Advertlets

Selasa, April 21, 2009

Sinetron Dramalova part X

Babak 1

Marcia : "Abang, hari ni abang masak. Ayang nak kemas barang-barang stor nih, Abang bukan nak tolong. Kalau lapar nak makan nasi, Abang masak." Eh, eh, panjang pulak dialog kali ini.

Diego : "Lah, mana reti nak masak, ada lauk apa?" Diego cuba mengelak.

Marcia : "Ada tu, ayam dalam peti, sayur pon ada, buat la apa yang abang nak makan"

Diego dalam hati (hemm, kalau aku betah karang, kecik hati, kalau aku tak buat, aku lapar, dah tu, memang aku tak tolong pon kemas stor itu, buat aje lah)

Dengan penuh serius dan tanpa usul periksa lagi, Diego sudah menyukat beras. Basuh ulang 3 kali. Lama gila. Marcia dah jeling-jeling.

Diego : "Ni air nak banyak mana? Sukat pakai jari boleh?"

Marcia : "Berapa pot abang buat?"

Diego : "2 pot setengah"

Marcia : "Bubuh air 2 setengah cawan jugak. Eh, cawan la, itu gelas" sempat lagi Marcia tegur sebab Diego baru je nak capai gelas percuma hadiah ihsan dari seorang gadis kaunter di JUSTUKOR bila Diego membeli belah dahulu. Sempat pula Diego memikirkan gadis kaunter itu. Ah.

Nasi sudah di atas api. Diego tunggu pulak ayam betul-betul tor. Ada lagi keras-keras ais. Diego ambik kobis. Buat sayur kobis ajelah. Siap potong kobis. Diego dah bersedia nak gaul ayam buat goreng.

Marcia : "Betul ke Abang letak dua pot setengah beras? Macam terlebih je?"

Diego : "Betul la, 2 pot setengah, dah ukur guna angkup vernier lagi"

Marcia tambah lagi air dalam nasi, baru la nasi menjadi nasi.

Masalah pertama, apa kemendenya nak bubuh untuk menjadikan ayam goreng yang sedap ni? Nak tanya Marcia, mahu dia geram lagi, asal nak masak je tanya itu ini. Mau tak jadi masak hari ini.

Diego tiada pilihan. Membaca jambatan ilmu. Diego pantas menyelinap masuk bilik bacaan. Duduk bertinggung bukak buku resepi. Cari resepi ayam goreng. Macam-macam buku ada, Masakan Kegemaran Malaysia, Masakan Gerai, 1001 Resepi, Resepi Kuih-Muih. Diego rasa nak pelempang semua penulis buku resepi. Sebab takde satu pon buat resepi ayam goreng. Hei, menda asas begini sepatutnya berada di dalam buku resepi. Bukan resepi karut marut. Diego rujuk juga resepi ayam goreng masak merah. Mujur sedikit sebanyak membantu.

Diego bingkas bangun dan menyiapkan gaulan ayam. Segala menda yang wajar di letak, Diego letak. Apa yang Diego letak? Ah, malas nak bagi tau, rahsia. Nanti Diego nak tulis buku resepi Rahsia Rumahtangga Diego. Ayam goreng sedap enak mata memandang siap sedia di atas meja.

Masalah kedua, selalu-selalu orang goreng sayur kobis macamana ek? Mula-mula letak minyak, lepas tu? Ah, Diego sekali lagi gusar. Pantas melarikan diri masuk semula bilik bacaan. Bertinggung sekali lagi baca buku resepi. Kali ini mencari resepi sayur goreng kobis. Sekali lagi Diego rasa nak pelempang penulis buku resepi. Apa ke jadahnya menulis resepi putu mayam, roti jala dan kuih talam? Masakan asas kehidupan dan kelangsungan hidup yang perlu diberi perhatian dan ditulis sebenarnya. Diego cari lagi, jumpa sayur campur goreng ala kantonis. Bolehlah sipi-sipi digunakan buat asas. Diego keluar cepat-cepat. Marcia tidak perasan apa yang terjadi, kalau dia tahu, mahu sepanjang tahun jadi bahan asas percakapan rumahtangga. Jangan bagitahu Marcia ya.

