Advertlets

Jumaat, Oktober 30, 2009

Lama lagi lame

Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 billion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 billion tahun 2009. Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? RAKYAT ATAU SYARIKAT PEMEGANG KONSESI? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang. - Nuar Berahim.

Kalau sekali dengar, rakyat rasa sedap, terbayang RM815 masuk dalam akaun bank atau pon boleh tuntut di pejabat pos hanya dengan isi borang dan bagi Mykad. Tapi. Biasala, dah besar ni, otak kena la pakai sikit. Bukan ke dulu masa sibuk-sibuk hal ehwal Islam Hadhari dulu ada jugak buat macam tu ke?

Hujah ini sama seperti yang pernah aku dengar dalam satu perbualan antara Abah-abah pada satu masa musim raya. Waktu itu aku masih belum baligh pon lagi. Dah lama dah. Tapi lebih kurang beginilah ayat hujah parti Langit Hijau masa kerajaan nak buat Jambatan Pulau Pinang pertama paling panjang di Asia Tenggara pada waktu itu.

"Kalaulah kos membina jambatan Pulau Pinang itu diagihkan kepada setiap rakyat di Malaysia. Kita boleh isi setiap rumah di Malaysia dengan sebijik TV warna tiap-tiap rumah!". Sambil jari telunjuk penceramah menunjukkan tanda 1. Eh, dulu-dulu pon dah ada 1Malaysia kot?

Aku dapat bayangkan semua bersorak bertepuk tampar hadirin hadirat yang mendengar ceramah pada waktu itu. Tv warna beb! Bukan lagi Tv hitam putih tak berkaler. Cerita Hang Tuah P.Ramlee yang dah berwarna pon ada lagi rakyat Malaysia tika itu yang belum sempat nak tengok cemana rupa P.Ramlee pakai baju Hang Tuah kaler oren.

Ringkasnya, idea lama dikitar semula. Sesuai dengan keutamaan untuk penggunaan dan penguasaan teknologi hijau masa kini. Tapi tetap idea lama lagi 'lame'.

Bagi aku. Hujah itu 'lame'. Apa yang rakyat dapat kalau pembangkang sekadar ingin memburuk-burukan apa juga agenda kerajaan? Setakat komplen itu tak kena, ini tak kena, orang tu rasuah, orang ni rasuah, tapi tiada budget alternatif, tiada kabinet bayangan, tiada periksa dan imbang, tiada RMK-10 alternatif, pembangkang sedia ada adalah 'lame'.

Cuma, berapa kerat sangat rakyat Malaysia hirau hal-ehwal budget ni? Sebenarnya sebagai rakyat yang membayar cukai, aku rasa harus diambil tahu juga ke mana wang kita digunakan oleh Kerajaan. Tanggungjawab rakyat adalah membayar cukai dan melaksanakan hak mengundi. Tak buat dua-dua ini, walau berapa ratus demo/perhimpunan agung/muktamar/ceramah/rapat umum/makan malam/rumah terbuka politik yang sudah disertai, tiada asas untuk bersembang politik di sini.

Oh, apa dia? La ni musim pakat-pakat berebut jawatan, letak jawatan, mesyuarat luar biasa ek sekarang? Patut la 'lame'.

Khamis, Oktober 29, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang - XVII

Baru-baru ini, Aqil punyai rindu terlebih terhadap Abahnya. Yelah, dalam sebulan ini, dah 3 kali bertugas di luar kawasan. Mungkin sebab selalu sangat ditinggalkan, asal nampak Abahnya bersiap pakai smart sikit, mesti Aqil tanya, "Abah nak pegi mana?". Walaupun kekadang, Abahnya baru je landing nak baca paper baru balik kerja, Aqil akan tanya "Tadi Abah pergi mana?". Balik makan tengahari pon sama. "Tadi Abah pergi mana?".

Semalam, masa aku nak sarungkan stokin, nak kembali ke pejabat selepas makan tengahari di rumah (para suami yang isterinya bekerja atau opis jauh dari rumah, sila telan air liur sambil cemburu di hati dengan kenyataan ini ye, yang bujang, sila jadikan ini impian di sanubari). Aqil buat satu ayat penyata yang betul-betul buat aku tergelak.

"Abah, hujan tu kat luar, nanti kalau Abah keluar, habis basah, Abah tak yah la pergi kerja" Aqil penuh emosi dan riak muka sengaja menggoda supaya aku tak pergi kerja.

Aku tergelak bila dengar dia cakap macamtu, dalam hati: "Kalaulah bos Abah yang dengar Aqil cakap macamtu, mungkin dia bermuhasabah diri dan terus dia bagi Abah cuti hari ini".

Ada potensi untuk dia memberi pelbagai alasan untuk tak nak pergi sekolah nanti besar. Banyak sangat idea. Hahah.

Nota kaki amANI: Dengan penuh kasih sayang, Ezi kejut aku suruh tengok bola Arsenal lawan Liverpool pagi tadi, tapi bila terjaga dah siaran tertunda Chelsea lawan Bolton. Aku bukak cenel 'berita' paling pantas lagi sensasi, cenel @15, terus dapat tahu budak-budak-belum-habis-SPM Arsenal menang dengan Liverpool. 2-1. Malas nak ulas apa-apa, sebab tahu Arsenal memang terrer.


Selasa, Oktober 27, 2009

Sinetron Dramalova - XXII Garis Kaya

Babak 1 - Garis Kaya

Diego harap, Encik Carlos dan Puan Christina yang membaca berita ini akan mempunyai persepsi berbeza terhadap jiran mereka selepas ini. Tapi mesalahnya, ada ka mereka membaca suratkhabar The Bintang? Harap-harapnyalah. Kalau tak baca, harap mereka pandai untuk mengetip sahaja berita yang dihiper rangkai itu.

Ye, Menteri Wilayah Persekutuan Sao Paolo (yang asal naik je Perdana Menteri baru, berubah la namanya sekali lagi kini menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Pembangunan Bandar) pon dah bersetuju bahawa keluarga berpendapatan sekitar Rs3,000 dan ke bawah untuk 4 orang isi rumah adalah menghampiri garis lintasan kemiskinan bandar besar.

Jadi, harap Encik Carlos sedia maklum hal ini dan jangan la segan dan malu nak jemput Diego seisi keluarga lagi untuk berhari raya ke rumah. Juga, apa salahnya datang berhari raya ke rumah Diego walaupon raya dah habis. Datang melihat sendiri TV 24 inci skrin lengkung bontot lebar jenama tidak dikenali dan sofa corak khas ihsan lukisan Rodriguez dan Pablo.

Babak 2 - Nilai Kaya

Masa balik beraya sebulan yang lalu, jalanraya sesak tak ingat. Terutama masa nak turun balik ke Bandaraya Sao Paolo dari Roraima kampung Marcia.

Kereta nilai mahal atau sedikit mahal dari kereta nasional Diego berplat negeri Sao Paolo banyak yang dah terlupa rumus dan formula yang terdapat di dalam buku panduan lalu lintas lesen 'L' Jabatan Pengangkutan Jalan. Asal ada ruang kiri yang khas buat laluan kecemasan, diharung laju kenderaan-kenderaan ini, tapi bila di hadapannya ada kenderaan yang berhenti atau tamat sudah laluan kecemasan itu, baru terhengeh-hengeh meminta sedekah lampu isyarat kanan tanda mahu berkongsi secebis laluan sebenar kenderaan-kenderaan yang masih paham formula dan rumus jalanraya.

Itu belum masuk yang memotong pada garis putih lurus berkembar 2. Bukan suka-suka hati pekerja Jabatan Pengangkutan Jalan nak cat putih garis lurus panjang-panjang itu sampai 2 garisan. Sebab jalanraya itu berbahaya untuk memotong la digarisnya sampai 2. Itu pon tak boleh nak paham ka?

