Advertlets

Rabu, Januari 07, 2009

Kadang-kadang aku teringat - Ahmad S siri #1

Siri bersama Ahmad S.

Macam apa je nama dia, tak pe, saja kasik misteri sket, kadang-kadang tak semua orang suka glemer.

Malam-malam minggu atau kekadang malam hari bekerja, aku suka bawak kereta jalan-jalan pusing sekitar JB. Suka sebab anak-anak suka naik keta. Juga suka sebab jalan kat JB takde tol, kereta pon tak banyak, konfem tak jem. Juga suka sebab jalan kat JB ada loop, kira masuk bandar jalan dalam, balik bleh lalu tepi pantai. Tapi apa yang menyebabkan aku nak menulis tentang Ahmad S bukan la sebab ini.

Sebabnya, banyak mende-mende tak terjangkau di pikiran yang aku dah buat dengan Ahmad S kat bandar JB ni masa kami sama belajar peringkat sarjana muda. Sangat muda juga kami pada masa itu. Daya mengembara dan meneroka sangat tinggi, bila dipikir semula, sangat kelakar, juga sangat manis.

# 1
Aku dan Ahmad S bersetuju nak mencuba makan pizza. Kami bersetuju ke HP. Sebuah kompleks paling panjang serta terkenal sebagai sarang VCD lanun terbesar di Asia Tenggara waktu itu. Sampai je terus kami ke kedai pizza. Makan besar la katakan. Bukan takde pizza kat kompleks lain yang lagi dekat, tapi sebab aku nak beli kasut Adidas kain bukan asas baldu, yang sangat murah pada waktu itu, RM69 kot, maka kami ke HP. Dah pernah tengok kasut ni masa mula-mula datang HP ramai-ramai seelok kami mendaftar di kampus dulu.

Kami (aku dan Ahmad S) bukan orang yang pandai sangat nak order pizza sendiri, tapi berbekalkan pengalaman Ahmad S yang pernah makan pizza dekat Sungai Petani masa lawatan homeroon hujung minggu dia dengan cikgu homeroom dia, dia yang order, aku ikut je, kami kira, beli set, harga bahagi dua kira agak berbaloi. Kurang RM15 sorang. Ahmad S tambah side order, mintak salad semangkuk. Pelayan terima order, suruh amik sup dan salad sendiri, dia tunjuk arah mangkuk. Kami amik sup dan salad.

Ahmad S kata, dia masih teringat salad nih, sedap gila, masa kat Sungai Petani tuh dorang makan siap tambah lagi 2-3 mangkuk salad-salad nih, tak yah bayar lebih. Aku sangsi, yeke? Tapi Ahmad S yang berpengalaman makan pizza sebelum nih suruh aku cuba, memang sedap salad segar campur segala buah-buah dengan sos seribu pulau lagi. Pizza belum sampai, mangkuk salad dah kosong. Ahmad S bangun dan mengisi lagi salad-salad baru. Yela, boleh tambahkan. Kami menikmati semula salad serta sup. Sebentar sebelum pizza sampai, pelayan datang semula.

"Encik, salad ini tak boleh tambah ye, ini kami dah tukar order encik, salad 2 ye". Pelayan menegur.

"Eh mana boleh, sebelum ni saya makan tak kene charge pon?".
Ahmad S terkejut kehairanan.

"Tak, memang tak boleh tambah encik, ini bil baru". Pelayan senyum dan berlalu.

Aku dan Ahmad S merasa perasaan yang sama. Malu, Bengang, Kelakar & Sedih. Malu dengan pelayan sebab buat-buat pandai. Bengang sebab kene charge dua kali. Kelakar sebab salah bodoh kami. Sedih sebab kami datang dengan congakan perbelanjaan yang terhad, sia-sia terbang lagi RM7 untuk lagi semangkuk salad. Walaupun begitu, pizza tetap dihabiskan, makan sama-sama sambil Ahmad S masih menegakkan kebenaran dan pengalamannya di Sungai Petani dulu. Aku hanya boleh cakap, "Sini mana nak sama macam Sungai Petani. Sana kampung ko, lain la kot."

Ahmad S menerima keadaan, mujur wang RM50 dalam poket cukup untuk menampung semua perbelanjaan di kedai pizza ini. Ahmad S jadi tak bermaya nak berbelanja lain. Cuma mengikut aku untuk membeli kasut. Dia pon dalam hati nak beli kasut yang sama. Cuma duit masih tak berapa nak ada. Aku memujuk, takpela, kasut Converse ko ni masih elok apa, aku dulu mana ada kasut macam nih masa kat sekolah.

Ada lagi siri #2 dan siri #3 bersama Ahmad S. Nantikan.

4 ulasan:

duta berkata...

sekarang ahmad S amat kaya...
pizza tu makanan ternakan dia je bagi untuk ruji harian...
owh ahmad S... ku ingin cerita drama cubaan membunuh ku pulak laaa dalam episod ku nanti... apapun terhibur dgn kisah ahmad S ini...

amANI berkata...

Itu la, kalu dulu kene congak bahagi dua kalau nak order, skarang Ahmad S tak pandang dah harga, order je kalau nak makan. Huhuh.

Ahmad s berkata...

Hahaha....aku sungguh terhibur cerita tu. Mati2 ingtkn salad free jek. Mane taknye. Encik kuril yg ajo masa homeroom p sg petani. Masa tu dia dok sabah. Die la ajar aku ajaran sesat pizza hat ni. Kekekee. Malu gleeeee. Hahaha

amANI berkata...

::Ahmad S::
Aiseh, ada plak orang mengaku dirinya Ahmad S, ingat nak kasik misteri sket sambil menutup sedikit keaiban yang berlaku. Hahah. Takpe la kan, kot jadik buku ke cerita nih, bleh Ahmad S jadik selebriti plak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...