Advertlets

Rabu, April 01, 2009

Susulan Berada di KL - 21 Mac 2009

~Majlis Nikah Redghost

Disebabkan bertolak agak lewat dari perancangan asal. Kami hanya tiba di Kampung Nahkoda jam 1 tengahari. Kat masjid dah lengang. Bila cuba menghubungi Red, abang dia yang garang yang angkat, kata Red tengah syok bergambar, tolong jangan ganggu. Hahah, tak la, dia suruh telefon nanti semula. Aku buntu. Kang aku telefon lagi mesti dia marah pulak. Aku rujuk semula sms dari Red. Mujur dia sms, kalau letak kat blog, jenuh aku nak cari kedai kopi berinternet.

Aku bukak satu demi satu sms Red, mula-mula yang dia bagi koordinat utara selatan, berapa minit berapa saat. Dia ingat aku ada kompas agaknya. Mana la aku nak ada GPS yang canggih itu. Hahah. Aku bukak pula sms sebelum itu, dia ada bagitau, Kampung Nahkoda Kanan, tapi tiada nombor rumah atau nama jalan. Mujur. Masjid terletak di Kg Nahkoda Tengah, sebelum masuk tadi dah jumpa Kg Nahkoda Kiri. Maka aku pusing dan membuat beberapa pusingan U. Motif? Mencari kereta Redghost, kaler hijau cair, plat W, jenama N, konfem orang kampung Nahkoda Kanan tak pakai kereta camni, mahupun meletak kereta camni tepi jalan. Hahah. Segala jalan aku telusuri, jumpa. Ada berderet-deret kereta di tepi jalan. Tapi tak tahu rumah mana satu. Ada rumah yang ada kanopi putih, aku jenguk, macam tak de pape. Tunggu lagi dalam kereta. Ada 2 Makcik berpakaian macam nak pegi kenduri, baru parking kereta sebelah aku, jalan berlenggang dan masuk sebuah rumah, nampak ada orang tengah makan-makan diluar. Mungkin itu la rumahnya. Aku keluar. Menuju rumah itu, bila tengok ramai yang tengah makan tu, rasa macam ada rupa ahli keluarganya. Aku terus ke pintu rumah, jenguk ke ruang tamu, memang Redghost tengah syok ambik gambar berpasangan. Aku lambai, keluar semula ke kereta. Anak-anak masih tido. Setelah mempertimbangkan, tak jadi nak turun semua. Aku pergi semula untuk bertegur sapa dan ambik gambar sepotong dua. Cukup la aku rasa.

Kembali ke rumah majlis. Aku bukak suis kamera. Lens tak keluar. Hampa. Kamera kata kat aku, please change or charge the battery. Aku tunggu. Nampak macam dah takde orang nak bergambar, aku pegi jumpa dan salam, ucap tahniah. Nampak berseri je muka, macam baru lepas menikah, (dah, memang pon). Dia kenalkan Nurul, aku angguk dan senyum. Aku mintak diri, tak dapat nak berlama, sebab majlis macam dah nak selesai dah pun. Kalau awal tadi tak pe jugak. Aku ambik jugak sepotong gambar guna henpon yang tiada spesifikasi megapixel. Kemudian berlalu dan meneruskan perjalanan.


~Majlis Kenduri Nieda & Feros

Kalau tadi tanpa peta atau memori, kali ini aku berpandukan peta dari kad kahwin Nieda. Untuk ke Damansara tidaklah jauh, terus sahaja ke MRR2 arah Kepong. Katanya Sri Damansara. Tapi tanpa nombor dibelakangnya. Peta pula tidak dapat ditafsirkan. Panduan dari stesen minyak juga gagal, kerana tidak tahu atau kenal titik rujukan atau bangunan yang diberi. Walaupun dewan itu bernama, tapi tiada siapa yang tahu. Usaha mencari di kawasan SD1-SD5 gagal. Hampa. Keluar semula ke jalan utama, setelah beberapa kali membuat pusingan U. Kali ini menuju SD6-SD20. Di satu simpang lampu isyarat, ternampak papan tanda kecil saiz kertas A4, berikat rambu berkilat, tertulis Nieda & Feros, arah anak panah ke kiri. Mujur. Segala titik rujukan baru bermakna di dalam kad. Tapi, tetap tidak menjumpai dewan yang harus dituju. Sampai ke hujung jalan, rupanya jalan ini satu bulatan, tetapi di dalam kad adalah jalan lurus tanpa pangkal dan penghujung. Patut la. Sekali lagi melintasi. Kali ini, turun dari kereta dan betul-betul membaca papan tanda kecil, memang patut betul arah anak panah itu. Kali ini menyusuri jalan tadi dengan lebih perlahan. Rupanya memang ada dewan itu, tetapi di bawah lereng, belakang rumah TNB. Wal hal, di kad, gambar dewan adalah bersebelahan sisi dengan rumah TNB. Patut la. Aku rasa sangat tidak puas hati sungguh dengan pereka grafik kad ini.

