Advertlets

Khamis, April 23, 2009

Kuiz Tinjau Tinja

Pernah tengok blog yang ada banyak gambar makanan? Nampak cantik dan menyelerakan?. Blog ini bukan seperti blog-blog demikian. Blog ini memberi dimensi baru buat blog arus utama yang lain.

Pernah baca komik GTO? Sewaktu encik Onizuka membawa tinja di dalam kotak kertas. Buat guru wanita Pendidikan Jasmani membuat analisis. Kotak itu grafik luarannya adalah alat permainan orang dewasa.

Pernah baca Doremon & Slamdunk? Juga ada kisah analisis tinja. Setiap pelajar perlu membawa tinja ke kelas dan dianalisis. Pelajar yang mempunyai tinja yang baik mendapat markah yang lebih tinggi.

Mengikut semua buku tersebut, aku menyimpulkan, masyarakat Jepun sangat mengambil berat isu tinja.

Masyarakat kita? Aku tak rasa sesiapa pon terlebih prihatin tentang tinja mereka.

Aku prihatin. Terutama setelah mempunyai anak sendiri. Tinja mereka perlu dihadapi tiap-tiap hari. Sejak mereka dilahirkan. Sehinggalah tiba masa mereka boleh berdikari sendiri nanti.

Ada kawan aku yang lelaki, sudah punyai anak meningkat umur. Tetapi, tidak sanggup untuk menguruskan tinja anaknya. Mungkin kegelian. Entah. Simptom ini juga sama buat para suami dari negeri Kelantan (bukan aku yang cakap, tapi isteri aku yang cakap, tetapi tak semua la). Kepada bakal-bakal bapa, bersedialah. Tinja anak-anak sangat menarik. Percayalah.

Jadi, kuiz hari ini adalah mengenai tinja. Adakah anda punyai tinja yang sihat. Aku kecilkan gambarnya buat ianya kelihatan lebih tertarik untuk anda ikuti.

Sudah bersedia? Anda perlu perkara berikut sekarang :

1. Pen / pensil
2. Kertas
3. Kalkulator
(Anda tidak perlu 3 barang di atas jika anda cekap mencongak atau punyai perhatian yang tidak mudah terpesong)
4. Jauhkan dari makanan dan minuman atau habiskannya sekarang sebelum kuiz bermula.

Bermula sekarang. Ketip gambar dibawah dan jawab dengan ikhlas.

Maaf, aku tidak perlu tahu jawapan kamu. Sebab aku tak ingin membayangkannya. Tapi aku mungkin tahu siapa yang ikhlas menjawabnya.


Notakaki amANI: Kuiz kali ini sendiri adalah hadiah paling berguna buat para pembaca. Bukan dalam bentuk fizikal, tetapi ilmu yang berguna. Hehe. Semua jawapan adalah betul dan tiada sesiapa yang kalah atau salah di dalam kuiz kali ini.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah buat dah tapi tak boleh habaq marakh yang diperolehi. Hmmm...

Memang berguna kuiz kali ni...

p/s: Saya dah tukaq domain - www.saifulazrul.net (pinta tolong update pautan)

Adam Ruslan berkata...

::saiful::

Terima kasih kerana menjawab. hehe. Buat panduan untuk anak-anak juga.

Link sudah diperbaiki.

shooter berkata...

tinja....
dalam erti kata bidang kejuruteraan awam = S.S (Suspended solid)... kalau cair....errrrr........?????

shooter berkata...

yes....yes...aku sehat.... ape hadiahnyer????kalau nak offer tinja tak payah la ye

Tanpa Nama berkata...

Amani,

link yang dikemaskini tu, ke site yang kurang tepat.

Untuk lebih tepat

http://www.saifulazrul.net/v2

Maaf atas sebarang kesulitan :)

Adam Ruslan berkata...

::redghost::

hahah, meletak komen dahulu dan kemudian menjawab semula menunjukkan jawapan mungkin sedikit tidak ikhlas. hahah.

suspended solid ek? berselera ye jurutera awam belajar teknologi kumbahan.

rata-rata adalah 3-4 pembaca sudah menjawab kuiz ini.

ziraniza berkata...

saya pon dh jawab... *sambil angkat tgn,,,* hehe

Adam Ruslan berkata...

::ziraniza::

Rajin dia menjawab kuiz ek. Tak sia-sia buat.

Mekasih juga sebab menjadi pengkomen tetap selepas menjadi pembaca senyap.

Kot-kot pembaca senyap yang lain teruja dengan ziraniza dan bertukar menjadi pengkomen pulak kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...