Sebab ini hari raya dan Diego tahu dia kaya (moral) dan yang meminta sedekah itu miskin (moralnya). Diego sangat berbesar hati untuk memberi jalan, sambil ibu jari dihulur tanda hormat kepada tetamu. Bagi Diego, walau dompet tidak penuh dengan wang, hati tetap perlu kaya dengan budi bahasa.

Sepanjang perjalanan, Diego dan Marcia banyak mengenal orang yang kaya dan orang yang miskin sebenar dan orang yang sangat miskin sehingga perlu meminta sedekah. Mereka gembira dan senang hati menjadi orang paling kaya di atas jalanraya hari raya itu.

Percayalah, jika rumus ini diguna pakai semua pemandu, hati kamu senang, tenang dan girang. Tiada kata carut dan maki yang perlu dikeluarkan. Hanya kata-kata "Sebab aku tahu aku lagi kaya dari kamu, aku bagi kamu jalan untuk potong dari kiri ini, silakan". Dan kamu akan berasa sangat suka hati walau yang memotong itu adalah Mercedes Brabus putih rim berkilat. Sebab kamu memberi sedekah pada mereka yang sangat miskin. Miskin moral. Besar pahalanya.

Isnin, Oktober 26, 2009

Catatan Diego - Sup Tongkat Ali@Kerteh

Minggu lepas tinggalkan anak isteri untuk kelas pemulihan ingatan.

Minggu ini kene membuat pemanduan sorang diri di malam yang sepi ke Kerteh pula.

Ada yang panggil untuk berbincang secara mustahak dan ada yang panggil untuk membuat penerangan sistem jual beli yang canggih tapi implementasinya dirosakkan orang yang malas menggunakannya.

Ada sela satu hari untuk kedua-dua acara ini. Jadi Diego terpaksa belek-belek nombor telefon untuk membuat beberapa panggilan-berbudi-bahasa. Alih-alih, terpanggil juga nombor Mamat-Entah-Siapa-Siapa. (MESS)

Mesyuarat ringkas dilakukan. Segala persoalan terungkai. Dia baru dalam jawatan itu. Bos dia dulu Jurutera Kanan di situ. Bos dia yang serba tahu. Jadi dihentamnya vendor atas salah 'ketidak prihatinan sendiri'. Sebagai penawaran 'ranting-pokok-zaitun' Diego membalas.

"Mesin tu pon satu hal, nak buat perangai pon masa kontrak dah habis, memang salah timing betul la"

Segala konflik sudah terjawab, segala persoalan sudah terurai. Semua setel gaya lelaki-mesra-sebenar. Dah selesai sesi berbincang. Masa makan tengahari pon tiba.

Dengan ajakan lagi 2 staf Syarikat Baldi Plastik SB, Diego mengikuti mereka untuk makan tengahari bersama-sama. Ini memang peluang dan ruang untuk Diego lebih mengenali segala ceruk tempat yang ada menu-menu menarik tempatan. Memang kedai yang dituju bukan kedai biasa.

"Pernah makan kat sini?" MESS bertanya.

"Tak" sambil Diego tengok sekeliling, manakan tidak, papan tanda kedai pon takda, kedai duduk jauh ke dalam dari jalan besar, tidak berhadapan jalan besar. Mana nak tahu kalau memandu sendiri memang tak singgah punya. Tak sedar pon ada kedai makan di sini.

"Kat sini special, set nasi Sup Tongkat Ali" MESS memberitahu.

Diego terkejut. Di lihat ramai sahaja gadis-gadis dan makcik-makcik yang turut serta menjamu selera tengahari mereka di sini. Mereka pon penggemar Tongkat Ali kah?

Menunya ringkas. Di datangkan khas dalam 'tray' besi macam selalu-selalu budak asrama guna untuk makan nasi. 1 ruang untuk budu asam limau bercili, 1 ruang untuk sambal kicap pedas, 1 ruang untuk ulam raja+tauge+timun+ikan selar kuning goreng, 1 ruang semangkuk nasi putih panas-panas dan semangkuk sup daging Tongkat Ali.

Diego rasa dahulu sup. Bila sudu bertemu bibir. Diego pejam-pejam mata, mulut diciap-ciap. Mencari satu keputusan. Rasa apa ye?

Ahaa, rasa sup la. Nak rasa apa lagi. Entah di mana Tongkat Alinya, Diego tak berapa pasti. Tapi kombinasi segala sambal asam, kicap pedas dan sup memang buat dahi berpeluh.

Selesai makan, MESS selesaikan pembayaran. Diego berjabat tangan dan mereka menuju ke destinasi masing-masing.

Petang itu, Diego rasa pening-pening. Selepas separuh hati menonton Sinetron-Si Buruk dan kemudian Dramalova-Lalola di siaran tv. Dia tertidur selepas Asar sampai sebelum Isyak.

Banyak MSG rupanya sup special itu, patut rasa pahit Tongkat Ali tidak terlalu terasa. Ceh. Macam MESS sengaja sabotaj je ni, macam dia tahu-tahu sahaja ada ceritanya di sini.

Notakaki-dipedal-minyak: Sekarang dia bukan lagi MESS, Diego dah kenal nama dan rupa, jadi dia adalah pelanggan yang dihormati dan disegani. Minggu depan, mungkin merasa Mee Kolok la pula.

Ahad, Oktober 25, 2009

Senyap-senyap baca blog orang

Soalan pertama.

Cemana nak baca blog orang tapi tak suka layout blog itu sebab pakai latar hitam, gambar header tidak sesuai untuk kegunaan masa pejabat, banyak sangat 'palam-dalam' macam lagu, video, atau widget yang kita tak berkenan ?

Soalan kedua.

Cemana nak buat-buat sibuk buat kerja di komputer tapi tidak terkantoi membaca blog oleh orang yang lalu lalang di sebelah ke dari tepi ke belakang ke?

Soalan ketiga.

Cemana pula kalau suka memang baca blog orang, tapi memang tak mo langsung letak komen kat blog dia sebab rasa tak perlu dikomen?

Soalan keempat.

Cemana pula nak baca kisah terbaru dari blog yang tidak terbengkalai dan blog-blog orang lain yang kita selalu baca tiap-tiap hari sekaligus tanpa perlu membuka berbelas-belas 'tab'?

Soalan kelima.

Cemana nak semua yang di atas secara sekaligus?

Jawapannya adalah guna Google Reader. Semua yang ada akaun google akan ada Google Reader mereka sendiri. Ia tab paling atas ke-empat dari kiri bila hangpa buka emel Gmail hangpa. Ala-ala Feed Burner la Google Reader ini.

Dalam Google Reader ini, kita boleh masukkan segala blog, website dan ke hapa menda berita yang kita nak dalam satu panel/tab. Semua kisah terbaru blog yang kita ikuti sebagai 'Follower' memang akan masuk situ. Jadi kita boleh baca semua sekali mengikut kisah mana satu yang paling baru dihantar dari blog yang kita suka. Macam mana Google Reader ini berfungsi adalah tidak perlu dipersoalkan. Hanya aplikasinya sahaja yang penting. Ini menjimatkan masa, tenaga dan memenuhi kehendak sesiapa yang tergolong dalam mana-mana satu persoalan yang ditimbulkan diatas. Memang mudah.

Cuma, yang kecik hatinya terhadap aplikasi Google Reader ini adalah kepada penulis blog. Penulis blog tidak tahu apa respons orang yang membaca kisah mereka. Kalau dorang memang menulis bukan untuk mendapatkan komen, memang tiada mesalah kecik hati ini, tapi respons dari komen selalunya adalah motivasi penulis blog. Tanya la siapa-siapa pon yang menulis blog. Bila hangpa dapat komen di blog hangpa, mesti hangpa rasa nak pi ke blog dia kan? Motivasi la tu.

