Advertlets

Khamis, April 09, 2009

Sinetron Dramalova Part IX

Babak 1

"Orang dah nak balik tidur dah, baru nak beli paper?" Makcik Jennifer bertanya. Kening berkerut.

Diego senyum. Diego hulur duit cukup-cukup. Rs1.20. Buat beli surat khabar berbahasa Portugis. Bukan Diego sengaja datang jam 10 malam membeli surat khabar, tapi Diego baru pulang dari negara Chile, ada urusan kerja sejak 3 hari sebelum itu. Tidak sama surat khabar Chile dan Brazil. Banyak berita dan fakta berat sebelah. Juga intipatinya kurang memberangsangkan. Kucing peliharaan hilang, paparan di muka surat 3? Itu berita yang ingin disampaikan surat khabar perdana Chile? Diego lebih rela membaca Metrologi atau Cosmologi dari surat khabar perdana negara Chile.

Sejak hari itu, Diego berasa yakin, kedai Makcik Jennifer memang tidak menghampakan. Stok surat khabar kegemaran Diego pasti ada. Diego beli tiap hari bekerja waktu tengahari. Makcik Jennifer memang ternanti-nanti. Tapi, setakat surat khabar je yang Diego beli, tak pernah lebih dari itu.

Satu hari, bukan makcik Jennifer yang menjaga kaunter. Dia. Berkulit putih. Berambut paras bahu. Bahagian dahi ditutup rambut depan paras kening. Umur mungkin lebih kurang Diego. Raut muka yang sedap mata memandang. Dia digaji untuk menjaga kaunter, mengurangkan beban Makcik Jennifer menjaga kedai.

Diego seperti biasa, saban hari mengunjungi kedai itu untuk bekalan bacaan semasa makan tengahari dan lepas waktu kerja. Dan dia, saban hari menerima dan kadang-kadang menghulur baki bila Diego membeli. Diego selalu sedia duit cukup-cukup, supaya tidak berlama-lama dengan dia. Kadang-kadang je Diego terpaksa, bilamana tiada wang kecil buat bayaran. Bukan apa, Diego berdebar lebih kalau berlama-lama.

Babak 2

Kalau Diego rasa nak demam, dia yang hulur panadol.

Kalau Diego rasa sakit perut, tersalah makan, dia hulur Pil Cap Menara dan Helang.

Lepas bagi apa yang Diego perlukan, dia senyum. Diego kadang-kadang senyum, kadang kadang berlalu macam tu je.

Kadang-kadang dia ucap,

"Terima kasih" sambil senyum.

"Ini saje?" juga tersenyum.

"Ini bakinya, terima kasih" dan masih tersenyum.

Diego rajin jumpa dia. Hampir tiap tengahari mesti jumpa. Kurang lebih setahun Diego bertentang mata dengan dia. Mereka mula punya hubungan. Hubungan sebagai Penjual dan Pembeli.

Suatu hari, hati dia dirobek. Bagai dipanah halilintar, guruh berdentum, kilat sabung menyabung. Air mata kecewa membanjiri hatinya. Bila mana Diego, seperti selalu, masuk ke kedai dia dan bertanya,

"Majalah Pa & Ma ada?"

Ayat itu membunuh harapan dia. Dia sudah tahu, Diego bukan bujang lagi, Diego sudah berpunya. Pertanyaan yang membebani hati dia selama ini terjawab. Tak kan bujang trang tang tang ada hati nak baca majalah Pa & Ma?. Ini bukan majalah kereta, bukan majalah fesyen lelaki metroseksual, bukan majalah untuk lelaki, bukan majalah misteri di dalam hutan, bukan majalah fesyen dan iklan-iklan melangsingkan badan serta tenaga batin, ini majalah keluarga. Majalah yang menceritakan hal ehwal membimbing anak-anak, bagaimana mempersiapkan diri sebelum melahirkan anak, apa petua dan panduan dari pembaca yang pernah mengalami pengalaman yang sama. Ini bukan untuk lelaki bujang. Persoalan terjawab. Dia kecewa.

"Maaf, dah takde, dah habis stok" Dia jawab dan tersenyum. Tawar.

Dia kecewa. Jarang-jarang Diego ada dialog percakapan bila berhubung dengan dia. Ucapan Diego hari itu memang membunuh harapan dia. Bukan ucapan yang dia ingin-inginkan. Bukan pertanyaan tentang nombor telefon gengamnya, bukan pertanyaan dah makan ke belum, bukan pertanyaan masih single ke dah berpunya, bukan pertanyaan tentang namanya, bukan ucapan selamat petang atau berbual tentang cuaca. Maka, status hubungan mereka kekal seperti dulu. Sebagai Penjual dan Pembeli. Tidak lebih. Tidak kurang.

Notakaki Diego: Kedai itu sudah ditutup baru-baru ini atas desakan ekonomi. Diego tiada lagi tempat bergantung harapan. Bekalan surat khabar hampir terputus. Mujur ada Petrobras. Tapi kadang-kadang. Bukan tempat yang betul-betul Diego yakin ada. Dan dia, entah ke mana.

3 ulasan:

d u t a berkata...

+skandal+
ingatkan KJ je ditempiaskan dengan skandal2... rupanya, engineer kat jb pun ada? hahhahah.... hati2 dalam melalui hidup.

d u t a berkata...

+jap+
rasa pawie dah beli tak majalah pa&ma tu?

Adam Ruslan berkata...

::duta::
hahah, baca betul2 ye. sila baca semasa mempunyai bilangan hormon testosteron yang rendah kerana tiada unsur tidak bermoral dalam kisah di atas.

robek hati gadis penjual jika lelaki yang membeli majalah pa & ma. jadi pawie, sila beli dengan makcik-makcik je ye. sekarang dah boleh dah tukar selera dari majalah kereta atau komputer ke pa & ma.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...