Babak 1
Marcia, "Apa lagi ye buah yang ok untuk kita buat jamu tetamu, yang sedap makan dengan kuah rojak tu?"
Diego yang tengah khyusuk makan sambil membaca suratkhabar jawab separa sedar, "Lengkuas tak nak?"
.....0.04 saat kemudian baru tersedar, tersalah sebut nama buah-buahan. Tapi buat macam tak ada apa-apa. Kembali mengunyah nasi dan mata masih pada berita Adebayor sah merajuk nak berpindah ke Manchester City.
"Eh abang ni, lengkuas tu kan orang buat masak, bukan lengkuas la, sengkuang la" mata Marcia dikecilkan, tanda geram.
"Ha ah, yelah, sengkuang la, hah tak boleh ke sengkuang? Sedap pe. Masa kecik dulu ada orang jual, potong leper, sapu kuah rojak kat atas dia, tabur kacang tumbuk. Rs 0.25 sepotong" Diego cepat-cepat mengelak, dah salah memang macam tu. Bila difikir balik, memang kepala otak asyik tertukar perkataan sengkuang dengan lengkuas, ada masalah wayar gamaknya.
"Tak nak lah sengkuang, tak sedap" Marcia menolak. Dah tadi dia jugak yang mintak pandangan.
"Camtu cari jela yang biasa-biasa, mangga, jambu dengan nenas". Diego cuba memutus keputusan.
Babak 2
Marcia dah terkocoh-kocoh nak menyiapkan menu berbuka puasa. Ye, walau mereka duduk di Brazil, tanggungjawab berpuasa tetap dilaksanakan. Dosa pahala tidak mengira rupa bentuk geografi mahupon tinggi rendah martabat diri.
Sekali dalam banyak-banyak bahan yang ada, lengkuas tak ada. Hajat di hati nak masak Tom Yam terbantut. Wal hal baru je Marcia berkira-kira nak cipta resepi sendiri masak Tom Yam tanpa perencah segera Tom Yam. Serai dititik dia dah cantas jiran punya petang tadi. Hajat di hati terbantut. Jam dah 6.10 petang menunjukkan kalau siap pon masak Tom Yam resipi sendiri, mungkin dah masuk masa kecederaaan tambahan dah sebelum bilal menitipkan azan.
"Abang, boleh tolong pergi kedai kejap?" Marcia terpaksa meminta tolong.
Diego yang tadinya memang dah siap sedia tahu akan dipanggil untuk ke kedai jawab konon terpaksa, "Hah, nak beli apa?"
"Nak lengkuas, keledek, perencah tom yam dengan ais" Marcia keluar senarai barang harus dibeli.
"Err, tak tahu la lengkuas tu rupa cemana" Diego sengaja mengelak, dalam kepala rasa tahu la sikit-sikit iras-iras lengkuas tu.
"Ala, lengkuas tu macam halia, kalau abang tak tahu, tanya la orang kat kedai tu" Marcia memang sedikit tidak yakin dengan keluasan pengetahuan Diego terhadap rupa bentuk sayur-sayuran ni.
"Tanya tau kalau tak jumpa" Sekali lagi Marcia berpesan sebelum melambai dari anjung rumah.
Perkara ringkas membeli barang-barang kecil runcit sebegini memang Diego dah lazim. Kadang-kadang dalam 5 minit waktu pejabat nak abis, memang Marcia akan telefon memesan itu ini. Kadang-kadang hantar sms. Kalau yang telefon, Diego tulis atas Post-it supaya tak terlupa atau terlepas. Kalau sms, memang sebelah tangan baca senarai dua tiga kali bagi yakin baru beratur membayar.
Sampai di kedai, Pablo dan Rodriguez di tinggalkan sahaja di dalam kereta. Tapi silap besar. Terjerit-jerit dorang dok panggil "Abah!" Abah!" sebab agak lama Diego di kedai barang basah menyebabkan konsentrasi Diego sedikit terganggu. Nak masuk waktu kecederaan tambahan sebelum berbuka macam ini memang kedai sebegini sibuk yang amat. Semua pekerja tak menang tangan orang mintak itu ini. Mujur parking kereta tak bertumbuk je sebab kena berebut dan menunggu.