Juga, penulis blog boleh kecil hati kerana dia hanya tahu sesiapa mengikuti blognya yang lahiriah adalah yang seperti yang tertera dalam dalam list "Mereka ini Berani Cucuk Rapat". Tapi bila merujuk pada pada Google Reader, bilangan itu sebenarnya berganda. Oooo, ada yang ikut dan baca senyap-senyap ye. Hahah. Itu memang lazim dalam arena blog ini sebenarnya. Menurut Google Reader, blog ini ada 27 subscriber walaupon follower ada 12 je, mekasih buat hangpa semua yang mengikuti rapat blog ini. Aku rasa sebab dicampur dengan segala follower, counter, feedjit, widget itu ini, tu pasal la kot jadi 27. Aku rasa la.

Lagi kesan Google Reader ini adalah unjuran belanjawan penulis blog untuk mengeluarkan duit dari iklan Advertlets yang hanya masuk kira-kira purata dalam RM0.02 sen sehari (bergantung pada berapa ramai pengunjung unik blog ini) akan menjadi lebih panjang jika kunjungan ke blog ini secara lahiriah tidak lagi dilakukan. Kalau masuk RM 0.02 sen sehari, duit muka Lancer 2.0GT dalam RM12,398.00. Cuba hangpa buat kiraan matematik secara janjang untuk mengira berapa ratus tahun lagi penulis blog macam aku boleh nak rasa pijak pedal minyak dalam Lancer 2.0GT yang dah hampir pupus di Malaysia ini?

Apapun, kesan dan masalah yang dilakukan oleh Google Reader ini adalah berbalik kepada objektif kenapa penulis blog menulis blog? Sebab-sebab di ataskah hangpa menulis blog?

Kalau tanya kat aku, jawapan aku adalah sebab aku suka menulis secara panjang berjela. Titik. Yang di atas tadi adalah kesan sampingan sebab semua aplikasi yang digunakan adalah untuk mengoptimumkan penggunaan blog.

Pi la tengok Google Reader hangpa. Bahagian "Recommendation" dia agak menarik, dia guna segala jejak hangpa sebelum ini untuk rekemen blog yang patut hangpa folo. Jangan terkejut plak kalau Google Reader tau hangpa suka blog "sekian-sekian".

Sekian.

Notakaki amANI : Sekarang blog yang aku folo semua pakat duk terbengkalai, cemana pulak setel hat ni? Don, bila pulak blog nak ada isi?


Khamis, Oktober 22, 2009

Hepi Besday Wei!

Untuk Raman, hepi birthday semalam. Entah dia baca ke idak ini. Duduk jauh tepi pantai berlumut setia menjaga penjana letrik semata-mata tak nak orang lain seluruh negara bergelap gelita. Semoga bekerja dengan tekun dan rajin. Kot ada letrik lebih-lebih tu, kirim-kirim la kemari.

Alang-alang dah ucap hepi besday, sekali hepi besday juga untuk pakcik Arsene Wenger. Harap besday wishlist dia adalah untuk menang semua piala musim ini. 60 tahun dah dia. Gallas betul-betul bagi Wenger kecik hati, kalau tak gol semalam dengan AZ Alkmaar kan bagus. Tak jadi Wenger lompat-lompat genggam tangan kat tepi padang semalam. Takpa, seri 1-1 pon terima ajelah.

Woo, besday Raman sebelah menyebelah dengan Wenger rupanya. Hahah.

Ini hadiah yang Raman beli kat Stadium Emirates sebagai salah satu tanda terima kasih menjadi penjamin pelajaran dia. Berdebar-debar hati aku masa dapat surat bila tengok nombor sampai 6 digit itu. Harga sebiji rumah semi-D 3 tingkat siap kolam renang oo kat sini. Mujur dah jadik jurutera sekarang. Jangan buat lupa nak bayar pulak bila dah ada gaji nanti.

Mekasih wei. Ada rezeki aku pi Manchester City, aku beli tali kasut yang sama macam Bellamy pakai bagi kat hang. Amacam?

Arzame Wenger & Helmie Hleb, sila jeles. Ori ni. Siap ada nama sendiri lagi. Hahah.


Selasa, Oktober 20, 2009

Catatan Diego - Gosip@Emel

Suatu petang. Diego baru balik melihat injap-injap persampelan minyak dari salah sebuah janakuasa elektrik arang batu terbesar di negara Brazil. Peluh di ketiak belum sempat kering. Sambil tunggu kering, Diego rehat-rehat baca coretan rakan-rakan dari ruang jalur lebar. Masuk berderet-deret emel, semua Diego buat tak nampak je, dah petang-petang nak serius-serius sangat buat kerja nanti orang kata nak bodek tunjuk rajin. Diego buat releks-releks.

Sekali bos peringkat kedua memanahkan halilintar membelah bumi. "Dah baca emel dari pelanggan BALDI PLASTIK SDN BHD tu? Mana satu sampel yang dia komplen tu? Betul ke sampai sebulan pon tak hantar laporan kat dia? Boleh u eksplen?"

Erkk, Diego tergagai. Segala kerja relek-relek dia jadi terbengkalai. Diego buka emel pelanggan BALDI PLASTIK SDN BHD. "Eh, entah siapa mamat yang hantar ni, tak kenal pon". Diego baca lagi. "Cilakak, tuduhan melulu lagi palsu". Hati Diego membara tapi masih cuba berasional.

*******Emel Pelanggan yang sentiasa dihormati****

Kehadapan Diego,

Lu buat kerja cemana nih? Selalu-selalu kitorang dok tunggu laporan analysis asyik-asyik dapat dekat-dekat hujung bulan macam pekerja Indon menunggu duit upah buat bangunan dari supervisor. 30 hari bersamaan dengan 30 kali 24 jam, hah berapa ratus jam dah kami menunggu nih. Dah la lambat, kami nak tentukur dan tukar minyak mesin pencampur pewarna plastik baldi merah kami pon terlepas dari tingkap oberhol sedia ada. Dah tamat tempoh baru dapat laporan, nasi sudah menjadi bubur, sapa selera nak makan bubur? Orang sakit je makan bubur. Baldi plastik kami tak cantik la kaler dia nanti kalau mesin tak tip-top.

Gua dah berbincang dengan bos besar gua dan kami nak sampel kami di kala masa akan datang di beri perhatian khusus dan siap sebelum ayam berkokok pada hari ketiga selepas kami menghantarnya. Ada lu boleh buat macam tu?

Yang menulis,

Mamat Entah Siapa-Siapa
Seksyen Teknikal (nota: Apahal tak nak letak nama jawatan sendiri?)
Syarikat Baldi Plastik Sdn Bhd

***********************************************

Panas membara Diego membaca emel pelanggan yang dihormati itu, peluh yang baru nak kering terus terpejalwap jadi wap air pendam tentu. Dalam kepala ligat memikir apa kemende kes sebenar sampel kompeni BALDI PLASTIK SDN BHD itu.

Dah beberapa saat mengimbas kenangan lampau, baru Diego teringat tentang kenangannya bersama 3 sampel mesin pencampur plastik yang dihantar mereka. Mesin J-101, J-102 dan J-103 itu memang terngiang-ngiang di ingatan Diego sebab tak pernah lupa Diego akan perasaan gembiranya tatkala membuka bungkusan penghantaran eksperes kiriman pelanggannya tiap-tiap bulan masa mesin mereka kurang sihat dahulu. Macam seronok buka hadiah kahwin nikmatnya membuka bungkusan penghantaran itu. Tapi kali ini situasinya sedikit berbeza. Bos peringkat kedua perlu diselesaikan dahulu.

"Bos, seingat saya yang mempunyai memori 180Gb ini, saya tak pernah kenal atau jumpa mamat yang menghantar emel ini. Entah siapa-siapa. Orang yang saya selalu telefon, sms serta hantar emel tak de pon komplen sama sekali terhadap khidmat superb saya kepadanya, kenapa dia nak berlebih-lebih? Cemburu ke dengan hubungan kami ini?"

