Jumaat malam hari itu, rumah aku menerima kunjungan dari Syila, Afzan dan Sport dari KL juga Azwar dan Wan Aizat yang turut menyambut kedatangan mereka. Mereka ini adalah @Lambaian yang bersemangat turun dari KL untuk memeriahkan Majlis Sambutan Raya KLM dan turut mengambil bahagian dalam aktiviti merapatkan silaturrahim hari berikutnya.
Aku memang dah tempah katil double decker king size untuk Syila dan Afzan, tapi kedai Perabot Tan tu lambat hantar. Tak berkesempatan dorang nak merasa. Lusa tu terus aku kensel tempahan sebab lambat hantar. Jadi, hanya toto beralas lantai jela mereka tidur. Rasanya selesa. Juga harap dimaafkan kipas rumah kami yang keras kepala semuanya. Dah tak boleh mengeleng-geleng dah.
Paginya disediakan sarapan menu mudah, teh susu, roti bakar, telur scramble, kuah kacang panggang, kentang goreng dan sosej rebus, tak la sesusah mana nak disediakan.
Sesudah sarapan, terus Ezi pula ambil alih masak memasak. Menu nasi hujan panas, ayam pedas masak merah dan salad serta dilancarkan dengan air oren ais. Yang ini, memang ketua chef sorang je tahu nak buat, jadi diserah sepenuhnya pada Ezi, sambil aku layan Sport dan Azwar di ruang tamu. Sport sebenarnya lebih banyak terbaring dari duduk sebab mengantuk makan ubat. Sambil-sambil layan cerita POCOYO. Teruja je nampak Sport layan cerita itu.
Petangnya bermesyuarat antara @Lambaian dan MT KLM sekarang. Sedikit sebanyak mencari titik persamaan dan pertemuan kot-kot boleh berkerjasama untuk masa hadapan.
Balik dari Dewan Alumni, sebab aku nak singgah JUSCO, aku ada mendapat permintaan yang membuatkan aku berfikir sejenak.
"Kami nak masuk jadi watak tambahan dalam Dramalova boleh tak?" Syila yang tanya. Afzan sokong plak dari sebelah.
Juga bila Afzan sambut, "Memang tak boleh tengok buku tu, teringat-teringat kat mesin timbang kat JUSTUKOR tu".
Aku tak jawab apa-apa, tapi dalam kepala mula terfikir. Kalau betul la aku buat sebuah buku SD penuh 200 muka surat, yang mana gambar-gambarnya dalam cerita itu adalah nyata, tempat-tempat yang dinyatakan itu nyata, cuma diberi nama lain, mungkin satu hari nanti akan ada orang yang membaca buku itu akan menjejak tiap satu lokasi yang diceritakan dalam SD itu sebagai impian mereka. Macam orang pegi NZ dan melihat sekitar lokasi filem LOTR la. Ah, gile. Ini dah jadi buku dokumentari dah nanti. Tapi mana nak cari 200 muka surat itu? Hahah.
Dorang berdua nampak hepi je bila aku belok masuk JUSCO Tmn Universiti. Untuk beli buah-buah untuk menaja satu menu-kuah rojak Colek Aji untuk majlis makan malam Raya KLM malam nanti.
Maljis raya KLM berlangsung seadanya. Tapi sebagai tetamu undangan sejak 2002 untuk majlis sebegini, aku rasa macam sama je perjalanan majlisnya. Pengisiannya berlainan, tapi flow tetap sama. Juga bab-bab protokol yang kadang-kadang susah nak dijangka. Macamana pon, majlis tetap meriah dan ceria. Juga dengan door gift yang menarik ditambah kena pulak hadiah cabutan bertuah. Adala sedikit gambar yang dirakamkan dari kamera sendiri. Banyak gambar blur. Kami balik awal jadi tak sempat nak bergambar bersama-sama @Lambaian yang lain. Kata 30+ orang. Ye ke?
Kesokannya, ada aktiviti riadah/sukaneka pula dengan geng KLM, tapi tak dapat nak turut serta sebab aku nak ke KL pulak tengaharinya. Aqil pulak sakit perut, muntah-muntah dan pening. Jadi lagi tak buat apa-apa hari Ahad itu.
Aku dah gerak ke KL baru geng @Lambaian datang rumah. Kalau tak salah Ikin, Syila, Afzan, Sport, Azwar, Afiq, Anur dan suami yang berkunjung petang itu. Tapi tak la kami bersedia apa-apa untuk kunjungan petang itu. Dengar kata, kue teow kerang menu tengahari kami pon ada jugak peminatnya. Secara langsungnya juga mereka memborong kuah rojak Colek Aji sorang sikit buat buah tangan sorang-sorang. Mekasih ye semua. Kalau mahu lagi kuah rojak itu, jangan malu nak sms bertanya.
Begitulah. Mekasih buat yang sudi datang ke rumah hari minggu lalu. Apa-apa kekurangan dari pihak tuan rumah harap dimaafkan. Cerita-cerita dari Syila, Afzan dan Anur juga ada tersedia dalam blog masing-masing.
Mekasih juga buat Azwar yang terpaksa datang rumah sekali lagi untuk membawa Aqil ke klinik.
Notakaki amANI: Ah, malam Ahad itu Arsenal menang 6-2, tapi sebab rumah Ahmad S takde siaran bola, dapat tengok highlight je. Apa cerita team besar boleh seri ni? Hahah.
8 ulasan:
Memang best pegi umah amANI, xyah segan wat je mcm umah sendiri hehe...
walaupun beralas toto & kipas tegak xleh geleng2 kitorang tetap bangkit lambat itu tandanya selesa sekali :)
selalu sgt dengo pasal colek aji.. ada jual online eh? susah ni klu ngidam jejauh mcm ni..hmmmmmmmm
+siaran bola+
maaf tiada astro sukan. ahmad s lebih gemar sukan permotoran astro turbo.hehehe
^Syila^
Hehe, lain kali nak besembang lama, datang la awal. Hahah.
^Dee^
Ada dijual kat kedai E-Amani, tapi bab nak menghantar ke Doha, kalau delivery bleh tanggung kitorang ok je.
^redghost^
Hahah, takpe aku ingatkan tak potong pon cenel sukan tuh.
alah.. bestnyer.. huhu.. kene tunggu raya lagi ke baru dapat merasa mcm dalam cerita ni.. hohoho..
^Ayen^
Mungkin kena cuba lagi tahun hadapan la gamaknya.
mmg teringat sungguh kat penimbang justukor yang menjadi 'game' menarik tapi murah tuk kedua si cilik..
ahah~
^Afzan^
Hehe, itu mainan yang suatu ketika nanti akan menjadi permainan tradisional. Hahah.
Catat Ulasan