Diego menuju ke arah bakul-bakul yang seharusnya punyai lengkuas."Halia tua, halia muda, ahaa, yang ini lengkuas" Diego ambil dalam sepotong dua objek keperangan itu, cium bau dia "Hah, betul la ni" getus hatinya dan memasukkannya dalam plastik. Perencah tom yam pon dah jumpa. Diego terjenguk-jenguk cari ubi keledek. Tak jumpa. 2 kali tawaf, tak jumpa. Selesai. Kemudian Diego beli ais dari kedai india muslim, Kedai Bismi's. Lancar sahaja urusan membeli ini.
Sesampai di rumah, Diego letak barang atas dan terus silang kaki atas sofa sambung balik baca suratkhabar.
Bagai halilintar memecah bumi. "Abang!! Ini kunyit hidup! Bukan lengkuas. Kan orang dah kata, kalau tak tahu tanya, ini tak, ikut sangat ego dia tu sampai tak nak tanya orang!" Marcia mula hangin satu badan. Dah la lapar berpuasa. Diuji pula dengan suami yang sangat menjengkelkan.
Diego gumam, dalam hatinya "Ayark! Salah ke, aku betul-betul konfiden dah betul itu lengkuas". Bergegas dia ke dapur untuk melihat berantakan Marcia. Sengih je walau hati tahu salah dia. Ditepis kiri kanan hamburan marah Marcia buat seketika sebelum kembali menjadi suami yang tipikal. Tiap kerja selepas itu, Diego tanya setiap langkah kerja. Memang menjengkelkan.
Berbuka malam itu, Marcia tetap masak Tom Yam dengan penuh kasih sayang dan ketiadaan lengkuas dalam masakan itu tidaklah sangat dirasai. Tapi hatinya tetap panas mengelegak dengan sikap suaminya yang berat bertanya.
Buat Diego, dia menyesal tak Google dulu rupa lengkuas sebelum ini. Kini dia sedar kenapa majalah lawak antarabangsa pon ada kartunis pakai nama Lengkuas. Lucu sebenarnya lengkuas ni.
9 ulasan:
Hahaha pasni jangan silap beli ikan pulak. Nah tips untuk suami yang berat mulut
http://redghost29.blogspot.com/2009/02/apabila-suami-ke-pasar-berseorangan.html
punye le jauh beza 'lengkuas' ngan 'sengkuang'.... hehehe....
(tersedak di buaknye when i read the part where u suggested 'lengkuas')
tapi biase le jarang ada guys yg buleh differentiate lengkuas ngan kunyit hidup and halia....
tapi kalau girls takleh beza 3 bende tu, cakap kat dia... hantaran kene kurang sket la... hehehe
hahahaha..ingatkan terbeli sengkuang tadi..
adehla~
kalau halia tuh boley la dimaafkan..
kunyit idup jauh sgt tuh ngan lengkuas..
haha~
HAHAHAHA... gelak guling2 baca kisah ni. lenkali kurangkan ego tuh. hampeh jerk... kuikuikui
^Semua^
Seronok ye gelak. Sila jadikan panduan dan dorongan ye. Juga buat para isteri atau bakal isteri, maapkan sahaja kekeliruan para suami, mereka memang begitu.
Janganlah hal lengkuas menjadi pencetus peperangan, hal kelakar je tu. Hahah.
Salam...
Juga buat para suami dan bakal suami,ringankanlah mulut bertanya kalau dah tak tahu jangan tak tahu tapi buat macam tahu. Nanti ada yang makan lengkuas buat ulam. Segan bertanya jalan,sesat. Segan bertanya benda,salahlah jawabnya. Hehehe...
Hehehe...
Tu tak masuk kena beli ikan lagi ;)
^Ummi Amani^
Segan bertanya jalan, kita tanya GPS Nuvi. Konfem tak sesat. Huhu.
Segan bertanya benda, kita tengok kat tanda nama. Kena syorkan kat kedai tu suruh letak nama dan harga barang nih. Hahah.
^Saiful^
Untuk ikan memang permintaan pembelian akan ditolak. Beli sendiri, nak usung bawak ke kedai takde mesalah.
Catat Ulasan