"Sampel mereka memang saya cucuk rapat statusnya dan tidak pernah dipinggirkan macam anak tiri sekalipun. Pelanggan kan selalunya betul? Mana mungkin saya sorok sampel mereka bawah laci dan buat-buat lupa nak hantar laporan yang dah siap. Saya rasa dia hantar emel ikut sedap hati dia macam dia tulis blog la saya rasa"

Panjang lebar disertai amarah sedikit Diego memberi penerangan. Bos peringkat kedua yakin dengan penjelasan Diego, "Baik, kamu uruskanlah seadanya. Tapi pastikan betul-betul memang kita tak pernah hantar laporan lambat, reputasi syarikat kita yang macam servis penghantaran ekspress lagi laju akan terjejas dengan pandangan sedemikian. Dah la dihantar kepada semua staf senior syarikat mereka".

Diego lega. Satu masalah dah selesai. Diego capai buku nota, bukak segala dokumen berkaitan sampel syarikat BALDI PLASTIK SDN BHD. Sela masa dan segala butir-butir di catit dan diberi nota. Memang fakta dan bukti memihak kepada Diego. Diego renung pula memori percakapan, rekod telefon, komunikasi emel dan smsnya dengan pelanggan setianya. Memang ada. Cuma pelangganya yang terlambat memberi respons dan tindak balas.

Diego capai telefon. Di dailnya nombor mamat yang entah siapa-siapa membuat tuduhan palsu itu. Diego malas nak becakap omputih sebagai tanda rendah diri terhadap pelanggan dan servis perlu mesra.

"Hah, apa cerita emel yang kamu hantar itu?" Diego mula.

"Ohh, macam ini, kami dapat lambat laporan untuk sampel yang kami hantar, tak boleh ke hantar sesudah ayam berkokok 3 hari selepas kami hantar? Bos kami kata perjanjian hitam putih kamu dengan kami memang macam tu? Tapi ni lambat sampai kami tak sempat nak salin minyak yang dah tak boleh guna tu" Mamat entah siapa-siapa itu mengadu.

"Baik macam ini, saya nak eskplen macam ini, dulu kami hantar cepat sebab ada perjanjian hitam putih. Tapi sekarang perjanjian itu sudah tamat tempoh, saya dah hantar cadangan perjanjian baru, syarikat kamu masih tak nak luluskan cepat-cepat, sekarang kamu dengan saya tiada hitam putih lagi. Tapi sebab kamu pelanggan setia saya, saya buat juga analisis itu, kemudian saya hubungi pula tuan punya sampel untuk mendapatkan pandangannya, saya juga perlu Pesanan Belian sekurang-kurangnya, tapi saya tak tahu nak guna harga janji lama atau harga cadangan baru, demi pelanggan, saya guna pulak harga lama yang lagi murah"

"Kemudian, bila analisis dah siap, saya sekali lagi bagitau tuan punya sampel, bila nak dapat Pesanan Belian?. Dia tak bagi juga. Dah 2 hari baru dia telefon mintak saya hantar juga laporan. Saya hantar. Walaupon lepas saya hantar, saya juga pening kepala nak kena telefon dan emel pasukan pembuat pesanan belian kamu untuk menyediakan pesanan belian saya dan bayaran sudah tentu lagi lambat dari 30 hari dari tempoh pesanan siap. Sampai sekarang kamu tak bagi pesanan belian walhal laporan dah siap hantar yang penuh. Sekarang cemana? Diego ekspelen panjang lebar.

"Err. ok. Saya paham. Boleh kamu tulis dalam emel untuk semua itu, saya tak periksa pula dengan tuan punya sampel cerita ni sebelum ini. Nanti saya bagitau bos saya semula selepas saya dapat emel dari kamu. Boleh?" Mamat entah siapa-siapa menjawab. Baru dia sedar diri.

"Ok, nanti saya tulis, janji kamu paham. Yang kata laporan yang terlewat sampai sebulan tu, yang mana pulak?" Diego sengaja mengundang jerat.

"Eh, yang sebulan tu saya tersalah masa taip emel tu tadi kot". Mamat entah siapa-siapa menjawab.

"Oh, salah taip ke, ingatkan memang ada" Diego berbahasa basi. Sekarang baru lu tahu.

Diego terus tersenyum lebar dan tetikus dah mula diketip untuk membuka blog kegemarannya. Sinetron Dramalova karangan amANI. Sedap sunggu cerita kat blog amANI itu. Reda hatinya. Tapi dia tidak lupa menghantar emel seperti yang diminta.

3 hari lepas itu baru emel itu keluar sebab talian internet negara Brazil memang tak boleh harap. 3 saat selepas emelnya keluar kepada semua penerima. Tuan punya sampel minyak yang selalu Diego telefon terus menelefon telefon bimbit Diego. Meminta maaf atas segala kekeliruan dan berjanji nak siku dagu mamat entah siapa-siapa itu bagi pihak Diego. Diego mintak dimaafkan sahaja mamat berpengalaman rendah itu.

Tiada guna nak memberi gambaran kemajuan pada bos besar untuk makan bonus berbulan gaji kalau tiada budi bahasa dan tidak membuat kerja rumah.

Ingat ye, kerja perlu teknikal. Hidup perlu nurani.

Notakaki amANI : Diego tengah sibuk menghadiri kelas pemulihan ingatan teknikal. Sekali kerja rumah cikgu bagi sampai 17 muka surat suruh buat lepas kelas. Esok pagi nak diperiksa. Tak buat, ketuk jari pakai pembaris kayu.

Sabtu, Oktober 17, 2009

Hari Ini Hari Minggu

Lama tak buat sesi hari minggu. Kali ini keluar satu.

Selamat Hari Minggu untuk semua. Yang mana masih beraya, teruskan menyambut raya. Yang mana tak sempat puasa 6, ruginya rasa. Yang mana ada jemputan rumah terbuka, jangan buat lupa. Makan percuma.

Sekian.

Nota kaki berbuai: KL, jalan jem tak minggu ni? Takda tol percuma ka sempena Deepavali?

Rabu, Oktober 14, 2009

Sinetron Dramalova XXI

Babak 1

Marcia, "Apa lagi ye buah yang ok untuk kita buat jamu tetamu, yang sedap makan dengan kuah rojak tu?"

Diego yang tengah khyusuk makan sambil membaca suratkhabar jawab separa sedar, "Lengkuas tak nak?"

.....0.04 saat kemudian baru tersedar, tersalah sebut nama buah-buahan. Tapi buat macam tak ada apa-apa. Kembali mengunyah nasi dan mata masih pada berita Adebayor sah merajuk nak berpindah ke Manchester City.

"Eh abang ni, lengkuas tu kan orang buat masak, bukan lengkuas la, sengkuang la" mata Marcia dikecilkan, tanda geram.

"Ha ah, yelah, sengkuang la, hah tak boleh ke sengkuang? Sedap pe. Masa kecik dulu ada orang jual, potong leper, sapu kuah rojak kat atas dia, tabur kacang tumbuk. Rs 0.25 sepotong" Diego cepat-cepat mengelak, dah salah memang macam tu. Bila difikir balik, memang kepala otak asyik tertukar perkataan sengkuang dengan lengkuas, ada masalah wayar gamaknya.

"Tak nak lah sengkuang, tak sedap" Marcia menolak. Dah tadi dia jugak yang mintak pandangan.

"Camtu cari jela yang biasa-biasa, mangga, jambu dengan nenas". Diego cuba memutus keputusan.

Babak 2

Marcia dah terkocoh-kocoh nak menyiapkan menu berbuka puasa. Ye, walau mereka duduk di Brazil, tanggungjawab berpuasa tetap dilaksanakan. Dosa pahala tidak mengira rupa bentuk geografi mahupon tinggi rendah martabat diri.

