang betul hampeh, bukan berita ini yang disajikan sebagai berita utama, dah scroll dekat2 nak bawah baru jumpa, itu pon seperti yang dijangkakan, berita yang pro kekejaman Israel membedil Gaza. Dia kata Hamas mula memasang bobby trap, pasang bom kat bangunan dan basikal yang sangat membahayakan nyawa tentera Israel kalau terkena. Celaka sungguh. Itu yang ko ambik untuk repot? Ada sebaris ayat mengatakan sekarang jumlah kematian rakyat Palestine telah mencapai angka 800, akan tetapi Israel juga telah mencatatkan 13 kematian. Perkataan tetapi (however) itu meletakkan seperti kematian rakyat Palestin (civillian/orang awam-kanak2, ibu2, bayi2 yang bukan ancaman) sebagai tidak penting melainkan kematian askar Israel. Zionist memang celaka.

Wartawan The Star melaporkan yang SEMUA journalist/reporter tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan dari dalam Gaza. Sapa nak berita/sumber maklumat yang sebenar dan bukan pro-Israel, dorang tunggu kat pintu masuk sempadan Mesir. Kalau ada mangsa pengeboman dari Gaza yang dapat dibawa keluar, semua serbu nak tanya. Kalau tidak, sumber berita rasmi adalah penerangan / pengumuman dari Ketua Turus Tentera Zionis yang hanya memberi maklumat berat sebelah. Ko memang celaka.

Zionist ini datang menyerang dengan mengebom tempat2 strategik yang dikatakan markas Hamas. Sekolah tajaan UN markas Hamas? Tadika markas Hamas? Hospital pon markas Hamas? Memang celaka. Datang bom pakai F-16. Semenanjung Gaza nih 45km panjang, 6-12km lebar. 45km kalau dengan F-16 berkelajuan melebihi 400km/j, tak sampai 5 minit dah sampai hujung lagi satu. Kalau sekali datang berbelas-belas F-16, pakat tabur beratus2 kilogram bom. Ni ke yang dikatakan mengebom tempat2 strategik sahaja yang markas Hamas?

Dipetik dari satu artikel dalam NST hari Ahad. Kanak-kanak Gaza yang keluar dari rumah, bukan kiri dan kanan yang mereka toleh untuk menyeberangi jalan, tapi mendongak ke langit, takut-takut bom yang digugurkan terhempas berdekatan.

Aku tak bleh terima celaka2 dibawah dengan statement dorang.

::Ehud Barak::
Kami tak akan menghentikan serangan sebab belum mencapai objektifnya.
(Ini 3-4 hari selepas serangan pertama dilancarkan, 300 orang Palestine telah terkorban-kanak2, ibu2, bayi2 majoritinya). Habis, berapa target objektif ko Ehud celaka?

::Bush::
Israel berhak untuk mempertahankan negaranya kerana diserang roket-roket terrorist Hamas.
Sape yang mati kene roket Hamas? Kanak2, bayi2 & ibu2 Palestine yang terbunuh dibedil Israel ko tak ambil peduli? Wakil UN Amerika menggunakan kuasa veto dengan alasan yang sama membantah sebarang gesaan/kecaman UN terhadap Israel untuk memberhentikan serangan terhadap Gaza.

::Barack Hussien Obama::
....... (berdiam diri sediam-diamnya, kononnya tak nak masuk campur tugas2 Bush. Walhal krisis ekonomi Amerika boleh pulak dia mengesa mintak stimulus package lebih pada Bush lagi, padahal tak masuk pejabat lagi). Tak boleh diharap. Sekutu Zionist juga Obama ini.

Dorang harus dikecam dan dihadapkan ke Mahkamah Perang sebagai Penjenayah Perang dengan statement dorang sendiri ini. Menghalalkan serangan tanpa peduli. Terlibat secara terang untuk peperangan kejam yang hanya membunuh ramai orang awam dari musuh sebenar. Sama level dengan Milosevic. Barbarik.

Last, ayat propaganda lagi yang dipetik dari The Sun UK yang aku baca tadi.

"Dalam serangan terbaru, Tentera Israel telah hampir mengebom sebuah klinik tajaan Bantuan Kristian di Gaza, mujur mereka sempat menelefon wakil disana untuk memberi amaran dan sempat mengosongkan tempat tersebut. Tiada kematian dilaporkan". Ohh, sempat telefon bagitau ye, mujur orang2 Kristian tu tak mati kene bomkan. Memang celaka.

Bagi aku, kalau boleh boikot, boikot. Kalau nak memberi derma, dermalah yang termampu. Kalau boleh bagi penerangan, biar orang lain lebih paham, kongsi. Kalau nak kecam, kecam yang sepatutnya, bukan membuta tuli. Ini bukan lagi konflik Muslim vs Yahudi, ini lebih dari itu, nilai kemanusiaan, keadilan dan kedaulatan negara yang dipertaruhkan. Harap semua berdoa agar serangan ini berhenti terus dan Israel mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Notakaki amANI: Genre ini agak berbunyi hasutan/kecaman. Tapi apa lagi genre yang boleh aku terbitkan. Genre simpati dan sedih bukan style aku walau aku tersentuh tengok footage kanak2/bayi2 Palestin didukung ayahnya yang menjadi terkorban dalam serangan kejam ini. Dah ada anak sendiri, aku boleh reflect sendiri perasaan sebegitu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

isu ini aku takleh bincang lebey2 kat lab aku, sebb berlainan agama..ade pro bush, ade against bush. Kritian tetap tak nk tgk muslim, diorng salahkan muslim yng lempar bom kat israel.mmg la berita diorng berat sebelah.baru pagi tadi je aku berbalah, tapi aku lebih tekan kan pada nilai kemanusian.diorng salahkan terrorist muslim yng pegi bom orng awam utk halalkan kekejaman zionis..

d u t a berkata...

ermmm... aku bersuara pada tuhan sahaja... kerana kederat ini hanya mampu menadah tangan + menghulur mana yang termampu. moga turun lah bala tuhan buat tentera jahiliah itu! ya allah, tak sanggup hari2 yang dilalui, melihat ciptaanMu ini terseksa. tempatkan mereka bersama2 org yang beriman! amin

Adam Ruslan berkata...

::Shidah::
Konfem kat US takde tunjuk gambar2 yang aku describe itu kan? Kat sini muka depan, bleh kata tiap2 hari, tiap2 surat khabar.

::Duta::
Amin. Aku berharap ini akan berhenti. Kalau boleh untuk selamanya. Bagi peluang kanak2 Palestine membesar dalam negara yang aman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...