Advertlets

Jumaat, April 17, 2009

Ahmad S siri # 8

Siri kali ini adalah siri permulaan. (Aik, kata siri # 8 dah penamat?, ah, siapa kata?). Sebab siri ini sedikit sebanyak menyingkap misteri-misteri di sebalik kewujudan Ahmad S, Mohd T dan aku. Kenapa kami, remaja yang tengah meningkat naik dan bersifat tidak matang tetapi telah menjejakkan kaki ke menara gading. Juga, sampai sekarang, wajah atau paras rupa dan susuk bentuk tubuh badan Ahmad S dan watak-watak lain masih lagi menjadi misteri buat pembaca-pembaca. Akan aku bongkarkan segalanya dalam kisah ini.

Bukan apa, segala visual 10 tahun lalu adalah berbentuk cetakan keras. Mana ada cetakan lembut seperti sekarang. Demi pembaca, dan juga peminat (ah, Ahmad S punya peminat!, tak sangka), aku pecah masuk juga arkib negara malam tadi. Misi aku adalah menyeludup keluar catatan diari tulisan tangan tidak teratur aku yang mempunyai kisah terulung pengembaraan aku dan Ahmad S. Sekarang aku tahu kenapa dulu, waktu itu, aku beria-ia untuk menulis kisah itu ke dalam sebuah buku kulit keras tebal berwarna merah jambu. Kerana sekarang kisah itu sangat berharga dan punyai nilai estetika untuk dibuat buku pada waktu kini.

Mujur misi aku memecah masuk arkib negara telah di dahului dengan acara membongkar misteri di sebalik timbunan kotak-kotak hadiah perkahwinan dan sarang lipas, semut dan cicak bersaiz XXL. Jadi, misi aku mendapat restu dari pemilik arkib negara. Sambil-sambil aku tolong angkut kotak keluar dari arkib negara, aku menyelinap membuka kotak peribadi aku dan mencari buku merah jambu itu.

Tak aku sangka-sangka, aku pada waktu dulu sangat teratur dan tertib orangnya. Segala dokumen dan surat yang membolehkan aku memohon status Jurutera di institut Jurutera tersimpan rapi. Tak yah la aku bersusah payah nanti pegi ke pejabat pendaftar. Buku merah jambu aku temui. Aku nak baca sekali imbas, rupanya tak boleh di-sekali-imbas-saje baca buku catatan hidup itu. Itu kerana aku menulis tanpa perenggan, tulisan halus bak cacing kerawit yang mati kering di dinding tandas. Aku perlu lampu putih yang terang dan suasana selesa untuk membacanya.

Aku katup buku, kepit dekat ketiak. Aku selongkar lagi secara tersusun dan sopan sebab arkib negara ini milik seorang yang tegas dan berkemampuan. Jadi aku selak elok-elok. Segala sampul-sampul coklat aku buka, tengok isi di dalamnya. Aku terjumpa sesuatu yang pelik.

Kenapa ada surat khabar yang cukup terkenal ini di dalam sampul surat coklat bersaiz A4 itu? Apa istimewanya surat khabar itu? Aku sudah lupa kenapa aku simpan akhbar ini, sebelum aku dikehendaki mempertahankan diri dengan pemilik arkib, biar aku buka dan baca dahulu surat khabar ini, mungkin sesuatu yang penting ada di dalamnya.

Aku selak-selak laju. Apa ke mendenya, semua cerita-cerita pencapaian terulung para professor dan lawatan menteri ke dalam kampus serta kisah-kisah pencapaian tertinggi semuanya. Bila tiba satu muka surat di bahagian dalam, mata aku tertancap pada sepotong gambar yang penuh dramatik. Gambar yang akan menceritakan segala-galanya. Sudah lengkap pengkisahan aku kali ini.

Aku pernah menulis sebelum ini, bahawa aku dan Ahmad S serta rakan-rakan adalah remaja contoh golongan masa itu. Ada yang menyangkal tulisan aku, tidak percaya. Tunjukkan bukti. Aku rasa ini ada bukti paling jelas dan nyata. Paling telus tanpa propa. Lihat sahaja tajuk utamanya. Lihat pula gambar di dalamnya. Bukankah begitu segak dan bergaya rupa bentuk kami masa itu? Tidakkah gambar-gambar itu dan tajuk berita itu mencerminkan kejayaan tertinggi beberapa anak-anak muda yang meniti menara gading sepantas kilat sejurus sahaja selesai peperiksaan awam tingkatan 5? Tambahan pula muka kami yang dimuatkan, walaupun sekolah kami tidaklah tinggi carta rankingnya. Ini adalah bukti yang benar. Media arus perdana harus kita percaya bukan?