Sekali dalam banyak-banyak bahan yang ada, lengkuas tak ada. Hajat di hati nak masak Tom Yam terbantut. Wal hal baru je Marcia berkira-kira nak cipta resepi sendiri masak Tom Yam tanpa perencah segera Tom Yam. Serai dititik dia dah cantas jiran punya petang tadi. Hajat di hati terbantut. Jam dah 6.10 petang menunjukkan kalau siap pon masak Tom Yam resipi sendiri, mungkin dah masuk masa kecederaaan tambahan dah sebelum bilal menitipkan azan.

"Abang, boleh tolong pergi kedai kejap?" Marcia terpaksa meminta tolong.

Diego yang tadinya memang dah siap sedia tahu akan dipanggil untuk ke kedai jawab konon terpaksa, "Hah, nak beli apa?"

"Nak lengkuas, keledek, perencah tom yam dengan ais" Marcia keluar senarai barang harus dibeli.

"Err, tak tahu la lengkuas tu rupa cemana" Diego sengaja mengelak, dalam kepala rasa tahu la sikit-sikit iras-iras lengkuas tu.

"Ala, lengkuas tu macam halia, kalau abang tak tahu, tanya la orang kat kedai tu" Marcia memang sedikit tidak yakin dengan keluasan pengetahuan Diego terhadap rupa bentuk sayur-sayuran ni.

"Tanya tau kalau tak jumpa" Sekali lagi Marcia berpesan sebelum melambai dari anjung rumah.

Perkara ringkas membeli barang-barang kecil runcit sebegini memang Diego dah lazim. Kadang-kadang dalam 5 minit waktu pejabat nak abis, memang Marcia akan telefon memesan itu ini. Kadang-kadang hantar sms. Kalau yang telefon, Diego tulis atas Post-it supaya tak terlupa atau terlepas. Kalau sms, memang sebelah tangan baca senarai dua tiga kali bagi yakin baru beratur membayar.

Sampai di kedai, Pablo dan Rodriguez di tinggalkan sahaja di dalam kereta. Tapi silap besar. Terjerit-jerit dorang dok panggil "Abah!" Abah!" sebab agak lama Diego di kedai barang basah menyebabkan konsentrasi Diego sedikit terganggu. Nak masuk waktu kecederaan tambahan sebelum berbuka macam ini memang kedai sebegini sibuk yang amat. Semua pekerja tak menang tangan orang mintak itu ini. Mujur parking kereta tak bertumbuk je sebab kena berebut dan menunggu.

Diego menuju ke arah bakul-bakul yang seharusnya punyai lengkuas."Halia tua, halia muda, ahaa, yang ini lengkuas" Diego ambil dalam sepotong dua objek keperangan itu, cium bau dia "Hah, betul la ni" getus hatinya dan memasukkannya dalam plastik. Perencah tom yam pon dah jumpa. Diego terjenguk-jenguk cari ubi keledek. Tak jumpa. 2 kali tawaf, tak jumpa. Selesai. Kemudian Diego beli ais dari kedai india muslim, Kedai Bismi's. Lancar sahaja urusan membeli ini.

Sesampai di rumah, Diego letak barang atas dan terus silang kaki atas sofa sambung balik baca suratkhabar.

Bagai halilintar memecah bumi. "Abang!! Ini kunyit hidup! Bukan lengkuas. Kan orang dah kata, kalau tak tahu tanya, ini tak, ikut sangat ego dia tu sampai tak nak tanya orang!" Marcia mula hangin satu badan. Dah la lapar berpuasa. Diuji pula dengan suami yang sangat menjengkelkan.

Diego gumam, dalam hatinya "Ayark! Salah ke, aku betul-betul konfiden dah betul itu lengkuas". Bergegas dia ke dapur untuk melihat berantakan Marcia. Sengih je walau hati tahu salah dia. Ditepis kiri kanan hamburan marah Marcia buat seketika sebelum kembali menjadi suami yang tipikal. Tiap kerja selepas itu, Diego tanya setiap langkah kerja. Memang menjengkelkan.

Berbuka malam itu, Marcia tetap masak Tom Yam dengan penuh kasih sayang dan ketiadaan lengkuas dalam masakan itu tidaklah sangat dirasai. Tapi hatinya tetap panas mengelegak dengan sikap suaminya yang berat bertanya.

Buat Diego, dia menyesal tak Google dulu rupa lengkuas sebelum ini. Kini dia sedar kenapa majalah lawak antarabangsa pon ada kartunis pakai nama Lengkuas. Lucu sebenarnya lengkuas ni.

Selasa, Oktober 13, 2009

Secara gerila tengok Layar Gerila

Selalu-selalu, orang jemput guna blog, ada kamu mahu pergi? Entah siapa-siapa yang menjemput, entah siapa-siapa kita yang perasan dijemput. Tapi ini gerila. Tak kira siapa-siapa, semua boleh datang. Jadi aku ambil je semangat gerila itu untuk datang ke acara Layar Gerila di DSI, UTM malam Ahad itu.

Sebab gerila, aku pergi diam-diam sorang-sorang dengan sokongan dan dorongan isteri. Sesudah menyelesaikan acara berhari raya dan mengukur jalanraya pada siangnya. Macam biasa, bila lalu pak gad UTM, mesti dada berdebar kencang macam tak bawak kad matrik walhal memang aku sudah hampir 7 tahun bukan lagi berstatus pelajar. Dada bedebar itu juga menyebabkan pak gad selalu-selalunya bagi aku masuk tanpa pas. Penat je berdebar.

Sampai DSI dah jam 915 malam. Masih ragu-ragu dengan tindakan diri sendiri untuk ke majlis sebegini sebenarnya. Tapi bila disambut mesra penjaga tiket betul-betul depan DSI, aku jadi bersemangat balik. Tiket percuma, bucunya bernombor siri. Kemudian diiringi pula oleh seorang lagi gadis penjaga kaunter untuk masuk melalui pintu tepi dewan. Dewan gelap. Skrin besar di tengah pentas sedikit cerah untuk aku berjalan turun tangga dan mengambil tempat duduk. Duduk belakang je. Sorang-sorang. Gerila kan. Cerita di depan adalah Pemburu Buaya Darat yang hanya tinggal 3 minit je sebelum tamat. Tak sempat nak mencerna, tahu-tahu dah habis.

Tayangan seterusnya adalah Bumbung Aku Lantai Orang (BALO) diikuti oleh persembahan bergitar duo oleh Campuran (Nota editor: entah betul ke nama kumpulan tu, tapi dah ini je nama yang aku ingat). Tayangan disambung dengan cerita Jeff Jantan - Jebak Kekalutan dan tayangan terakhir, Sepohon Rambutan di Tanjung Rambutan. Kemudian ada sesi diskusi oleh pengarah dan tuan punya filem Dean Sham dan Tok Rimau serta seorang pelakon dari Jeff Jantan. Dalam diskusi ini, sedikit sebanyak dapat la aku memahami cerita dan subteks yang ingin disampaikan oleh penggiat filem pendek bebas ini. Walau kebanyakan jawapan dari mereka adalah 'susah nak jawab' atau 'macamana ek nak bagitahu'. Tak sangka pulak ada diskusi, tapi sebab ada sesi diskusi ini la, ia berjaya merangsang pemikiran aku untuk cuba memberi komen terhadap cerita yang ditonton, baru la intelektual sikit. Bukan keluar panggung setakat bagi komen, "Best kan cerita tu", kemudian berlalu tanpa apa-apa pendapatan.

Sambungan dari sesi diskusi adalah sesi mencabut hadiah cabutan bertuah, yang mana Dean Sham dan Tok Rimau tidak bertuah langsung dalam mencabut nombor kepunyaan aku. Kemudian sesi memberi hadiah penghargaan buat panel diskusi. Dalam menunggu persembahan terakhir dari kumpulan Gula-gula Kapas Putih, gadis-gadis mula mengedarkan cenderahati untuk penonton yang menunggu hingga tamat siaran. Lagu hidangan agak sedap, tapi ini la arus permodenan, dulu kalau persembahan bergitar ini hanya setakat akustika. Kali ini gitar karan dan set drum lengkap pon dah boleh main dalam DSI.

