Advertlets

Rabu, April 29, 2009

Review kisah Ahmad S

Pernah tengok iklan wayang kat surat khabar?

Yang dia ada letak sedikit ulasan pendek, kadang-kadang review dari majalah atau akhbar. Contohnya:

"Filem aksi terhebat 2009" Majalah Lelaki.

"Memuaskan, gelihati, rancak..." Akhbar Perdana.

"Kami beri 5 bintang untuk filem ini..." Majalah Ternama.

Jadi, aku ingin membuka peluang buat korang semua. Menjadi juri sendiri dan membuat review kisah Ahmad S di blog ini. Sebab ikut undi, dah 4 orang undi kisah ini sebagai kisah yang dia suka. Juga sebagai ihsan dan sokongan supaya aku lebih rajin menyiapkan kisah Kemuncak Ahmad S. Aku memang suka puji-pujian ni.

Aku berani jamin, kisah kali ini adalah edisi BUMPER. Edisi tebal macam buku telefon. Aku baru karang separuh. Mengikut format font 12, Times New Roman, Double Spacing, kertas saiz A4, kisah kali ini sudah 10 muka surat!!. Itu baru separuh. Cuba bayangkan kalau korang berada di pejabat, di dewan kuliah dan di ruang menunggu restoran segera, tentu terisi masa kamu dengan membaca karya panjang berjela edisi kemuncak kisah Ahmad S ini. Produktivi kerja memang akan terjejas. Tapi kamu akan puas.

Jadi, apa lagi, hamburkan review kamu di sini dan mungkin aku akan mematerikan review kamu di panel kanan nanti. Hanya review ikhlas dan tidak plastik akan diterima. Aku tunggu sampai esok, Khamis, 630 petang. Kalau cukup memuaskan hati aku. Aku rasa seronok. Aku terbitkan kisah terulung, edisi kemuncak cerita pengembaraan Ahmad S dan aku ke Kuala Lumpur. Edisi menjejak universiti tempatan dan Tugu Negara.

Jangan tunggu lagi, kalau bukan korang, sapa lagi punca untuk aku mendapat pujian secara percuma. Panjang mana aku tak kisah. Janji ikhlas. Hahah, bukan aku sorang yang bahagia. Ahmad S dan keluarganya juga bahagia.

Kemaskini:

Kot-kot lupa kisah ini. Boleh layan di panel kanan, ada kompilasi kisah bersiri Ahmad S. Mana-mana kisah yang ada kaitan dengan Ahmad S akan terpampar di situ. Tak yah jenuh-jenuh belek satu persatu.

6 ulasan:

a z m i r berkata...

Aku suka je kisah ni tapi bab nak create menatang mcm tagline tu yang payah tu. Macam bintang AF pulak. ececehh..

Adam Ruslan berkata...

::azmir::

Mekasih!! Itu pon memadai.

Takpe, aku edit jadi begini.

"Aku suka je kisah ni..." : http://azmirism.blogspot.com/

Ya, semua jenis review aku alu-alukan. Sapa tau, review anda terpampang kekal di panel kanan kan?

Sheyda berkata...

hm, aku komen la adam..kesian kang nmpak cam syok seniri lak kan.hahaha

"Walopon aku tak kenal Ahmad S, tapi jauh di mata dekat dihati..Buat Amani, gaya penceritaan bersahaja membuatkan diri terasa dekat ngn abgku sorng nih" (konon2 rindula nih..haha)

Nak komen sinetron dramalova leh tak?

"Jalan cerita menarik,kalo buat drama pendek leh layan la..tapi cam ku kenal je Diego ngn Marcia nih.."

Adam Ruslan berkata...

::sheyda::

Hahah, memang kene syok sendiri je pon kalau nak tulis blog. Kalau aku malu. Aku tulis diari bukan tulis blog. Hahah.

Untuk review hang, aku terima keseluruhannya.

Woit. Sinetron pon dah review? Itu advance. Hahah.

Ini memang kisah untuk Shamsul bin Yusuf Haslam bila dia dah tua nanti. Aku kasik dia je terbitkan. Konfem beratus-ratus siri boleh keluar.

Untuk makluman, aku memang suka tulis dairi sejak sekolah menengah. Jadi aku terbiasa menulis sebenarnya. Cuma blog ada elemen imiginari.

shooter berkata...

hihihi...... :)

Adam Ruslan berkata...

::redghost::

hihihih je?

Ceh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...