Dalam majlis, kami sampai betul-betul sebelum rombongan lelaki sampai. Sempat bertegur dengan Nieda yang tengah menunggu rombongan. Nieda pun nampak berisi sedikit dari sebelum ini. Masuk ke dalam, makan. Lauk pauk kenduri agak sedap. Anak-anak tidak semangat nak makan, mungkin sebab baru bangun tido. Kebetulan, selepas rombongan lelaki masuk, ada pula satu keluarga yang masuk dan duduk di meja bulat sebelah kami, brader ni juga datang kenduri sama. Juga dengan henpon dari kamera tanpa megapixel.


Selepas makan, rasa tak perlu tunggu lama, kamera pon tiada. Maka kami berangkat pulang, ke destinasi seterusnya. Bandar Utama.

~Bandar Utama

Sebab perjalanan dirancang menggunakan konsep gerak dan singgah, Bandar Utama dengan Damansara tidaklah jauh mana. Naik jalan itu, turun jalan ini, sampai. Tapi aku tercampur aduk, Mutiara Damansara dengan Bandar Utama. Jadi pusing dahulu Mutiara Damansara baru ke Bandar Utama, lagi 2 kali pusingan U. Sampai. Kali ini, untuk meletakkan kenderaan agak sukar. Pintu utama di tutup, pintu sisi pun tutup, aku termasuk lorong mengambil dan menurunkan penumpang. Masa nak keluar, dengan kelajuan yang amat perlahan, aku membelok ke kanan. Tapi, agak malang, badan kereta tersangkut dengan tiang besi pengikat rantai penghalang kenderaan meletak kereta di bahu jalan. Aku ingat cuma tercalar dan mungkin tiang punyai skru timbul, sangkut dengan tayar belakang, sebab tak boleh nak undur, aku tekan minyak, gerak ke hadapan. Bunyi 'kruk' 'krak' 'krak'. Aku turun, aku tengok, aku hampa. Ezi hangin dan terus fedap, ajak terus balik JB. Aku teruskan ke arah tempat meletak kenderaan. Pusing sampai atas, jumpa dan parking. Turun sekali lagi untuk membelek, memang agak kecewa. Aku betulkan ikatan skru bumper belakang, kemudian ke arah eskalator dengan barang yang ingin dipulangkan.


Anak-anak seronok dan asyik di bahagian mainan JUSCO. Kami tunggu Duta. Dia sampai dan dah habis kerja, walaupun plan awal nak jumpa jam 3. Kami turun mencari kedai makan. Duta ingin membelanja Aqil & Ammar. Setelah banyak soal jawab dan pertimbangan, ke kedai ayam goreng. Kali ini, Duta mendapat pengajaran berguna buat persediaan. Bagaimana ingin makan di kedai bersama 2 kanak-kanak riang yang tengah buat perangai nak tengok keretapi. Sesi makan ditamatkan dengan pantas bila mana pinggan ditepis jatuh oleh Ammar ketika Duta ingin menyambut Ammar yang ingin turun dari kerusi. Semua orang pandang. Ada gelak-gelak kecil di belakang. Aku rasa adrenalin Duta naik melonjak, jadi kami terus menamatkan sesi makan. Aku dah biasa, tapi bagi Duta yang berstatus dan masih single, ini mungkin agak malu bagi dirinya. Sori ye. Begitulah bila dah berkeluarga nanti. Jurus tak jurus, itu tetap perangai kanak-kanak.

