Keputusan Pilihanraya Terkini...
Bukit Gantang : Saya mohon derhaka ka saya suka pelayan bar Siam ka?
Bukit Selambau : Pakat ramai-ramai jadi calon bebas. Jangan pergaulan bebas sudah. Agak-agak parti cap Basikal, Kunci dan Kepala Rimau hangus wang komitmen tak? Haha. Ada ka nak jadi wakil rakyat tapi tak daftar menjadi pengundi? Alasan, demokrasi. Ha ha.
Batang Ai : Harap kaum Iban tidak terabai.
Aku ada tengok berita media massa umum 2-3 hari ini, tapi Ezi cemuih. Aku pon tak sangka, 2 hari baru berubah PM, berita umum jadi medium mencemuh ketua pembangkang. Ini ka perubahan? Macam sama ja. Tapi kelakar jugak, bila tengok dulu-dulu masa Anwar sungguh-sungguh berucap menyokong Mahathir. "Saya kenai sungguh-sungguh dia ni!!". Berapi woo. Haha. Politik plastik. Ludah ke langit kena dahi sendiri. Ini la dunia politik Malaysia. Peluang dan kuasa adalah segala-galanya.
Berita internet? Huh, web portal MToday pon dah semakin bosan. Ulang balik menda yang dah keluar dulu. Pastu cuba mengapi-api dasar benci dan konon teraniaya. Bagi aku, tiada sapa yang dalam politik punya agenda untuk orang lain, semua untuk kepentingan diri sendiri. Baik Garisan, baik Bulatan, baik Pakat-berpakat. Semua tiada agenda. Fedap i.
Ah, sudah. Malas nak layan. Ulas lebih kurang je la. Politik plastik (kepura-puraan) = plastik sampah.
Dengan segala hormatnya diumumkan, sapa-sapa pon yang menang pilihanraya kecil ini nanti, negeri Johor akan tetap cuti esok. Daulat Tuanku. Maka selamat berkerja warga negeri lain termasuk Amerika, United Kingdom dan New Zealand. Ah, Belanda pon sekali, haha. Sila jeles.
Boleh tengok CL pagi nanti, Villareal lawan Arsenal sampai subuh tak yah tido. Sambil main keretapi kayu anak-anak. Haha.
7 ulasan:
that's why saya malas layan politik. layan students nye kerenah pun lagi banyak pekdah...
aik? takkan keretapi kayu je?
main la lego ke, DOTa ke...
hehehe
+politik+
memang benar. aku suka je tgk keletah mereka. sbb kadang2 kita sendiri dapat nilaikan kebodohan yang terhasil daripada tindakan mereka itu. tak perlu fanatik dan menyimpan DENDAM terhadap hal mereka. laksanakan tanggungjawab memilih pemimpin sebagaimana termampu. utk berbicara ttg mereka, bagi diriku... tak perlu... sbb masing2 punyai pendirian sendiri... nak harga minyak rendah lagi ke?
anyway... wah cuti ke? padan la rajin buat siaran! hahahah. selamat bercuti2 malaysia. bawak anak ke pusat mainan jusco ke? huhuhu.... larikkkkkk!
politik? wakakaka..antara lawak yg paling best kat malaysia.. tu belum citer pasal sidang parlimen (perhimpunan agung umno takyah citer la).. ada sesetengah kedai kopi kat malaysia ni isi perbincangannya lebih berilmiah daripada sidang parlimen.. lawak2..
p/s: cuti ka esok?? cisss... mcm mana nak layan MU mlm ni.. arsenal? draw kot malm ni.. sebab respek kat pires.. hahaha..
Bab politik, banyak kena off record. Hehehe...
::TM::
Itu la, boleh ambil tahu, tapi untuk sokong dan mendokong, sori.
Keretapi kayu murah dan tahan lama. Haha.
::Duta::
Itu bukan dendam, tapi SEJARAH.
Rajin bersiaran kerana tidak perlu kerja dua organisasi, cuma punya ramai bos. Haha.
JUSCO bahagian mainan adalah taman permainan awam.
::Juan::
Rugi tak tengok, awal minit M Utd dah kena, last-last minit kena lagi. Away gol tu. Ah, Arsenal pon tak bleh releks gak. Sama je. Awal-awal dah kena. Mujur ada gol Adebayor + assist Fabregas.
::Saiful::
Bukan nak ulas lebih-lebih, tapi agak ralat. Ingat yang tengok berita dan baca surat khabar umum ni tidak punya akal untuk berfikir ke?
~Siaran tambahan~
Esoknya Ezi marah, sebab anak-anak hanya tido selepas separuh masa pertama.
walaupun ramai tak minat politik dan mencemuh...jangan lupa.... elaun depa.... yummmyyyyyyyyyyyyy......sebab tu sanggup jadi plastik ... aku pengundi di bukit selambau parlimen merbok yerrrr.......... ;)
::red::
Wahh,lama gila tidak muncul, sibuk menikah ye? Hahah.
Mengundi kat Bukit Selambau dapat berapa? Hahah.
Catat Ulasan