Secara ringkas, aku mencapai beberapa objektif trip ke KL. Akan tetapi tidak memenuhi sesetengah daripadanya.
1. Hantar Yam ke NZ di KLIA.
Yang ini berjaya dengan jayanya. Aqil sungguh-sungguh ajak aku lintas sekali gate check-in itu. Dia juga nak naik kapal terbang. Sangat obses terhadap kapal terbang ini. Dah tengok kat anjung tinjau pun tak puas. Jenuh nak pujuk supaya dia melupakan hasrat dia itu. Ammar, dia rancak dan galak menari atas pentas kat pintu ke anjung tinjau sebab ada muzik oleh DJ upahan. Bila ajak balik, dia teriak dan merajuk. Yam cam biasa, mengalirkan airmata semasa berpisah. Beg dia lebih 10kg dari ketetapan, patut kene bayar RM100++ tiap kilo tambahan, gila (Royal Brunei), mujur ada kawan dia yang bawak beg ringan, boleh beri dan terima. Masa makan Raja Burger sempat lagi semua berkongsi idea untuk membuat kilang kuah rojak Aji. Harapnya ada la rezeki sedikit masa lagi. Amin.
2. Amik jersi kiriman Raman.
Tidak berhasil. Dilla pegi K.K, tak sempat jumpa. Dia janji nak bagi kat Qis. HMD aka Rage, nanti-nantila ye jersi itu, belum sampai ke tangan aku. Aku try pakai seround JUSCO dulu bleh? Hahah.
3. Tol murah dan tol naik harga
Mendapat tol murah tercapai dengan perkiraan dan perancangan teratur aku dengan balik keje kol 8 malam (sambil dimarahi bertalu-talu dengan panggilan telefon dan ugutan, nak balik ke tak nak nih!?)dan bertolak dari rumah jam 9. 3 jam 15 minit kemudian aku dah keluar tol USJ tanpa perlu mengambil angin kat RnR Dengkil seminit dua. Nak merasa tol naik harga tak jadi, sebab kerajaan tunda tarikh tol naik atau mungkin hanya menaikkan sebilangan kecil harga tol nanti. (padahal dah mesyuarat 2-3 minggu lepas pun keputusan nih, konon prihatin la, kalau prihatin sangat, beli terus la PLUS).
4. Tidur di rumah kosong USJ3/1A.
Ini juga tercapai dengan jayanya. Akan tetapi ada beberapa perkara negatif yang ingin aku ulaskan sepositif mungkin. Sesampai sahaja kami ke persimpangan masuk USJ 3, aku melihat USJ 4 dan lain-lain terang benderang mengalahkan kegelapan USJ 3. (USJ 3 blackout). Pabila aku ingin meloading bantal, tilam dan beg baju, aku tidak berusaha untuk memijak lokasi yang tiada najis kucing, maka najis kucing itu tetap dipijak. Sementelahan kami menghargai kegelapan dan kesunyian rumah ini, anak-anak tetapi riang gembira bermain bersama sepupu mereka dan hanya suara mereka memecah kesunyian kawasan perumahan separa mewah ini. Terdapat banyak serangga-serangga peliharaan tak terkawal seperti lipas dan semut yang sangat mesra dengan manusia walaupun ketika kami sedang tidur.
Keaadaan rumah ini tidak banyak berubah, kabinet dapur masih yang lama, ditambah pula kabinet almari pada tiap bilik-bilik di tingkat atas walaupun daun pintu dan engselnya kelihatan sedikit sahaja lagi akan hilang fungsinya. Lantai bilik bawah berdekatan pintu bilik air sudah mula menanggalkan diri mereka masing-masing dan berpecah mengikut haluan sendiri. Kesan-kesan lubang di dinding hasil penanggalan mesin penghawa dingin dibiarkan tanpa tampalan semula atas dasar ingin memberi lebih ruang sisip angin dan peredaran udara panas yang lebih efisien. Beberapa daun pintu dan tombol telah sengaja dihilangkan fungsinya dan hanya ditampal pita selophane bagi mengelakkan anak-anak kecil dari terperangkap terkunci dari dalam bilik. Pokok pisang yang aku jangka telah berbelas-belas generasi sejak peninggalan kita pada tahun 1993 masih membiak dibelakang rumah, aku nampak seekor tupai bermain-main di sekitar laman belakang.
Pokok mangga di laman rumah sudah lama tiada dari posisi asal, tetapi pokok mangga di laman luar telah membesar seperti remaja meningkat dewasa. Taman permainan tempat aku pernah membuat gulingan pada palang besi, melompat dari buaian ketika masih laju dan menggangap pokok yang ditanam sejajar sebagai tiang gol telah berubah rupa. Masih mengekalkan fungsi sebagai taman permainan tetapi fasilitinya telah berubah. Aku pun tak sentimental sangat layan taman ini sebab keseluruhannya dah lain.