Sesudah selesai 2 lagu, Majlis Layar Gerila tamat. Sebab aku rasa nak berkenalan juga dengan Tok Rimau, aku ke depan untuk bersalaman dan memperkenalkan diri. Juga sempat memperkatakan akan teringin untuk mengupas sedikit cerita BALO yang sebelum ini aku dah baca dari dari web blog dia yang lama. Gigih ini. Diharap pandangan ini adalah untuk manfaat bersama sebab aku bukan orang filem malah tidak berseni pon.


Filem - Bumbung Aku Lantai Orang (B.A.L.O)

Sinopsis - Berlatar belakangkan komuniti Flat Bukit Chagar. Seorang cikgu menghadapi sekumpulan pemecah rumah remaja.

Positip +

1. Tiap babak yang terpapar adalah hal realiti sebenar. Sebagai contoh, adaka kalau kita tengok cerita Gerak Khas, polis penerima laporan akan menolak mentah laporan kita untuk membuat siasatan lanjut semata-mata sebab perlu keutamaan pada kes lain? Konfem Gerak Khas punya skrip adalah, 'Encik jangan risau. Kami akan siasat'. Tapi dalam cerita ini. Terus-terang cakap, 'Minta maaf, kami tak cukup orang'.

2. Gaya penceritaan oleh pencerita juga ada yang agak lucu. Lawak yang bukan sekali. Terutama bila dia bercerita tentang si penghafal keputusan nombor ekor (Tok Rimau memang suka lawak dy/dx) dan selepas dia balik dari balai polis dan tak puas hati walau baru je lepas menerajang Sompek. Juga tidak lupa, bila dia memberi denda pada pemecah rumahnya.

3. Lagu latar masa opening sedap. Tapi rupanya tengah kalih-kalih siaran radio. Bila tengok Credits, ada sentuhan Din Cromok. Patut siap keluar grafiti Cromok masa awal-awal. Strategi pemasaran.

4. Cerita ini banyak nasihat dan moral statement. Pandai-pandailah menilainya.

Cadangan -

1. Aku tak ingat sangat siapa watak lelaki yang menunggu lif masa babak awal. Sebab masa tengok itu, setakat nak mencerna pasal lif rosak kena naik tangga. Tapi kalaulah babak itu dibuat pada pengakhir, kemudian watak lelaki itu adalah orang yang sama dengan orang yang menggatal dengan Janda Baik itu, tapi kali ini dengan makcik itu pula. Kemudian baru keluar 'bukan tempat terbaik untuk membesar'. Amacam? Hoho. Tapi kalau watak lelaki itu orang yang sama dan babak itu diletak diakhir baru orang macam aku tak 'Ohooo' masa dah balik dekat nak sampai rumah dah.

2. Karangan. Aku rasa lagi sedap kalau hal karangan itu diperpanjangkan. Kot boleh tunjuk cemana samseng menulis karangan, atau cikgu yang membelek lagi sekali karangan itu walau dah pindah duduk tempat lain bila terngiang-ngiang kata-kata Hamka, atau juga sedikit sebanyak flashback cerita dalam karangan itu. Sebab hal karangan inilah yang paling unik sekali dalam filem ini mengatasi hal-hal gejala sosial yang lain yang mungkin orang dah pernah baca dari Mastika, Metro atau sebagainya.

3. Cerita yang bertulis ada menceritakan hal-ehwal cikgu ini dalam komuniti Flat Bukit Chagar, tapi tak ada dalam filem. Mungkin impak yang lebih lagi kalau ada sedikit cerita hal cikgu itu memberi kelas tusyen untuk anak-anak Flat Bukit Chagar walau dipandang serong, itu sedikit lagi meninggikan kredibiliti cikgu itu.

Perjalanan majlis, aku tak ada nak komen apa-apa sebab datang lambat. Tapi dari segi semangat dan hasil usaha, aku rasa majlis sebegini banyak memberi ilham, semangat dan dorongan baru untuk semua memberanikan diri dalam bidang produksi filem secara lebih indie dan berani. Bukan bercita-cita nak masuk AF sahaja.

Juga, filem-filem sebegini tidak tertayang di siaran TV mahupon Youtube, jadi sekarang sapa yang rugi kalau tak datang ke majlis ini walau jemputan hanya dari blog?

Err... Tok Rimau nak baca tak Sinetron Dramalova? Hahah.

Sekian sahaja sesi menonton filem-filem pendek yang percuma tapi dapat duit dan hadiah (cenderahati voucher Memory Lane RM5 tiga keping berserta pemegang kunci mainan lembut).

Jumaat, Oktober 09, 2009

Sehujung minggu dengan @Lambaian's

Jumaat malam hari itu, rumah aku menerima kunjungan dari Syila, Afzan dan Sport dari KL juga Azwar dan Wan Aizat yang turut menyambut kedatangan mereka. Mereka ini adalah @Lambaian yang bersemangat turun dari KL untuk memeriahkan Majlis Sambutan Raya KLM dan turut mengambil bahagian dalam aktiviti merapatkan silaturrahim hari berikutnya.

Aku memang dah tempah katil double decker king size untuk Syila dan Afzan, tapi kedai Perabot Tan tu lambat hantar. Tak berkesempatan dorang nak merasa. Lusa tu terus aku kensel tempahan sebab lambat hantar. Jadi, hanya toto beralas lantai jela mereka tidur. Rasanya selesa. Juga harap dimaafkan kipas rumah kami yang keras kepala semuanya. Dah tak boleh mengeleng-geleng dah.

Paginya disediakan sarapan menu mudah, teh susu, roti bakar, telur scramble, kuah kacang panggang, kentang goreng dan sosej rebus, tak la sesusah mana nak disediakan.

Sesudah sarapan, terus Ezi pula ambil alih masak memasak. Menu nasi hujan panas, ayam pedas masak merah dan salad serta dilancarkan dengan air oren ais. Yang ini, memang ketua chef sorang je tahu nak buat, jadi diserah sepenuhnya pada Ezi, sambil aku layan Sport dan Azwar di ruang tamu. Sport sebenarnya lebih banyak terbaring dari duduk sebab mengantuk makan ubat. Sambil-sambil layan cerita POCOYO. Teruja je nampak Sport layan cerita itu.

Petangnya bermesyuarat antara @Lambaian dan MT KLM sekarang. Sedikit sebanyak mencari titik persamaan dan pertemuan kot-kot boleh berkerjasama untuk masa hadapan.

Balik dari Dewan Alumni, sebab aku nak singgah JUSCO, aku ada mendapat permintaan yang membuatkan aku berfikir sejenak.

"Kami nak masuk jadi watak tambahan dalam Dramalova boleh tak?" Syila yang tanya. Afzan sokong plak dari sebelah.

Juga bila Afzan sambut, "Memang tak boleh tengok buku tu, teringat-teringat kat mesin timbang kat JUSTUKOR tu".

Aku tak jawab apa-apa, tapi dalam kepala mula terfikir. Kalau betul la aku buat sebuah buku SD penuh 200 muka surat, yang mana gambar-gambarnya dalam cerita itu adalah nyata, tempat-tempat yang dinyatakan itu nyata, cuma diberi nama lain, mungkin satu hari nanti akan ada orang yang membaca buku itu akan menjejak tiap satu lokasi yang diceritakan dalam SD itu sebagai impian mereka. Macam orang pegi NZ dan melihat sekitar lokasi filem LOTR la. Ah, gile. Ini dah jadi buku dokumentari dah nanti. Tapi mana nak cari 200 muka surat itu? Hahah.

Dorang berdua nampak hepi je bila aku belok masuk JUSCO Tmn Universiti. Untuk beli buah-buah untuk menaja satu menu-kuah rojak Colek Aji untuk majlis makan malam Raya KLM malam nanti.