Sekali lagi Diego dengan yakin menggoreng kobis. Harap-harap menjadi seperti dalam buku. Atau ada iras-iras masakan kat kedai. Berpandukan sedikit ingatan dan pengetahuan ketika melihat Marcia memasak sambil bergosip cerita artis Norman Hakim dan Memey dahulu, Diego letak apa yang ada. Siap.

Diego : "Eh, jemputlah makan, Abang tak lalu sangat nak makan kalau Abang masak"

Selalu jugak Diego dengar ayat ini. Tapi tak pernahnya tak lalu makan. Habis jugak.

Babak 2

Marcia : "Boleh pon masak, saje je kata reti"

Diego : "Eh, memang tak reti la. Ni pon sebab terpaksa je buat ni"

Tengahari itu, lauk ayam goreng dan sayur kobis berperisa tiram. Cicah budu. Nasi panas-panas. Eh, popular ke budu kat bandar Rio de Janeirio ek?

Mereka makan berselera. Lauk licin. Selesai. Bukan sebab lauk sedap sangat. Tapi lapar.


Notakaki amANI: Ini kisah ke-100 di dalam blog ini. Kalau kumpul-kumpul, dah boleh buat buku teks. Tebal harus dah macam buku panduan telefon. Agak-agak ada tak orang nak terbitkan buku kulit sederhana keras Sinetron Dramalova nih? Ini adalah kisah ke-10 Sinetron Dramalova. Maaf, tiada kuiz buat siaran kali ini.

9 ulasan:

ziraniza berkata...

yeay! kisah y d nanti ;D suke tgk citer2 sepanyol ni...
wah hebatlah diego...bravo2 hehe
hah, lps ni kuiz kn ade hadiah hehe

fiziskandarz berkata...

hey hey adam.. aku tatau hang ada blog :P haha lawak gila diego.. kat spain pun ada recipe masakan malaysia kaa [ adeh tegelak ]

amANI berkata...

::ziraniza::

hahah, ni pon minat? ok. sikit-sikit je tau.

Ops, ini kisah dari Brazil, jauh seberang laut sikit dari Spanyol. Heheh.

::Fizikandar::

Hey, how ignorant you are sebab tak tau aku ada blog. Hahah, tak la, takde promosi pon.

Juga, di Brazil ini ada kisah yang paralel dengan Malaysia. Huhu.

saifulazrul berkata...

Brazil ka venezuela?

Venezuela kot...

amANI berkata...

::saiful::

Secara definisi;

Sinetron = Nusantara.

Dramalova = Amerika Selatan.

Tapi kisah ini amik negara Brazil sebagai geografi dan kisahnya di dalamnya bertema nusantara.

redghost berkata...

mula-mula aku tak faham...setelah wife aku cerita balik barulah aku tau siapakan 'diego' dan siapakah 'marcia'

hahahaha............. mari membuku teks kan cerita ini untuk murid2 tahun 4. pelajaran ' asas rumahtangga di Brasil'

amANI berkata...

::redghost::

ini sudah siri ke-10. dan baru hari ini ko paham. dan hanya setelah wife ko tolong pahamkan. maka dengan itu, agak-agak kalau ko lambat lagi kawen, maka Diego dan Marcia masih menjadi misteri? Jadi, aku berjaya. Hahah.

ehh, Nurul kenal Diego? Aku pon nak kenal jugak la Diego camtu, boleh? hahah.

ziraniza berkata...

opsss salah negara... y fizah ckp tu diego laen hahahaha *kaver2*
sy peminat citer diego & marcia...
citer ahmad s nombor dua hehe

amANI berkata...

::fizah::

opps, ziraniza. Haha. takpe2, dah terkeliru sikit dah dengan ayat2 kaver tu. Haha.

Err, kalau minat dua-dua siri pon tak perlu lagi bagi saguhati kan? Hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...