amANI telah bersedia menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku dalam Sinetron Dramalova. Mari kita ikuti ulasan beliau tentang drama siri yang semakin mendapat sambutan ini.
Apa Sinetron Dramalova nih?
Sinetron Dramalova diinspirasi dari siri "Lost". Cerita je tanpa perlu hujung pangkal. Nanti tengah-tengah baru kasik pengenalan dan mungkin flash back tiap watak sebagai pengisian siri2 akan datang.
Apesal buat macam tu?
Baru la gempak serta ala-ala Yusuf Haslam gaya penceritaan aku. Buleh tulis meleret2 macam Sembilu Kasih. Bukannya sebabak dua je. Serta watak tak akan terikat dengan apa-apa sempadan yang telah diletakkan dari awal. Tak gitu? Sedangkan Yusuf Haslam pon ceduk gaya Amerika Latin, aku pon ceduk la Yusuf Haslam, perangai Melayu yang sama-sama ingin maju dalam kepongpong yang sama. Tapi aku tak ambik la part2 sedih, teriak, menangis, aku ada jati diri sendiri mengolah Sinetron aku.
Berapa panjang cerita ni dan apa frekuensi tiap siri nih?
Aku tau hangpa tertunggu-tungu siri seterusnya. Mujur aku penulis tanpa persatuan. Tak bleh nak ajak mogok. Kalau penerbit Lost buleh terget buat 6 Season. Aku rasa aku bleh buat lebih dari itu. Haha. Janji ada pengikut, aku teruskan. Komplen2 tak layan. Puji2 je aku terima. Lagi banyak puji2 prihatin, lagi cepat siri baru keluar. Hahah.
Sape watak-watak dalam Sinetron ini, ada kaitan ke dengan sape2 ke?
Aku dah cuba pujuk, sorang pon tak nak mengaku sape guna watak sapa. Dorang kata, kami sanggup keluar rumah pakai topeng macam Amuk. Kami tak ingin dikenali. Kami tau kami popular. Tak perlu kenal kami untuk calonkan kami dalam Anugerah Bintang Popular Berita Hairan. Secara ringkas, Diego & Marcia ialah suami isteri. Carlos & Christina jiran mereka. Danny, Jenny & Iquino anak2 Carlos & Christina. Kasabonita pembantu rumah Carlos & Christina. Encik Santiago tuan rumah sewa Marcia & Diego. (Apa lagi nama Latin aku nak pakai bila nak tambah watak baru nanti? Robinho, Ronaldo, Adebayor? Ahh, nanti pikir la)
Apa motif ko buat Sinetron Dramalova?
Apa punya soalan, tentu la nak kaya. Kaya budi bahasa dan pengalaman. Susah oo nak dapat pengalaman. Orang siap bayar setengah billion baru bleh dapat pengalaman pegi ISS. Kan mahal tuh nak dapat pengalaman tuh. Sebab tu aku buat Sinetron nih, tengah nak kumpul pengalaman.
Leceh aa ko buat camni, tak paham.
Ish, sedangkan Mamat Khalid buat filem 3-4 bijik filem, semua so & so je, dia sorang je paham. Tiba2 datang Noir Kala Malam Bulan Mengambang, terus dapat pengarah terbaik. Aku pon macam tuh la, selagi aku tak cuba, selagi tu aku tak tau best ke tak best Sinetron aku. So semua ni aku garapkan dan akan berusaha meningkatkan lagi.
Ada market ke Sinetron nih?
Ini zaman IT, orang tak jual ikan kat market lagi dah. Sekali aku klik satu checkbox kat blogger nih, seluruh dunia IT akan tahu Sinetron Dramalova aku. Mujur aku low profile. Aku simpan je butang power tuh. Hahaha.
Bleh ke aku rekemen Sinetron nih kat kawan2 aku?
Owh, tak kan tak boleh, tapi buat background check dulu la, tentukan kawan2 ko tuh berbudi bahasa, penyayang, tiada hasad dengki, tidak iri hati, bersifat bengis maupon sinis. Ini bukan untuk mereka. Juga mereka bukan kawan ko kalau ada sifat2 ini. Hahah.
Kalau aku tak suka layan Sinetron nih cemana?
Takpe, aku ada lagi Siri Ahmad S, Siri Kanak-Kanak Memang Riang dan juga dokumentasi lain yang tidak berkaitan langsung dengan aku, tapi aku rasa layak dikongsi, akan aku kongsikan. Tak suka jugak? Sila klik butang X dipenjuru kanan web browser anda.
Terima kasih. Ko memang power.
Apa ko merepek nih, power itu kurniaan Tuhan.
Bagi mereka yang ketinggalan Sinetron sebelum ini, ni capaian pantas untuk korang layan.
Siri #1
Siri #2
Siri #3
Nota tiarap: Harap korang puas hati dengan wawancara berlagak dengan penulis Sinetron Dramalova - amANI ini. Dia memang, baru buat 3 siri dah riak takbur. Belum 6 season lagi. Perasan bagus. (Kelihatan amANI tertiarap akibat disadung kakinya ketika berjalan seiring dengan pewawancara).
5 ulasan:
supaya budak ambil spm paper bm penulisan dgn tulisan tangan tidak kecewa, ejaan KEPONGPONG salah. ejaan adalah KEPOMPONG. itu sahaja achik. siri seterusnya akan ku baca kelak ketika dalam mood tiada kemajuan kerjaya.
::duta::
Hahah, tulis pakai keyboard pon bleh salah ek, sebab tu orang panggil 'typo error', sebab menaip, kalau tulis tangan harus ejaan itu betul. Jeles tak baca aku telah diwawancara? Hahah.
typo error siap boleh taip 2 abjad kan? kepoNGpong dgn kepoMpong... kegigihan mencari abjad G pulak di kira sebagai typo error kan... hahhaha
jeles...
::duta::
Oo, ko tak pernah lagi tengok keyboard IBM R51 yang huruf G dia duduk sebelah huruf N. (sambil gigih mengopek huruf B nak ganti dengan G) Ah. biar la ejaan itu, kalau tidak, perbincangan ini tiada maknanya lagi.
Catat Ulasan