Encik Hashim juga telah meninggalkan bil air dan bil elektrik tanpa pembayaran kerana mengikut fahaman matematik moden beliau, duit deposit RM300 untuk bil utiliti ketika beliau memasuki rumah ini berbelas tahun yang lalu boleh menghalalkan bil-bil tertunggak tersebut yang agak sama dengan harga 4 ekor kambing biri-biri siap lapah. Encik Hashim juga masih belum melunaskan sewa rumah bulanan yang telah tertunggak berusia bersamaan dengan bayi yang sudah tumbuh 4 gigi dan dah boleh merangkak.
5. Berparti bujang.
Hahah, Red tak balas serta Duta pon tak balas maka tiadalah parti liar mahupun makanan mahal. Aku dah sedikit terpengaruh nak ikut makcik dan keluarga pegi mandi air terjun dan tengok gajah. Kat Bentong dan Kuala Gandah. 2 jam dari KL. Sikit lagi je aku dah nak buat keputusan itu, tapi aku tukar kepada menghantar sms ke Tuan. Tanya ada peluang nak tidur kat rumah dia tak malam Sabtu itu. Dia setuju, aku terus buat plan ke arah Bukit Antarabangsa. Lepas hantar mak kat KL Sentral, aku pusing KL Sentral mencari jalan susur sebenar ke arah KL, ada la 3-4 kali, lebih afdal orang kata. Layan JUSCO AU Keramat. Ni JUSCO baru aku rasa, design pon pelik pada JUSCO-JUSCO lain yang pernah aku jejak. Mujur ada juga kedai buku. Beli satu yang ada gambar kapal terbang buat Aqil, satu gambar binatang buat Ammar. Resit simpan buat tuntutan cukai pendapatan tahun 2009 nanti. Jumpa Syila, sembang-sembang, jalan-jalan, gossip-gossip, makan-makan, naik kereta hantar Syila gi LRT (Nota: Ezi yang nak jumpa Syila, walaupun Syila lambat 45 minit dari janji yang telah ditetapkan, hahah).
Terus kami ke rumah Tuan. Aku merasa la lalu jalan baru yang dibuat sempena tragedi tanah runtuh itu. Tuan pesan, ko ikut je belakang kereta lain, sure tak sesat, mujur aku ikut kereta yang betul, kalau tak, mungkin aku turut parking di sebuah rumah mewah di belakang sebuah Avanza yang aku mula-mula folo. Sampai sana sembang-sembang lagi. Khalis dari dah tidur mangkit semula sebab Aqil & Ammar memecah kebisingan seakan kanak-kanak kecil yang tiada rasa bersalah. Aku tak tau sebab apa, tapi Aqil suka main dengan Khalis, sejak dorang masih kecil dan tak pandai berjalan lagi.
Pagi esok, tetamu mangkit lambat lagi dari tuan rumah, sarapan dengan Tuan sekeluarga. Nasi lemak. Sedap. Dah tengahari baru gerak ke rumah Ateh. Hantar barang yang dipesan dan makan tengahari pulak. Sedap jugak. Dah dekat 3 petang baru balik JB.
Hasil dari acara jalan-jalan cari jalan ini, kami merasa agak tercapai segala objektif yang ingin dicapai. Cuma aku rasa bulan 3 ni aku akan lebih banyak acara jalan-jalan cari jalan yang bersifat propesenal pula. Maka kisah terbaru dari sini mungkin akan terjejas. Harap maklum.
Nota pedal minyak Gen2 amANI: Hit counter aku dah cecah 1000 dalam masa 2 bulan. Hoho. Riak takbur. Tapi aku rasa, aku sorang je dah dekat 200-300 kali hit kot. Ah, perasan je lebih. Apepun, chedet.cc.co bleh dapat 20000 sebulan releks2 je .(Aku selalu acces chedet dengan menggunakan link dari blog Leen. Hahah, malas, cakap pasal malas, aku juga malas bubuh gambar untuk kisah ini, tengok terus ke Picasa je, nanti aku bagitau bila dah masuk, aku juga tak rasa ini sangat ringkas, hahah)
13 ulasan:
Aik!!!! hang biaq betoi???? hang call ke sms??? no baru ke???? nape aku tak rasa mendapat call/sms dari hang?????
*tak pueh hati tollll
haha..nk pkai jersey gua g jln2x..maner bole..haha..gua tarak hal..jnji basuh..x dpt ler gua nk blah=gak bw g langkawi nx week..huhuh..
