Advertlets

Rabu, April 15, 2009

Semalam hari penting

Semalam adalah hari penting. Hari ulang tahun aku tandatangan surat menerima jawatan. Aku ingat lagi terketar-ketar sebab ada syarat-syarat yang buat aku risau aku tak boleh penuhi.

Banyak yang aku dah harung. Nama jawatan dah sekali tukar. Rakan-rakan sekerja (lain-lain jawatan) dah berbelas-belas silih berganti. Dari syarikat yang ada hanya 1 pekerja (aku la tuh), sekarang dah jadi 6 pekerja.

Dari pejabat yang hanya ada 1 komputer meja dan mesin faks bertelefon, kepada pejabat yang dah ada makmal sendiri dan sistem komputer dengan jaringan tempatan. Mesin faks dah boleh buat cetak dan imbas.

Dari hanya 2 syarikat, dah jadi 3 syarikat.

Dari seorang graduan menggangur yang hanya ada ijazah, aku dah dapat iktiraf specialist dengan sijil-sijil yang menilai kemampuan dan pengetahuan dalam bidang ini.

Dari aku seorang yang bujang dan bergetah, aku bertunang, menikah, dapat anak pertama, dapat anak kedua, masih dengan kerjaya yang sama.

Mula-mula kerja, aku pinjam van mak sebagai alat pengangkutan. Sekarang aku punya kereta berkuasa sederhana sendiri (tapi dah kemek dan robek sana sini).

Aku merasa ke Amerika untuk seminggu dua dengan kerjaya yang ini.

Aku dah bermustautin lebih lama di sini dari tempat-tempat lain kerana kerjaya ini.

Maka, soalan kuiz tambahan:

1. Berapa tahunkah aku sudah berada di bidang ini?

2. Adakah aku akan beralih arah ke jurusan lain, pembacaan berita contohnya?

3. Adakah tangga gaji penentu kerjaya?

Cukup la 3 soalan kot. Panjang-panjang pon bukan ada orang nak jawab.
Sekadar gambar hiasan


5 ulasan:

d u t a berkata...

+hahahah+
buat kuiz lak tuh... kalah soalan TESL. dah la karangan panjang berjela.

k... nak jawab dulu leh tak. tanpe fikir panjang. jap ek!

1. Berapa tahunkah aku sudah berada di bidang ini?
JAWAPAN : erm... dalam 5 tahun kot. ermmm tua-nya..

2. Adakah aku akan beralih arah ke jurusan lain, pembacaan berita contohnya?
JAWAPAN : ya... pembuatan kuah rojak misalnya! hambekkk

3. Adakah tangga gaji penentu kerjaya?
JAWAPAN BAGI PIHAK mr.red: ye laa... baru boleh riak ebli iphone... ajak kawan2 datang rumah tgk perabot ikea, tv plasma, mug ikea dan makan donut mahal...
JAWAPAN duta:YA juga. tahap gaji memberikan kepada nilai pencapaian seseorang. tak kira halal ataupun tidak. Misalnya... dalam berita;

... perompak BERJAYA melarikan barang kemas serta wang sejumlah 1 perpuluhan 3 juta ringgit....

BERJAYA = MENCAPAI SESUATU KEHENDAK/KEINGINAN.

k... itu ulasannya. jadi nak byk lagi... ke?

Adam Ruslan berkata...

::duta::

i. 5 tahun keje kira dah tua ke? sori, salah la jawapan pertama. cuba lagi. kali ini pikir panjang sikit ye. cuba imbas-imbas lagi. dengan kata kuncinya, van. guna jari-jemari sedia ada buat mengira.

ii. Hahah, itu perusahaan keluarga, mahu tolong merekabentuk jenama, gambar kulit perlekat dan botol? sila bagi portfolio anda.

iii. Itu la, tangga gaji itu jadi kayu ukur pencapaian utama, padahal banyak lagi ukuran lain yang boleh dipakai. Bagi aku, tangga gaji hanya untuk survivaliti. perompak merompak pon sebab survivaliti.

sekian, ulasan kuiz hari ini.

Tanpa Nama berkata...

Soalan 1

6 tahun

Soalan 2

Penulis Skrip

Soalan 3

Tidak

Memandangkan tiada hadiah, saya jawab ringkas sahaja. Hehehe...

Adam Ruslan berkata...

::saiful::

Mekasih kerana tulus ikhlas menjawab walau tanpa sebarang janji hadiah. Hehe.

Ada sapa lagi nak menjawab? Sebelum jawapan sebenar diberikan. (soalan no 1 je punya jawapan fakta, soalan 2 & 3 adalah subjektif dan terpulang pada empunya diri).

Adam Ruslan berkata...

Kita tutup kuiz ini dengan tasbih kifarah dan surah al-As.

Jawapan No 1: 6 tahun. Tahniah buat Ustaz.

Jawapan No 2: Usaha industri SME untuk membuat kuah rojak memang akan diteruskan. Tapi sebagai penulis skrip, mungkin lebih kepada penulis blog syok sendiri jelah. Kot terjumpa penerbit ala guerilla, boleh buat blook. Hahah.

Jawapan No 3: Zaman sekarang perlu wang, tapi wang bukan segalanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...