Aku cuba sms Arsene Wenger, malam Sabtu hari tu.
Mungkin dia tak baca. Dia sibuk barangkali. Oh, mungkin talian dia hanya aktif di dalam England je, pegi kat Wembley takde line, coverage belom masuk mungkin.
Jadi aku coretkan di sini buat Wenger, panjang sikit dari sms asal aku.
Buat Wenger, adalah tidak dapat dinafikan anda sangat merindui Patrick Veira. Akan tetapi Abou Diaby tidaklah Viera langsung berkenaan permainannya, gayanya, pengawalan bolanya, sentuhannya dan hantarannya. Dia hanya tinggi seakan-akan Viera. Raut wajahnya suci dan tidak series langsung. Mungkin beliau boleh dibentuk menjadi Viera pada masa akan datang, tetapi buat anda, pada perlawanan seperti ini, lebih baik diturunkan Arshavin sahaja sebagai pemula kesebelasan utama.
Dengan penurunan Adebayor, Van Persie dan Diaby sebagai pemula kesebelasan, saya mengagak bahawa anda agak gusar tentang pemain lawan yang rata-rata memang mempunyai ketinggian yang agak memberangsangkan, pinggang yang lebar serta peha yang pejal. Akan tetapi, gaya permainan pasukan anda sebenarnya tidak memerlukan pemain-pemain yang tinggi-tinggi sebenarnya. Cukup sekadar seorang setiap posisi. Anda tidak yakin barangkali.
Saya bersimpati kerana anda ketiadaan pertahanan tengah yang muda remaja, pantas berlari dan tangkas menanduk, yang tinggal hanyalah dua pemain langkau umur dan tidak pantas berlari. Mungkin ini masalah utama anda buat masa ini yang ketiadaan hampir 90% pertahanan asal kerana kecederaan.
Sekian dahulu buat Wenger. Harap anda dapat sedikit panduan dan pengajaran. Turunkan sahaja semua pemain belasan tahun tengah minggu nanti bila bertemu Liverpool. Rehatkan semua untuk semi CL.
p/s: (dengar kata, anda menyesal tak beli Drogba masa dia mula-mula main kat Le Mans?)
Demikianlah intipati sms tersebut buat tatapan rakan-rakan.
Buat pembaca lain, agak-agak terjadi tak macam ni hujung Mei nanti:
Keputusan season 2008/2009
Man Utd: League Cup Champion (kalah 2 kali lagi dalam BPL sebab moral jatuh bila kalah semi FA Cup dengan Everton dan semi CL dengan Arsenal)
Liverpool: BPL Champion (dengan mengalahkan Arsenal dan segala yang berada di depannya)
Chelsea: FA Cup Champion (saguhati, sebab semi CL kalah dengan Barcelona)
Arsenal: Champions League Champion (mengalahkan Barcelona, repeat balik 2006)
Ah, soalan kuiz kah ini? Huhu.
11 ulasan:
Hmmm...
Walaupun, saya minat Newcastle tapi saya tak bosan tengok performance Arsenal. Cuma dok nampak tak dak peledak walaupun main cantik.
Saya lebih nampak depan problem berbanding defend. Kalau depan ada chances tapi tak convert, defend yang kebal pun akan goyang.
+Amani+
Gomo kelate gomoooooo..... hahahaaha
hahaah.. tinggi jugak rupanya cita2 fan arsenal ni.. game lawan chelsea dah ok dah (attacking) tapi central defend plak yg hancus (terutama silvestre).. takpa la, cuba lagi tahun depan sebab UCL ngan EPL dapat kat MU..
Bro..aku rs the man who should seriously blamed was Fabianski..dia really shacking beb..1st gol which supposed not to be conceded tlh ubah game..player down..Wenger nyer tactical utk 1st half dh ok..Cume 2nd half he should trus ubah tactic..trus bw msk ashravin n nasri..rejuvenated skit team tue..As usual Van Persie is striker n not winger..Tp ref should blame also..Bias..byk sgt unfair decision..Fabregas penlty, Denilson yellow kad..byk gile yg aku x puas ati mlm tue..Chelsea main pn jht gile..huhuhu..Tp kredit la gol drogba..lampard mmg beyond thinking player..dasat abess..
::saiful::
Emm, kekadang Arsenal kene jugak belajar menjaringkan gol dan bertahan. So tak la susah payah kene score 3-4 nak menang.
::redghost::
Hahah, gomo kelantan wat mende.
::juan::
Quadruple dah jadik Triple,
Kot kot jadi double,
Tapi League Cup aje udah lah,
Dengan Everton pon dah kalah.
::rage::
tak tau nak marah ke hape sama fabianski, memang agak gugup. 2 kali dia keluar meluru tanpa usul pereksa.
Tapi memang Lampard adalah yang paling menyerlah.
+segmen sukan+
dan beralih ke perkembangan hiburan antarabangsa...
filem sekuel ke 6 harry porter bakal menemui peminat tanahair pada julai ini...
::duta::
eh, dah abis siaran sukan ye? ok. kalih cenel lain.
Pagi tadi 4-4 dengan Liverpool...
Arshavin 4 bijik... Tapi defend pun lepas 4 biji.
::saiful::
Kan, kalaulah Arshavin diturunkan masa semi FA Cup hari itu.
Kali ni sangat bernasib naik sebab baru beli Arshavin dan letak sebagai kapten dalam Fantasy League minggu lepas. Heheh.
bro gua dh ckp Ashravin mmg dasat...tp gua still miss Hleb n roscisky..kalo smau player arsenal gather Champion league tiap2 thn champ..hahaha
Wah fantasy point Amani dah dekat nak pintas saya! Beza 10 point ja. Adoi, ni semua silap fantasyleague la. Depa silap display jadual. Kan dah tersilap beli player... (ada hati nak salah kan orang jugak. Hehehe...)
Catat Ulasan