Maljis raya KLM berlangsung seadanya. Tapi sebagai tetamu undangan sejak 2002 untuk majlis sebegini, aku rasa macam sama je perjalanan majlisnya. Pengisiannya berlainan, tapi flow tetap sama. Juga bab-bab protokol yang kadang-kadang susah nak dijangka. Macamana pon, majlis tetap meriah dan ceria. Juga dengan door gift yang menarik ditambah kena pulak hadiah cabutan bertuah. Adala sedikit gambar yang dirakamkan dari kamera sendiri. Banyak gambar blur. Kami balik awal jadi tak sempat nak bergambar bersama-sama @Lambaian yang lain. Kata 30+ orang. Ye ke?

Tema : Never Break This Bond

Kesokannya, ada aktiviti riadah/sukaneka pula dengan geng KLM, tapi tak dapat nak turut serta sebab aku nak ke KL pulak tengaharinya. Aqil pulak sakit perut, muntah-muntah dan pening. Jadi lagi tak buat apa-apa hari Ahad itu.

Aku dah gerak ke KL baru geng @Lambaian datang rumah. Kalau tak salah Ikin, Syila, Afzan, Sport, Azwar, Afiq, Anur dan suami yang berkunjung petang itu. Tapi tak la kami bersedia apa-apa untuk kunjungan petang itu. Dengar kata, kue teow kerang menu tengahari kami pon ada jugak peminatnya. Secara langsungnya juga mereka memborong kuah rojak Colek Aji sorang sikit buat buah tangan sorang-sorang. Mekasih ye semua. Kalau mahu lagi kuah rojak itu, jangan malu nak sms bertanya.

Begitulah. Mekasih buat yang sudi datang ke rumah hari minggu lalu. Apa-apa kekurangan dari pihak tuan rumah harap dimaafkan. Cerita-cerita dari Syila, Afzan dan Anur juga ada tersedia dalam blog masing-masing.

Mekasih juga buat Azwar yang terpaksa datang rumah sekali lagi untuk membawa Aqil ke klinik.

Notakaki amANI: Ah, malam Ahad itu Arsenal menang 6-2, tapi sebab rumah Ahmad S takde siaran bola, dapat tengok highlight je. Apa cerita team besar boleh seri ni? Hahah.

Rabu, Oktober 07, 2009

Aku dan Ahmad S - Retro I

Bukan. Bukan juga. Hahah, tatkala kamu mengetip topik ini, mesti tertanya-tanya kenapa ada lagi kisah ini? Aku pon tak tau, tapi terpanggil untuk repeat entri dia. Hahah.

Kisah Ahmad S datang lagi. Kali ini lebih retro. Sebab kisah ini semasa Ahmad S masih berwajah jambu lagi suci. Rambut belah tengah ada remose. Pakai spek mata tidak berbingkai (mahal) tapi sedikit berkulat hijau pada besi kakinya. Pergi mana-mana mesti pegang buku teks Matematik Tambahan konon-konon rajin membuat latihan.

Pagi tadi terdengar radio orang sibuk bercerita hal ehwal hari ini bermula peperiksaaan PMR. Secara automatik folder ingatan aku terhadap pengalaman mengambil peperiksaan SPM mula mengimbau. Banyak-banyak fail-fail ingatan yang keluar, aku terkenang fail ingatan untuk kertas terakhir aku. Biologi Kertas II.

Sebab ini kertas terakhir SPM, yang menandakan hari terakhir secara rasmi aku akan menamatkan pengajian sekolah menengah dan tahun hadapan boleh masuk kedai game tanpa perlu berpeluh tangan dan jantung berdegup kencang serta otak berpikiran panjang nak bagi alasan apa kalau tuan kedai game mintak IC. Ah, Ahmad S sesudah dapat lesen berumur 18 tahun pon tokey kedai game kat JB tu tanya jugak IC sebab wajah suci murni beliau.

Berbalik pada suasana dewan pada hari terakhir dan kertas terakhir buat hampir 120 orang pelajar yang mengambil Biologi, geng-geng Prinsip Akaun masih berdebar menelaah kat asrama sebab esok baru dorang punya kertas terakhir. Kertas Biologi II ini sangat aku ingati sebab beberapa perkara, tapi yang paling utama, berkaitan dengan Ahmad S.

Kalau yang belum sedia maklum, zaman ini Kertas II bermaksud kertas esei. Mula-mula soalan yang kena memberi jawapan pendek, kemudian soalan yang kena buat 2 esei pendek dan terakhir esei panjang untuk 1 topik dari 5 pilihan.

Perasaan berdebar nak amik pereksa hanya pelajar yang menelaah dan mengambil pereksa sahaja yang tahu. Ahmad S tidak tahu perasaan ini hari itu. Adakah cukup fakta-fakta yang dihafal dan diingati dan dipendek-pendekkan menjadi suku-kata senang diingati itu akan keluar lancar ketika menulis esei itu nanti? Dapat sahaja kertas jawapan, aku tulis nombor giliran macam biasa-biasa sebelum ini. Kertas kajang bertanda Lembaga Peperiksaan Malaysia semua dapat 2 helai sorang. Semua nampak pasrah menunggu kata keramat "Kamu boleh mula sekarang" dari guru penjaga peperiksaan.

Tepat sahaja arahan itu keluar, aku selak semua soalan yang ada, sampai soalan esei panjang. Hati berbunga sebab salah satu tajuk itu aku memang dah bersedia. Aku jawab yang mana aku boleh nak jawab, syukur sebab semua soalan-soalan yang diberikan macam dah pernah jawab. Tunduk je aku tulis tiap-tiap jawapan. Cikgu Hapiza mesti bangga dapat anak murid yang cerdas macam aku.

Soalan pendek-pendek dah siap, soalan esei pendek pon dah siap. Aku dah susah hati, kertas kajang 3 helai dah habis, nak angkat tangan ke tak nak? Nanti orang kata aku berlagak pulak mintak kertas banyak-banyak, macam power sangat Biologi dia. Sementara aku meninjau-ninjau guru penjaga peperiksaan yang berdekatan, aku tinjau juga Ahmad S yang duduk paling tepi sekali belah pintu dewan. Dah nama dia Ahmad, konfem paling awal kan. Aku geleng kepala. Mamat ini memang mempunyai keazaman dan iltizam yang tinggi untuk berbuat begini. Walau kami kelas lain-lain, Cikgu Hapiza jugak yang ajar dia Biologi, tapi insiden ini kalau Cikgu Hapiza tengok, mesti dia susah hati dan tak lena tidur malam. Sedap je aku tengok Ahmad S meletakkan kepalanya di atas permukaan keras meja kayu itu dan sedang lena dalam tidurnya. Dia tulis nombor giliran sahaja gamaknya. Memang sangat beriltizam tinggi.

Tanpa berfikir panjang lagi terhadap perasaan orang dibelakang aku, aku teruskan juga mengangkat tangan kepada guru penjaga peperiksaan. Sengih je dia kasik 2 helai lagi kertas kajang untuk aku memulakan esei panjang aku. Bukan panjang berjela sangat pon aku tulis. Tapi sebab aku dah belajar dari kesilapan. Aku tulis guna font saiz 22 seperti nasihat seorang rakan yang kini pereka grafik sambilan. Tulisan juga aku bulat-bulatkan supaya nampak penuh antara dua baris biru kertas kajang itu. Jadi kertas sedia ada tidak mencukupi.

Tajuk esei tersebut adalah fungsi daun dan kaitannya terhadap air. Aku mula membayangkan keratan rentas daun yang sama-sama aku dan bekas rakan serumah aku masa tingkatan 3 lukis atas permukaan meja licin dekat dewan selera masa kami menelaah sebelum peperiksaan percubaan SPM. Soalan daun tak masuk masa itu, tapi kali ini tak sia-sia aku hafal keratan rentas daun itu. Fungsi tiap sel dan organ daun aku tulis dan labelkan semua. Fungsinya dalam fotosintesis aku terangkan cukup-cukup. Lebih dari itu lagi aku tambah, fungsi daun semasa hidrolisis pula. Selesai 2 helai kertas kajang yang diberikan.

