Advertlets

Jumaat, April 10, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang VII

Sesi bergambar konsep mata tertutup.





Ini sebenarnya adalah sebahagian dari koleksi Aqil yang kadang-kadang penat dan tertidur secara tak sengaja. Terjadi secara sukarela, tanpa apa-apa paksaan. Bukan kamera trick ye.

Nampak penyayang tak gambar dibawah. Hahah. Sekarang la. Kalau tanya masa hari kejadian, memang nak kene pelempang. Sebab dulu Aqil payah tido malam, asal nak tido dia teriak. Kuat dan tak berhenti. Huhu. Ini adalah nikmat hidup berumah tangga. Sambil tido, sambil kendong budak. Jadi, bagi yang sedang berusaha, sedang mencari, sedang bertawakkal tentang pasangan hidup, semoga berjaya. Anda akan mengalaminya.



Dan sekarang, hari ini dan hampir sebulan yang lepas, Ammar pula yang payah nak tido. Sebab dia asyik merengek gatal. Kejap kat tangan, kejap kat kaki, kat badan. Jenuh nak kene tolong garu, sapu pelbagai jenis ubat. Dah masuk awal pagi baru boleh tenteram tido. Baru-baru ni je terjadi penyakit kegatalan tuh.

Dah, mana gambar Ammar? Tak kan asyik Aqil je? Hah, layan. Montok dan gemok. Dulu la.

Sekian. Buat siaran hari minggu.

10 ulasan:

Mard berkata...

adam, ammar eczema kot? dah check dgn doktor? anak izyana pun eczema. same goes with anak teacher reha yg nombor 4... my youngest brother pun same prob.

d u t a berkata...

+best+
kali ni best sbb diselangi dengan visual... mood to ada... heheheh
papepun tahniah! berusaha ni...

Mard berkata...

BTW, mmg nmpk penyayang... hehehe

Tanpa Nama berkata...

Aik, gambaq Pak lena tak boh penuh. Tak aci ! Hehehe...

d u t a berkata...

+penuh+
tak muat dah pak nak masuk camera... ops! hahahah

Adam Ruslan berkata...

::TM::
Emm, eczema tu ada doktor dari KL dah diagnose bulan 1 haritu.

Baru ni, bawak klinik biasa, tak pulak doktor disana kata eczema (tapi masa tu kene alergi makan), then bawak pulak ke pakar kulit di JB, dia kata ruam lampin (juga sejenis eczema) + alergi makan.

Apa ubat hilang gatal yg adik TM pakai?

Penyayang ek? Mekasih.

Adam Ruslan berkata...

::Duta::
Gambar yang blur2 itu adalah kesan grafik khas dari kamera henpon tanpa megapixel, tiada touchup, janji subjek memberi impak.

Hoho, nanti ko dah tahu rasa mengendong anak sebelum dia tido dan sambil tertido baru ko akan faham nilai kebapaan. Selamat berjaya k.

Adam Ruslan berkata...

::Saiful::
Gambar sengaja di crop supaya pembaca senyap blog ini lebih-lebih ingin tahu tentang siapa amANI.

Yang lain-lain sure dah tahu rupa bentuk penulis kan, kasik la expose pada anak-anak dan isteri. Hehe.

Notakaki: ada ke pembaca senyap di blog ini sebenarnya? Hahah.

Helmie Hleb berkata...

Dam, aqil dh besar ek?manje lg cm dl ker?dh sthn lebey aku x jupe aqil..Ammar lgsg aku rs x pnah tgk live lg..dh besar 2 org ank kau ek?bile nk lpak mlaka bro..aku boring gile kt mlaka nie..member sekor pn tarak..huhuhu

Adam Ruslan berkata...

::rage::

Ko bukan ke sukarela nak jadik godfather Aqil? Hahah.

Secara amnya, Aqil hah bleh bercakap dengan bermakna dah sekarang. Butir-butir tu kekadang je masih tak jelas. Manja? Cam tu la jugak.

Yeke tak pernah jumpa Ammar, dulu open house raya. Setahun la jugak tapinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...