Advertlets

Jumaat, Januari 23, 2009

Ahmad S siri #4

Yang ni aku memang nak tergelak dulu baru tulis. Haih.

Kami yang baru memasuki menara gading tanpa perlu menunggu keputusan SPM adalah antara kumpulan paling sedikit antara sekolah-sekolah lain. Seperti yang telah diceritakan, dalam 20 orang je. Di takdirkan aku dan Ahmad S duduk berhampiran, blok sebelah sebelah je. Pulak tu, Ahmad S dan Mohd T seblok, aku dan Mohd Y pula sama blok. Jadi kami dah 4 orang kat satu kolej yang sama.

Aku dan Mohd T punyai basikal. Dalam minggu terawal kami masuk, Pak Mus bagi satu basikal racing made in Taiwan untuk aku, atas permintaan mak. Mohd T pula import basikal dari kampung. Jadi kami antara yang terawal mempunyai pengangkutan sendiri dalam kampus. Tak la menapak je pegi kuliah.

Masa kami mula-mula masuk kuliah, kampus sedang bercuti 3 bulan. Maka dalam kampus tuh, kumpulan yang dipanggil ekspres ni je la yang ada memeriahkan seluruh kampus. Tak la ramai mana, dekat 300 orang je. Dalam kampus tak banyak aktiviti yang boleh dibuat, makan pon ada la dua tiga kafe yang buka.

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, Ahmad S telah mencadangkan satu aktiviti yang menarik pada satu hujung minggu. Dah lepas zohor dekat-dekat nak masuk asar dah masa ni.

Jom naik basikal menjelajah Taman Universiti!

Idea terbaik. Sebelum ni, kami hanya pusing-pusing kampus, naik balai cerap, serta melawat kolej-kolej lain. Tak pernah lagi lalu pak guard dan keluar dari kampus. Pernah la keluar, tapi jalan kaki atau naik bas. Belum lagi keluar berkenderaan sendiri.

Aku setuju, Ahmad S pinjam basikal Mohd T, aku pakai basikal laju aku. Kami berkayuh menuju Taman U. Pak gad kami hai je, takpe, kad matrik dah standby dalam poket kalau kene tahan.

Sebelum masuk ke Taman Universiti, Ahmad S lajak ke Desa Skudai. Entah apa bala dia cari, aku tak tahu. Dari sana kami patah balik semula ke Taman U. Jalan yang agak berbukit dan berliku menyebabkan kami mula merasa penat. Peluh dah menitik. Kami berhenti depan 7-E. Dahaga. Memang penghilang dahaga kalau beli air soya kotak besar, pastu minum guna straw, kongsi berdua. Ahmad S setuju, kami kongsi sorang seringgit buat beli air. Memang hilang dahaga. Tiba-tiba Ahmad S keluar idea baru.

Jom makan KFC!

Lagi terbaik idea ini. Sejak masuk kampus, kami memang asyik menatap nasi serta ayam goreng campur sayur, buh kuah sikit untuk hidangan tengahari dan petang. Tak pernah lagi merasa hidangan ala barat serta makanan pantas macam KFC ni. Mana ada kat kampus! Aku belek duit dalam wallet, cukup. Jom, aku setuju. Kami habiskan air soya dan bergerak ke KFC. Sama nerai je dedua kedai ni kat Taman U.

Tengah beratur, kami pun berkira-kira, nak ambik Dinner plate ke Snack plate. Dinner plate macam mahal sangat, tapi ayam ada 3 ketul, kenyang sikit. Ah, Snack plate je la, murah sikit. Ahmad S setuju.

Macam biasa, Ahmad S yang jadi jurucakap bagi pihak aku, aku tolong angguk je.

"Makan sini ke take away encik?" Gadis pelayan bertanya.

"Makan sini, aaa Snack plate dua ye, hot & spicy" Ahmad S memesan.

"Ok, encik nak tambah apa-apa lagi, air? Gadis pelayan bertanya lagi.

"Air tak payah, saya baru je minum tadi" Ahmad S menjawab pantas.

Gadis pelayan mengerut kening, aku terkejut dengan jawapan itu. Hampir tergelak kecil.

"Tak nak tambah air encik?" Gadis pelayan bertanya untuk kepastian.

"Haah, tak nak, itu je" Ahmad S menjawab.

Gadis pelayan kira, siapkan order. Kami bayar, ambik makanan, naik tingkat atas.

"Kot ye pon, tak yah la cakap baru je minum. Memalukan je. Dah la depan gadis." Aku cakap sambil naik tangga.

"Lah, kan memang kita baru je minum air soya tadi, betul la" Ahmad S jawab.