Aku angkat kepala. Sekali lagi meninjau Ahmad S. Masih lagi berkedudukan dan posisi yang sama. Entah apa la alasan dia nak bagi kat mak dia bila mak dia tengok keputusan subjek Biologi dia nanti.

Sesudah selesai peperiksaan.

Aku, "Selamba betul ko tido masa kertas Biologi tadi'"

Ahmad S membela, "Ah, lantak pi la paper Biologi tu, aku bukan nak jadi doktor pon, tak jejasnya agregat aku nanti"

Dengar-dengar masa amik keputusan, 7 jugak untuk Biologi dia (nota dari Ahmad S: "Woi, 6 lah!"). Hahah. Tapi agreget dia lebih satu je dari aku atas hasil usaha dia ke hulu ke hilir dengan buku teks Matematik Tambahan sebelum ini.

Tapi itu dulu. Sekarang, Ahmad S dalam selangkah dua je nak berdebar kena panggil untuk ditemuramah bagi melayakkan diri mendapat pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan perladangan kelapa sawit yang dia ceburi.

Ingenieur (Ir) Ahmad S.

Tidak lama lagi. Semoga berjaya wei.

Ah, bab aplikasi Biologi pon mamat tu cemerlang juga sebenarnya. Hahah.


Selasa, Oktober 06, 2009

Catatan Diego - Taklimat Berdagang@Senai

Pagi itu, Diego berpakaian paling kemas. Marcia sediakan baju kemeja lengan panjang belang-belang kaler biru langit cerah entah berapa harganya sebab Mom yang beli. Janji dengan bos peringkat kedua awal pagi 845.

Sempat buka opis, letak beg, pegi toilet selesaikan fitrah pagi, balik opis minum air sejuk, baru bos peringkat kedua sampai. Buat pulak air kopi kat pantri sebab bos peringkat kedua meminta eskkius 5 minit untuk bersarapan dulu di kafeteria. Jam di tangan 9.05 pagi.

Staf Junior yang tengah makan bihun dalam pantri, "Apesal tak pakai macam ini hari-hari biasa?"

Diego, "Sebab tak perlu".

Staf Junior, "Kenapa tak pergi asing-asing, rugi la kalau terlepas sesi awal"

Diego, "Sebab kos"

Staf Senior pula masuk, "Kenapa tak pergi dulu?"

Diego dan Staf Junior berpandangan, dan masing-masing tersenyum. Diego jawab jugak. "Sebab kos".

Sesampai di tempat mendengar taklimat, sesudah menandatangani kehadiran dan jam di tangan sudah menunjukkan 950 pagi serta Timbalan Pengarah agensi kerajaan sudah separuh usai membuat ucapan alu-aluan. Petugas kaunter memberi fail isi kandungan taklimat serta memberitahu, "Sarapan disediakan dan ada diluar sana ye".

Diego dan Bos peringkat kedua berpandangan, dalam hati masing-masing yang tahu. Sambil masuk dan mengambil tempat duduk.

Sekitar taklimat Berdagang ini, semua-semua yang hadir adalah pemunya syarikat yang boleh dikatakan 80 peratus yang hadir adalah bangsa Cina. Yang menjadi pentaklimat semuanya dari peringkat pengurusan tertinggi agensi kerajaan dan 100 peratus bangsa Melayu. Bahasa pengantar yang dilakukan adalah bahasa Inggeris.

Secara refleks teknik mengesan kesalahan di dalam ucapan diaktifkan. Mula-mula ucapan alu-aluan rasa agak ok. Tapi bila masuk pentaklimat, dengan slang Melayu dan ditambah dengan tidak terkira banyaknya Aaaa, Errr, Errmm, Mmm, Apeni, Apetu, entah tiba-tiba masuk di tengah-tengah 'Ladies and Gentlemen'. Tambah perit bila sesi soal jawab lagi teruk pengisian 'time fillers' ini. Tiap patah perkataan di selang seli oleh Errm, Aaaa, Mmmm. Selesai semua 5 pentaklimat dan pendek-pendek sahaja taklimat mereka.

Diego bersyukur kerana ini adalah taklimat. Kalaulah ini mahkamah dan Diego menjadi jurutaip terengkas, tergeliat jari terlondeh skirt Diego nak taip balik semua itu.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Riang Ria Hari Raya III

Sekali lagi cerita Hari Raya. Agak melampau lebih gambar-gambar kali ini. Tapi sebab ini blog aku yang punya kan. Kasik satu siri penuh buat tatapan Yam terutamanya.

Macam biasa jurugambar guna kamera tali halus je. Mana-mana gambar sikit kabur tu sebab lubang penutupan cahaya (shutter) lambat sangat la tu.

Memang takde gaya lain dah Pablo ni. Ini jela yang dia tahu. Mula-mula setting sofa dulu. Kemudian sangkut kain lebihan buat baju Sheylda sebagai langsir kat belakang itu sebagai backdrop. Kemudian cahaya matahari kasik tune sikit supaya brightness dia ala-ala suam suam sedap dibuat susu anak. Kemudian amik troli yang dah bersusun kuih raya sebagai tripod. Cubaan self-shoot sepuluh saat sekali amik, Ok.

Acara bersalaman bermaafan pon bermula. Tidak pula kelihatan dialog-dialog yang merapu syahdu meleleh air mata macam selalu dalam siaran drama tv. Aku rasa hari raya kene bergembira. Mana boleh sedih-sedih. Rodriguez sama Pablo sorang-sorang dapat duit raya yang lebat sebab kekurangan saingan terdekat, setakat anak-anak Sergio je. Kasihan adik-adik aku punya anak-anak nanti, dapat sorang seringgit dua je nanti dari Tok & Tok Wan. Hahah.

Gambar ini kalau nak skip pon boleh. Tiada apa-apa ulasan. Setakat gambar kami sekeluarga je. Rodriguez pon menguap nak tengok gambar ini.

Gambar tengah-tengah sahaja yang skema tiang untuk di cetak dan bingkaikan. Gambar-gambar sekelilingnya diambil dalam keadaan semua masih tidak bersedia. Kelihatan Pak yang masih sibuk membalas beribu-ribu sms yang dihantar di pagi raya oleh peminat-peminatnya.

Ini gambar liputan untuk keluarga Sergio. Kesepetan mata Zarginho (watak baru ni) adalah bukan genetik ya. Nasib tidak menyebelahi Zarginho, dia terkena penyakit tidak berjangkit, ketumbit-di-pagi-raya atau singkatannya KETUPAT. Kasihan.

Rodriguez : "Alang-alang kita berbaju Melayu ini, jom bersilat tengok"

Zarginho : "Ah, ada ka silat, Kung Fu Batang Penyapu la"

Pablo tidak mahu mengalah : "Aku ABOOGIT jugak hangpa dorang satgi"

Ini sekitar keadaan tetamu yang datang berkunjung. Agak-agak ada budak MRSM PDRM yang membaca, sila nyatakan kenangan yang tidak dapat dilupakan terhadap cikgu berbaju melayu merah pudar ini. Kalau tak kenal atau tidak ingat, sah-sah korang tidak bernasib baik kerana tidak belajar Geografi dengan beliau. Aku kena jemur tengah panas atas court bola tampar dengan semua budak lelaki Seroja ketika di tingkatan 2 oleh cikgu ini. Syabas.

Ini juga sedikit kandid Pablo dengan balang maruku kegemarannya serta Zarginho yang mesra sangat dengan Rodriguez. Setiap kisah pasti ada akhirnya. Setiap hari raya, memang tak sah kalau anak-anak aku tak tidur terlena di hari raya ketika masih lengkap berpakaian raya. Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...