Advertlets

Selasa, Februari 03, 2009

Bola - Arshavin

Entah terrer ke tidak Arshavin ini, tapi mungkin ia pemangkin baru untuk pasukan barunya. Kalau tengok masa Kejohanan Euro 2008 sebelum ini, nampak macam power. Harapnyalah.

Kalau tengok pembelian Wenger baru-baru ini, dia dah tak lagi membeli pemain yang masih SPM sahaja pengetahuan dia. Dia dah beli semula pemain yang sudah mempunyai nama, punya pengalaman dan pemain yang pernah merasai kejuaraan.

Rosicky, Gallas, Silvestre dan Arshavin adalah pemain yang patut dah ada anak dua, dah tak muda mana dah. Mereka pernah merasai pengalaman bergelar juara. Pemain yang pernah bermain hingga ke peringkat tertinggi. Ada juga yang pernah mengecapi Juara Liga kelab terdahulu masing-masing dan Juara Eropah. Dalam pemerhatian Wenger, supaya mereka ini boleh membawa mentaliti juara dalam mendidik pemain lain yang masih bertahap pengetahuan SPM supaya lebih matang. Ada kelangsungan mentaliti. Konsisten. Kalau kalah tak kecewa, kalau menang buat-buat releks je, kalau seri usaha lagi.

Begitulah yang dapat aku fahami selepas Wenger sms aku bagitau dia sempat beli Arshavin hampir lewat tengah malam semalam.

Amacam, macam John Dykes tak aku? John Dykes pun tak review macam aku review. Dengan tatabahasa yang sempurna Melayu macam ini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Team saya habis lingkup... Shay Given dah pi City. Adoi... Jenuh la Newcastle lepas ni. Makin teruk management Magpies. Buat kepala sendiri ja. Memang susah Magpies nak pi jauh.

Apa pun saya meminati corak Arsenal. Game yang menghiburkan tapi finishing out.

Adam Ruslan berkata...

::saifulazrul::
Takpa ustaz, janji masih tak relegate sudah. Mike Ashley tu la, pikir duit je. Tak buat plan elok-elok. Manager pun macam main tangkap muat je. Player sendiri (N'zogbia) pun dia bleh terlupa nama. Heheh.

Arsenal memang, kalau buleh nak golekkan je bola tu masuk gol macam passing, bukan reti tendang kuat-kuat. Asyik pass je. Harap Arshavin reti tendang ke arah gol. Dah dekat nak abis main baru kalut nak tendang betul-betul.

d u t a berkata...

i peminat bola sepak maktab je

Adam Ruslan berkata...

::duta::
Aku tau ko minat Jali - Penyerang sayap kanan bola sepak maktab. Hahah.

d u t a berkata...

+ achik +
jali? hahaha... mana tau? aku suka ni laaa... abang kamal! korang ingat tak? hahahha... pengurus bola sepak bersama cikgu anuar! hahah!

masa tuh pawie jambu lagi... main guling2 bola ngan irwan krishnawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...