+red+
ko pakai iphone kan? ermm kalu nak kata sbb tak support celcom ke apa ke... maxis bagai ke... boleh la dituduh kan... tapi i pakai NOKIA je... yang menghantar pun pakai NOKIA atas pelamin, pelik gak tak dapat msg tuh. mungkin dalam kegelapan malam di USJ, tertekan RED mahupun DUTA lain kot. huk2!
+duta+
iphone i offical unlock yer..well support sume bagai...ape2 pon encik Amani dah bagitau yang die letak dalam 'blog' sahaja message itu. hari jemaat lak tu. time-time aku dan duta tumpukan perhatian pada yang Esa. ape2 pun semua kekusutan telah terlerai.... cheersss :)
+ kedua2 cik +
ermmm, sejak bila pulak la kan msg pemberitahuan dimaklumkan dalam blog. ketika sibuk sujud di rumah tuhan masing2, aku rasa.. tak pernah terlintas dek akal pikiran ku ini kemampuan ruangan ini sebagai madah pengumuman penting. mungkin cik A terlalu teruja dgn kredibiliti medium pengantara ini. hahaha... ke nak letak dalam keputusan sms dihujung berita! hahhaha... ops.... cik red, kad jemputan ni bile... buat la e invitation... perkhidmatan nya sila hubungi, cik duta. harga level FEL*A
::red + duta::
seperti yg sedia maklum, kalau Tuan tak balas sms aku itu, ko adalah yang kedua akan aku sms. Kalau aku sampai rumah red, sms pertama aku hantar ke duta. aku letak kat blog sebab ia peribadi. FB, FS bukan tempat peribadi. hahah.
cakap banyak tak guna, dah la lambat buat entri baru pada blog masing-masing, blog aku yang produktif plak disalahkan. takde2. kata kawan sehidup semati, blog kawan sendiri pun tak sempat nak jenguk.
takpe, aku anggap semua sibuk dengan karier dan tugasan masing-masing seperti bergelut menyenaraikan tugas-tugas luar bidang HR serta meneliti peta-peta PutraJaya seminggu yang lepas.
::Rage::
Woit, langkawi? ini sudah lebih, day trip ke tidor sana? hasnul (member rumah kita) pun dulu ada gak ke sana seperti ini, misi yang agak serupa, hasilnya dia berjaya. Hahah.
+duta+
1. kite yang no.2 tau duta. pas Tuan.
2. E- Invitation mungkin tak kot sebab aku dah pos kad kepada empunya diri masing2. tunggu minggu depan pos mesian akan menjalankan tugas mereka.
3. kawan sehidup semati <--Amani
ewah2 salahkan kitaorang lak...aku orang pertama komen di sini yek. leh lak aku tak baca la konon blog die yang dah hit 1000 tu.. :P
* eh aku terkomen dalam blog Amani..die tau la kita mengumpat die nih...
+duta+
nanti tolong annouce wedding aku kat crawler masa ko baca berita ye.nak save bajet. leh wat gi melancong ke gunung jerai berhawa dingin dengan keindahan strawberi kedah
::red::
hahah, itu bukan ranking ye, itu adalah analisis dumbbell curve KPI untuk memilih lokasi menumpang tido. tak kan aku nak menyusahkan orang bujang yang tengah sibuk meyusun barang hantaran, mai anak-anak aku habih punah ranah dikerjakan nanti.
ah, komen pertama ke apa ke, tak baca tetap tak baca. takde2.
1. soalan 'nak balik ke tidak"..mcm familiar shj ngan mulut aku ni..
2. Saya tak suka manusia cam en. hashim..sbb sc matematiknya en.hashim = penyewa rumah mak saya.
+red+
siap org tuh simpan dendam tuh... tak komen pun kat page aku... bukan apa... aku ni nak kena baca semua berita dari seluruh dunia. dah tuh kena lak translate dalam bahasa berita. nak baca panjang berjela macam keje dulu, gamaknya kena buang keje la. ni ha, baru merangkak mengenal kerja baru... sistem pun baru. dah tak de edit muka jadi takde jerawat dimuka... emmm tekanan juga kan org2 dah tua ni...
::anese::
1. Sama ek. Hahah.
2. Sama juga. Encik Hashim juga penyewa rumah mak aku. Meh kita panggil penyewa sebegini dengan nama Encik Hashim.
::duta::
Berita seluruh dunia? Wow wee, sure tak payah beli surat khabar dah kan, jimat duit dan masa. Nanti bakal isteri takde la membebel, "Apesal ni duk belingkar je baca surat khabar, gi cuci tingkap tu". Advantage tuh.
Hahah, tak komen kira berdendam ek. Suci murni hati aku baca blog ko, takde nak dendam2 de, cuma tak tinggal komen je. Cuma hajat nak makan makanan mahal adala. Hahah.
Kiraan lambat aku tu bermula dari saat k ezi tepon ke? Ish2 memang kejam tul!! heheh
Catat Ulasan