Andaikata yang tidak tahu menahu tentang kewujudan akhbar ini. Ianya dikatakan telah diterbitkan secara berkala dengan kitaran melebihi 390,000 naskah setiap keluaran. Ianya 10 ribu lebih tinggi dari terbitan Majalah Ujang pada masa itu. Dengan kitaran begitu banyak naskah terbitan, sudah tentu berita ini sampai ke seluruh pelusuk dunia kan? Sudah tentu yang membaca dan menatap gambar itu merasakan, mereka yang diterima masuk itu memang remaja contoh. Setelah gambar kami ditangkap, kami telah ditemu ramah, nama dan butir-butir peribadi kami di ambil. Tetapi mungkin pembantu editor akhbar berkenaan tidak berkenan dengan ulasan temu ramah, dia hanya mengeluarkan beritanya sahaja.

Jadi, inilah ceritanya, cerita permulaan bagaimana Ahmad S, Mohd T dan aku (ada di dalam gambar) boleh diterima masuk ke bumi selatan ini. Juga bukti bahawa cerita ini adalah benar dan tidak ditokok tambah sesedap rasa. Watak itu benar, kisahnya benar, cuma rupa paras mereka mungkin sedikit berubah sekarang. Dari ukur lilit pinggang, leher dan mungkin bilangan anak rambut.

Kuiz datang lagi. Soalan kuiz pembaca dan peminat :

1. Sila nyatakan dengan betul, yang mana Mohd T, yang mana Ahmad S, yang mana aku di dalam gambar di atas

Kuiz hanya terbuka buat pembaca senyap dan pembaca bukan dari maktab rendah berpolis. Masih lagi tiada hadiah untuk menjawab kuiz, tapi aku janji, jika ada pembaca senyap yang menjawab, kisah terulung aku dan Ahmad S tentu aku selesaikan sebelum bulan 5 nanti. Selamat menjawab. Bagi kategori bukan pembaca senyap, anda bolehlah mengemukakan kata-kata iri hati atau puji-pujian buat sepotong gambar di atas sebab bukan senang-senang nak masuk akhbar. Hahah.


8 ulasan:

ziraniza berkata...

ok ni pembaca senyap nk jwb...
jap nk tgk gambo blk....
yang pgang dagu tu amani, sblh amani mphd T and y ujung red hehe
hentam saje...
ade bakat menulis betol amani ni...ralit lak baca kisah2 bersiri nih.... sambung2 =)

Adam Ruslan berkata...

::ziraniza::
Wah, ada yang menyambut cabaran. Dengan ini kisah seterusnya akan disambung. Mekasih kerana sudi mencuba dan menukar status dari pembaca senyap ke pemberi komen. Jawapan masih disimpan buat peluang pembaca senyap yang lain.

Kata itu kota, tapi kota tidak boleh berkata-kata.

Tanpa Nama berkata...

Adoi tak layak nak menjawab. Hehehe...

Wah! Tak tau pulak ada masuk paper. Simpan lagi! Kenangan tu...

Ahmad S dah kawen pun, sorry tak dapat pi majlis.

Ahmad T kat Penang setahu saya.

Sekian saja dari yang tak layak jawab...

shooter berkata...

Mohd T la Saiful Azrul Che Lah... <--- nama penuh anda masih saya ingat...

p/s : ~ redghost sedang mendalami ilmu Digital Single Lens Reflect ~

Adam Ruslan berkata...

::saiful::

Hehe, teknik memikat pembaca senyap. Lepas ni kasik hadiah misteri plak.

Yep, Mohd T sebenarnya, dia sekarang di Kulim. Lebih tepat Kulim Square. Bukan shopping kompleks ye, taman perumahan.

Adam Ruslan berkata...

::Redghost a.k.a Ahmad S::

Sungguh lama anda mendiamkan diri dari arena maya.

Sibuk DSLR ke sibuk menikah?

Haha, aku tak punya keinginan untuk DSLR sebab aku kaku dalam teknik mengambil gambar. Apatah lagi mengetahui fungsi cahaya dan warna.

Tanpa Nama berkata...

Betoi, Mohd T... Tersilap pulak...

Hari tu memang Mohd T habaq dia akan pindah ke Kulim Square.

Nama penuh Ahmad S pun saya ingat (sambil membelek kad kahwin Ahmad S) tapi dah pemilik blog boh nama Ahmad S ja. Saya tak boleh pecahkan rahsia. Hehehe...

shooter berkata...

+saifulazrul+
uiksss...jangan pecah rahsia....jemput kenduri nanti 2.5.09 tau...jangan tak mai....aku jemput cikgu chem,cikgu jun,cikgu asleenda... pengetua je tak jemput...heheheh :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...