Advertlets

Khamis, Januari 29, 2009

Tulis-tulis

Tak kan semua nak cerita je kan, dah la cerita siri semuanya.

Hari ini saja tulis-tulis tanpa perlu terikat pada apa-apa konsep.

Pertama kali, ingin mengucapkan terima kasih pada yang sudi melawat blog ini. Helmi Majid, Saiful (Ustaz), Helmi Mat Dalan (bila la mamat ni nak buat blog sendiri, baca blog orang suka, hahah), Azalina, Nazlan, Pawie, Syila(ada blog tapi aku tak mintak permisi nak link) serta Shidah, Man dan Qis. Pada yang tidak disebutkan nama, aku sama sekali tidak tahu kamu membaca blog ini dan mungkin anda pelawat yang tegar tapi malu. Takpe, kalau ada blog, tinggalkan la jejak, bleh aku link sekali. Mekasih juga pada yang sudi link kan blog ini pada blog korang. Begitulah kita dalam adat berblog.

Apapun, pada yang meninggalkan komen, mekasih! Bagi orang yang baru ada blog sendiri, rasanya macam dapat surat cinta. Berbunga-bunga serta melayang-layang rasanya bila tahu ada orang sanggup baca dan komen apa aku tulis. Hahah. Itu bagi aku la, bagi orang lain mungkin ada motif tersendiri mengeluarkan cerita dalam blog mereka. Korang punya blog hari-hari aku buka, kalau ada cerita baru, aku baca. Kalau rasa nak memberi pendapat, aku komen. Apa pun ceritanya, bagi aku ia adalah informasi dan pengetahuan baru untuk aku. Kita mungkin dah kenal dari kecik, tapi adanya blog, kita lebih tahu personaliti sesorang itu. Apa yang terpendam. Apa jati diri dia. Tak gitu?

Siri Ahmad S aku rasa macam nak katup dah, bila pikir-pikir, banyak pulak aku tulis mengenai Ahmad S dalam sebulan nih, aku pulak yang rasa semacam, agaknya Ahmad S rasa tak macam tu? Sori ye Ahmad S, siri ini adalah rakaman semula memori dulu. Kita sama-sama membesar dari budak sekolah jadi remaja contoh, maka aku rasa ia patut di dokumentasi. Hahah. Tujuan aku nak katup sebab aku takut nanti ada yang membuatkan Ahmad S kecik hati dengan apa yang aku tulis, kalau ia dipanjangkan lagi. Hahah. Jadi mungkin ada lagi 2-3 siri je lagi kot. Kalau Ahmad S kasi sokongan moral, mungkin boleh diperpanjangkan sampai dia kawin nanti! Kira macam prelude mempromosi Ahmad S sebelum dia ke jinjang pelamin. Mana tau, sempat dia femes dalam 2-3 bulan ni, ada la syarikat beras ke syarikat kari ke nak sponsor majlis dia. Murah rezeki Ahmad S yang baru je naik pangkat itu. Hahah.

Bulan ini juga aku rajin menulis dan mengeluarkan entri baru. Apa gila, sebelum ni nak dapat 2-3 cerita sebulan pun payah. Mungkin sebab aku merasa bagi orang yang pernah buka blog ini, bila dia datang kembali nak membaca lagi, tapi takde cerita baru, aku rasa tak adil sebab aku telah mencuri hati mereka dengan cerita-cerita sebelum ini, lepas tu aku lambat bagi cerita baru. Hahah. Aku rasa la. Sebab aku rasa macam tu bila baca blog orang. Hahah.

Rasanya takat tu dulu untuk kali ini. Sekian.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tulis ja Adam, saya suka baca blog orang sebab dari blog lain, saya banyak dapat input dan ilmu yang baru bagi diri saya. Kadang kala berkongsi mesej yang sama.

Teruskan menulis...

Adam Ruslan berkata...

::ustaz::
Mekasih untuk sokongan. Sama-sama la kita terus menulis. Kongsi apa yang patut. Agak kagum dengan ustaz, dah bertahun2 menulis sejak dari journal. Dah tahap super power dah dalam arena blog. Hehe.

d u t a berkata...

+ustaz+
ilmu di dada... huhuhu... bagus juga. baca bab gaza + palestin bagai kat sini selain newspaper.

+ahmad S+
wah! naik pangkat ye? tak bagitau ni. wajib naik 5 series dah tuh.

"Kita sama-sama membesar dari budak sekolah jadi remaja contoh, maka aku rasa ia patut di dokumentasi."

ini aku nak lihat dari sudut mana ni... contohnya? jelaskan ye!

heheheh...

+ achik +
terima kasih juga membaca episod2 aku. nanti aku tulis cite lagi. namun aku hairan nape blog ni tak ada atau jarang letak pic. cadangan laa... kan ada camera, dulu achik laa watak suka amik gmabar kan... so... attached je laaa... ye... baru la teruja dgn emosi segala! hahahha

Adam Ruslan berkata...

::duta::
Hahah. Remaja contoh tu susah la nak dihuraikan. Bila tamat siri Ahmad S ini nanti, mungkin contoh-contoh tersebut boleh difahami. Contohnya, kami sangat berjimat cermat dengan wang tajaan kerajaan. Hahah.

Aku baru terfikir, kalau la kita pakat ramai-ramai buat cerita Ahmad S, ko sikit, ustaz sikit, dzul sikit, Ahmad S sendiri sikit, pastu kat mana-mana cerita itu yang kita bleh cross-over dalam cerita kita sendiri dengan cerita orang lain, pastu kita kumpul2, buat coffee table book, jual kat Ansara PDRM, huhu, kaya2.

Gambar? buat pengetahuan, kamera digital yang mahal lagi berkualiti tinggi versi import itu telah rosak sejak bulan 8 yang lalu, baru dapat kembali seminggu yang lepas. Itu pun setelah aku membuat teguran yang sangat serius (marah) terhadap pekerja kedai kamera itu sehingga dia tergagap untuk menjawab maka dia mencapai pen dan kertas untuk mengambil nota lantas terus menghubungi pusat servis maka keesokan harinya kamera aku pulih. Huh. Jenuh weh.

Lagipun, cerita yang sangat sedap perlu penghayatan sepenuhnya, gambar sekadar hiasan hanya menutup ruang imiginasi.(alasan malas upload).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...