Setelah menyedari bahawa Kota Iskandar telah pun dirasmikan Sultan Johor baru-baru ini, aku teruja untuk melihat sendiri pembangunan yang telah dijalankan di sana. Biar betul diam-diam je terus dah boleh rasmikan bangunan berreka bentuk bebas ala-ala Putrajaya. Walhal, 2 tahun lepas, aku dah ke sini dan tiada kelihatan riak-riak pembangunan kecuali Horizon Hills, itu pon hanya rumah contoh. Kejap, rakyat Malaysia bukan negeri Johor tahukah apa itu Kota Iskandar? Hemm.
Aku gerak melalui Mutiara Rini, Lima Kedai, Gelang Patah dan sampai ke Nusajaya. Tanpa tol. Jimat.
Mujur ada papan tanda, aku ikut sahaja arahan. Ada beberapa kenderaan yang aku kira punyai keterujaan yang sama dengan aku dan keluarga.
Dah jenuh memandu agak jauh dari bulatan pertama di Horizon Hills, baru kelihatan susuk bangunan Kota Iskandar. Aku punya misi. Misi mengambil gambar bangunan dan ahli keluarga untuk kelihatan seperti melawati bangunan bersejarah di luar negeri. Tapi aku rasa, macam tak jadi je. Hahah. Baru masuk 3 bangunan, para model telah meletakkan jawatan. Aku ambik gambar langit je lepas tu.
Nah, gambar-gambar aku berjalan-jalan ke tempat baru, Ahad yang lalu. Di selang seli dengan sedikit perkataan. Ketip gambar untuk menilai hasil sentuhan biasa-biasa ihsan Photoscape dan gambar dari kamera poket tanpa tali lebar-boleh-buat-gantung-kat-leher.
Puteri Harbour
Ini dari satu bulatan yang semua pakat berhenti dan meletak kereta di bahu jalan. Semua tak tahu cemana nak ke jalan utama ke sana kot. Jadi, sudut panorama tidaklah begitu baik.
Bangunan Negeri
Bangunan pertama diambil bersama model ibu dan anak. Termasuk gambar sisi kenderaan yang masih elok dan lulus tapisan.
Nama bangunan-bangunan ni semua aku letak sesuka hati sebenarnya. Jadi terima je lah ek. Adakah model kelihatan seperti sangat gembira menikmati percutian tanpa rasa belas terhadap situasi poket nipis? Hahah.
Bangunan Pendidikan & Bangunan Tanah
Juga, jangan percaya sangat nama bangunan itu. Tapi strukturnya macam bumbung rumah USJ. Hahah. Pak gad tu kata bumbung Minangkabau, aku angguk sekadar ingin mengambil hati.
Bangunan Mahkamah & Menteri
Kat sini duduk lebih lama sikit. Sebab modus operandi yang bawak kereta perlahan-lahan, berhenti turun, ambik gambar dan masuk kereta balik semula menyebabkan model-model mengalah dengan kehendak ketua rombongan. Rujuk gambar dibawah. Semua model telah membuat urusan sendiri. Makan nasi ayam, bekal dari rumah supaya zat-zat yang diperolehi diketahui kahsiatnya dan tidak membebankan poket yang sedia ada nipis.
Dah tu, sembang sikit-sikit dengan pengawal yang digaji di sana. Dia kata, pembanguan di sini telah di buat sejak beberapa tahun dahulu lagi. Tapi kelambatan, jadi baru kini ia siap. Kira Pak Lah menangguk di air keruh la, kata ini sebahagian dari Wilayah Pembangunan Iskandar. Entah. Pak gad kata lagi, bangunan Mahkamah itu agak keras. Mungkin konkritnya berlapis-lapis? Tak la, menurut pak gad, bangunan itu telah menyaksikan kehilangan 3 nyawa pekerja. Jam ketika itu telah masuk 7 petang. Kanak-kanak masih bermain riang. Aku risau sikit-sikit. Mujur nasi dah nak habis. Aku ajak dorang pulang.
Kalaulah takde bumbung khemah perasmian yang dorang tak punggah lagi itu. Tentu gambar ini aku buat poskad. Hahah.
Dah, begitulah jalan-jalan hari Ahad itu, kami memandu pulang melalui jalan sunyi dan gelap yang menghubungkan Nusajaya dengan Taman Nusa Idaman. Orang lain semua balik ikut laluan bertol di Link Kedua. Kami je yang jimat tol lagi sekali. Keluar ke Nusa Bistari, semayang Maghrib di Petronas. Pegi pasar malam Skudai. Beli cukup-cukup RM10 ringgit sahaja. Kemudian beli keperluan dapur di kedai runcit. Pulang untuk makan. Sekian. Siapa kata berjalan-jalan perlu duit yang banyak?
Ah, nak soalan kuiz lagi? Tahun berapakah pembinaan sebegini besar telah dimulakan di Kota Iskandar ini? Jawapan adalah berdasarkan maklumat dari Pak Gad, kalau dia tipu aku, maknanya tertipulah kamu juga. Anda tentu tahu kenapa aku tidak sediakan sebarang hadiah bukan?
8 ulasan:
W/pun kamera tidak seberapa, gambar2 ni membuat saya juga teruja mahu melihat sendiri "putrajaya" yang tak berapa nak jadi ni.
::Tok Rimau::
Besar hati saya kerana tok mengunjung balas. Mekasih.
Kot-kot rajin datang la lagi.
gambar agak kaku..tiada fokus tetap...bad bokeh...eh...lupa lak tali kamera takdek... (lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........................) jangan lupa lagi 2 minggu mai sp
::redghost::
fokus? lens boleh-cabut-pasang-semula-ejas-pakai-tangan-kiri pon takde. Jadi fokusnya hanyalah automatik.
err kaku? gambar bangunan harus bergerak-gerak kah? hahah.
komen peribadi anda dihargai. tapi belum cukup menyakinkan untuk aku juga punyai single lens reflex.
+pak guard+
ermmm part minangkabau tuh, yang pi ask pakcik tuh... nape lak kan? tak de dalam persuratan ke? maksud ku... setiap bangunan punyai perekanya sendiri...
pastu... pakcik tuh, tgk org yg cakap pun macam engineer je... on je kalu nak cakap cam minangkabau pun.... hahahah....
ada sifatnya pada entrance minangkabau. cuma element minangnya secara abstrak... mungkin! nanti cuba utk menyiasat idea sebenarnya nanti! apapun... johor ada orang minang? ermmm cam tak kena je! bagi la bugis ke kan?
wah... dslr mula tunjukkan taring...
::duta::
Aku tak tanya pulak pak gad itu pasal bangunan itu. Macam ni dia buat;
Dia seraya berkata selepas menceritakan bangunan mahkamah yang keras itu sambil menunding jari dan berkata:
" haa, tu yang bangunan macam minangkabau tu bangunan sekian, sekian"
aku angguk mengambil hati. Sebab tak minangkabau langsung aku rasa. kat mana minang nya? Sila rujuk entri rumah USJ. lebih mirip bumbung rumah USJ berbanding minangkabau.
Hemm, rumah bugis cemana pulak? hahah.
uishh..projek nusajaya dh byk siap ek..lamer aku x pg saner..dl ms jaga projek saner,smpat gak ngular..tp skang dh ssh ler nk ngular ker nusajaya lg..huhuhu
::encik rage lagi::
Ko slalu ngular Angsana je, mana nak ambik tau hal-hal kerajaan antarabangsa nih. hahah.
Catat Ulasan