~Shah Alam

Aku sms dengan Qis, bagitau dah dalam perjalanan. Dia nak ajak anak-anak buahnya tengok kura-kura di tasik Shah Alam. Sampai dah menghampiri jam 6. Ezi dan anak-anak naik untuk mandi dan menukar pakaian. Aku ke surau. Solat. Qis mintak belanja cendol Pak Akob. Kami setuju, dia tunjuk jalan. Sekali lagi hampa, cendol Pak Akob tinggal van sahaja. Semua barang telah dikemas. Kami ke tasik.

Anak-anak berlari riang di tepi tasik. Menjerit teruja berjumpa kura-kura dan ikan. Jenuh memanjat di taman permainan. Dah dekat nak jam 7. Kami gerak ke tempat makan. Gerai sementara. Makan ais kacang.

Lepas hantar Qis balik, jersi Arsenal dah dalam kereta. Naik lebuhraya. Aqil teriak bila dia rasa macam perjalanan itu tak pergi balik ke rumah Mak Su. Aku pujuk, lain kali kita jumpa Mak Su lagi. Singgah juga di Seremban beli roti. Kemudian memandu tanpa henti ke Skudai.

Rumusan:
1. Semua objektif berjaya dilaksanakan.
2. Tapi, setiap objektif mempunyai rasa hampa tersendiri. Aku agak, ini ada kaitan dengan surat berantai yang orang letak kat frenster bahagian buletin, aku baca tapi aku tak forward kepada sesiapa. Aku rasa nak forward la nanti.
3. Agak-agak berapa ek sepintu macam tu kalau ketuk balik? Memang hampa.

11 ulasan:

sheyda berkata...

aku agak kecewa la tgk keter hang..ape kata beli beli keter baru??nak tak? zaman ekonomi merudum, syarikat kereta gergasi amarika syerikat menjual dgn penuh gaya pada harga terendah.hahaha..walopon menyokong industri negara terutama jenama P, rabak sedemikian hanya layak dipandang jika kos membaik pulih lebih tinggi dari harga sepotong pintu baru..

Adam Ruslan berkata...

::Sheyda::

hahah, nak, hang beli Humvee sebijik bawak balik, hang kan ada AP. Terus konvert bubuh NGV. Jimat la sket.Dengar kata syarikat jual Hummer ni dah nak kene scaledown.

aku tak tanya kedai lagi. tapi dulu rega pintu ratusan jugak. tak ingat nombornya.

Juan Nazlan berkata...

takziah di atas kecerderaan yg menimpa keta G2 hang.. teruk gak tu.. dugaan2..

Adam Ruslan berkata...

::Juan::

mekasih, Ezi ugut, nak amik pisau,cucuk dan toreh bagi lagi banyak. dia geram. hahah.

mujur tak ugut nak tikam aku je.

Juan Nazlan berkata...

hang ugut plak ezi.. ckp nak beli evo! hehehehe..

Adam Ruslan berkata...

::Juan::
Tak yah ugut, dia dah ugut dulu suh tukar van.

Helmie Hleb berkata...

uish truk tue keta kau bai..cm leh tanggal jer bah. bwh pintu tue..kopak lg pkoet cmnie..yg dl lps blk us dh claim insurance, nie nk claim kt saper lak nie?

Tanpa Nama berkata...

Uish... Teruk jugak kereta tu. Hmmm... Ujian dan cabaran. Mana lebih jimat, repair dan cat atau beli spare part kat kedai kereta potong dan cat?

Hmmm... rasa makan ribu jugak ni...

Adam Ruslan berkata...

::rage+saiful::

pintu itu masih mengekalkan fungsi sebagai pintu. Tiada cacat cela, kecuali kosmetik semata-mata.

ribu? harap2 tak la kot. ganti pintu seken kaler biru air laut pon ok kot. hahah.

d u t a berkata...

+gores+hilang+
konsep ni kasihan... semangat teman baikku harus diberikan ucapan terima kasih! hati2 memandu di kuala lumpur... kami bukan warga JB ya!

Adam Ruslan berkata...

::duta::

Betul, kat JUSCO di JB takdenya nak bubuh tiang besi tertanam kekal bercuping sebagai larangan meletak kenderaan di bahu jalan. Letak tiang besi atau kon plastik mudah alih sudah. Ah. KL. Dasar mahu duit lebih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...