Macam biasa jurugambar guna kamera tali halus je. Mana-mana gambar sikit kabur tu sebab lubang penutupan cahaya (shutter) lambat sangat la tu.
Memang takde gaya lain dah Pablo ni. Ini jela yang dia tahu. Mula-mula setting sofa dulu. Kemudian sangkut kain lebihan buat baju Sheylda sebagai langsir kat belakang itu sebagai backdrop. Kemudian cahaya matahari kasik tune sikit supaya brightness dia ala-ala suam suam sedap dibuat susu anak. Kemudian amik troli yang dah bersusun kuih raya sebagai tripod. Cubaan self-shoot sepuluh saat sekali amik, Ok.
Acara bersalaman bermaafan pon bermula. Tidak pula kelihatan dialog-dialog yang merapu syahdu meleleh air mata macam selalu dalam siaran drama tv. Aku rasa hari raya kene bergembira. Mana boleh sedih-sedih. Rodriguez sama Pablo sorang-sorang dapat duit raya yang lebat sebab kekurangan saingan terdekat, setakat anak-anak Sergio je. Kasihan adik-adik aku punya anak-anak nanti, dapat sorang seringgit dua je nanti dari Tok & Tok Wan. Hahah.

Gambar ini kalau nak skip pon boleh. Tiada apa-apa ulasan. Setakat gambar kami sekeluarga je. Rodriguez pon menguap nak tengok gambar ini.
Gambar tengah-tengah sahaja yang skema tiang untuk di cetak dan bingkaikan. Gambar-gambar sekelilingnya diambil dalam keadaan semua masih tidak bersedia. Kelihatan Pak yang masih sibuk membalas beribu-ribu sms yang dihantar di pagi raya oleh peminat-peminatnya.
Ini gambar liputan untuk keluarga Sergio. Kesepetan mata Zarginho (watak baru ni) adalah bukan genetik ya. Nasib tidak menyebelahi Zarginho, dia terkena penyakit tidak berjangkit, ketumbit-di-pagi-raya atau singkatannya KETUPAT. Kasihan.
Rodriguez : "Alang-alang kita berbaju Melayu ini, jom bersilat tengok"
Zarginho : "Ah, ada ka silat, Kung Fu Batang Penyapu la"
Pablo tidak mahu mengalah : "Aku ABOOGIT jugak hangpa dorang satgi"
Ini sekitar keadaan tetamu yang datang berkunjung. Agak-agak ada budak MRSM PDRM yang membaca, sila nyatakan kenangan yang tidak dapat dilupakan terhadap cikgu berbaju melayu merah pudar ini. Kalau tak kenal atau tidak ingat, sah-sah korang tidak bernasib baik kerana tidak belajar Geografi dengan beliau. Aku kena jemur tengah panas atas court bola tampar dengan semua budak lelaki Seroja ketika di tingkatan 2 oleh cikgu ini. Syabas.
Ini juga sedikit kandid Pablo dengan balang maruku kegemarannya serta Zarginho yang mesra sangat dengan Rodriguez. Setiap kisah pasti ada akhirnya. Setiap hari raya, memang tak sah kalau anak-anak aku tak tidur terlena di hari raya ketika masih lengkap berpakaian raya. Sekian.

11 ulasan:
Cikgu Shuki Othman kah itu?
hoho... cikgu shuki... last jumpe dia tahun 2007
bai nie bkn cikgu syukri ker?kalo dia ler mmg aku igt..dia ajr geografi smua bdk tanjung membuta..tp bile dia tukor topik bab gusti smbil action ats meja smua bdk tanjung bg tepukan gemuroh..cm tgk gig tue..cume x der slam jer..hahahah..lawak beb...dia ajr kitaorg ms form 2 kot..
choppp... yg misai macam MGR tu, mat due kah?
aduh, yang bestnye sampai ahad lepaspun pablo masih lagi dengan balang maruku nya~
marcia amek sikitpun da melalak~
alahai..
^^cikgu Shuki^^
Yep, itulah orangnya. Gusti tak gusti memang dah itu je penyeri penceritaan tentang peta topologi, mineral-mineral serata dunia serta nama-nama tempat yang entah apa-apa.
^Teacher Mard^
MGR? Jap nak google. Yela tu, Mat Due lah itu.
^afzan^
Balang 'makulu' memang dia tak lepas pegang. Hahah.
ahakz....makulu la cik abah...
adam, MGR tu, hero Tamil, femes for his misai
(later in his life la)
;-)
^Afiq^
Ye, maluku.. Hahah..
^Teacher Mard^
Pernah dengar, tak tau rupa. Haha.
salam,
last sekali aku jumpa cikgu shukri masa kat USM. dia pensyarah situ kan? mat due pasal tak simpan janggut?
waa semua sedondong niee...selamat hari raya...
^ammosham^
Ha'ah, skrang cikgu Shuki adalah pensyarah. tapi kenapa kita masih panggil dia cikgu? Hahah
Catat Ulasan