Nak kata apa lagi, Ahmad S memang jujur.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehehe... Siapalah Ahmad S tu?

Memang kelakar...

leen berkata...

bukan ahmad shafawy ke?heheh...

Adam Ruslan berkata...

::ustaz::
Ahmad S memang terkenal dan femes dan enggan dikenali. Hehehe.

::leen::
Mekasih kerana sudi menjengok dan meninggalkan komen, selebriti tuh komen blog aku, haha..

tapi.. shafawy?
no komen.. hahah

d u t a berkata...

AHMAD S ni pernah nak bunuh i dalam siri pembunuhan kecelakaan jalan raya di taman universiti tau... nasib baik i hidup lagi.

+ achik +
bukan ke air tuh dalam package snack plate ke? ermmm... kfc suka tukar package laaa... tahun masa ni i duk rumah utus surat je... tak jenguk KFC pun. masa mrsm dapat KFC voucher free... heheheh

Adam Ruslan berkata...

::duta::
Mujur selamat dari kecelakaan jalanraya. Disebabkan kecelakaan (jalanraya) korang, berkat doa aku, dimakbulkan MBJB, skarang dah ada trafik light di simpang merbahaya itu, tapi eksiden tetap ada.

Tahun ini, 1997-1998 adalah kegawatan ekonomi, kami tidak dibenar ke luar negara untuk belajar (hahah, bukan qualify pon). KFC sudah merombak pakej pada masa ini supaya kelihatan lebih murah, air berkarbonat adalah satu opsyen. Bukan mandatori.

d u t a berkata...

+ achik +
ada lagi eksiden ke? aku dah jadi mahsuri kot... sumpahan 7 keturunan pada simpang maut itu! hahahha....

kfc pun bijak juga... tu pasal bagi air, letak ais penuh gile... hehhehe

btw... i ke buat hilang basikal achik ek? dah lupa... heheheh

Adam Ruslan berkata...

::duta::
Eksiden tetap ada kat situ, rakyat Malaysia tidak menghiraukan isyarat lampu kuning. Rabun kaler kuning. Bila nak buat entri cerita nih? Aku teringat Ahmad S hampir teriak nak balik kampung je masa dalam klinik lepas eksiden nih.

Basikal racing kaler silver metallic itu, ye, mmg ko la yang hilangkan. Hehe. Jangan diungkit lagi hal tuh, biarkan saja.

Sebenarnya aku nak simpan buat modal nak masuk Melodi nanti, nak suruh brader Terjah carik. Sambil bahagian muka disensorkan, aku berkata "Saya kenal sorang selebriti ni, dari kecik lagi saya dah kenal dia, dia pernah pinjam basikal saya, lepas tu dia hilangkan, sumpah, saya tak tipu" Hahah, amacam?

shooter berkata...

kesian ahmad s... aku pon ada masa kejadian dia nak balik kampung tu masa pas eksiden. mungkin berkat doa kakak boyot bawak kancil tu dia jadi jurutera kot....

eeeeeee naifnyer g kfc pon tamo air...
paling aku suka citer pizza hut....hahahaha....

shooter berkata...

kesian ahmad s... aku pon ada masa kejadian dia nak balik kampung tu masa pas eksiden. mungkin berkat doa kakak boyot bawak kancil tu dia jadi jurutera kot....

eeeeeee naifnyer g kfc pon tamo air...
paling aku suka citer pizza hut....hahahaha....

Adam Ruslan berkata...

::redghost::
Mujur Ahmad S masa itu tidak terpatah riuk dan boleh pulih seperti sediakala. Ko memang memberi aku idea la, aku teringat pulak satu lagi cerita kita pegi servis moto kat Teratai. Haih. Tak habis jugak siri ini lagi.

shooter berkata...

hahahaha....sakit langgar binatang...tak sempat sembelihhhhh...ko ingat tak kita ada beli buku pastu dekat nak grad kite soh kawan2 tulis dalam tu. Mohd T siap lukis moto langgar binatang. hahaha

Adam Ruslan berkata...

::redghost::
kan aku dah kata, cemana la aku nak tamatkan siri Ahmad S ni, banyak sangat kisah-kisah pengembaraan dan pengalaman yang tak terduga. Dulu mungkin kita tak sedar, tapi sekarang, kisah itu dah boleh buat drama bersiri. Hahah. Aku tulis nanti untuk siri terbaru. Permisi ye. Hahah.

ayen =D berkata...

hoho.. cmni ek kesah dlu2.. berbasikal ke taman u.. huhu..

sweet nye cite2..

Adam Ruslan berkata...

::ayen::
Lama jugak berbasikal kat UTM tuh, adala sampai tahun 3.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...